Herba - Part 1

HERBA SEKITAR RUMAH

Alhamdullillah, malaysia ini sebuah negara yang makmur dan mempunyai tanah yang subur dan juga mempunyai kepelbagaian tumbuhan yang boleh dijadikan hiasan, makanan kesihatan dan juga boleh mengubati penyakit.

Waktu dahulu mungkin herba-herba banyak dicari di hutan-hutan dan bukit-bukit tetapi sekarang ini ramai telah mengambil initiatif untuk menanam pokok herba di laman masing-masing. Tumbuhan ini mungkin dianggap eksotik pada ketika dahulu tetapi telah menjadi tumbuhan hiasan dirumah terutama jika tumbuhan itu mempunyai nilai estatika yang tinggi dan cantik. Tumbuhan yang ditanam itu selalunya yang terkenal dan yang mendapat liputan media yang luas seperti misai kucing, mas cotek, tongkat ali, nenas batu dan sebagainya.

Itu adalah pokok yang kita tanam sendiri, tetapi adakah kita sedari kadang-kadang tumbuhan yang tumbuh dilaman rumah kita tanpa disengajakan atau boleh dianggap menyemak dan merosakkan pandangan laman rumah juga mempunyai nilai perubatan dan kesihatan yang tinggi. Tumbuhan yang kita cabut/buang berkemungkinan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Pada mata kasar kita mungkin tidak bernilai tetapi pada yang ahli ia amat bermanfaat dan berkemungkinan tumbuhan itu telah digunakan secara meluas dalam kapsul-kapsul kesihatan yang kita beli dengan harga yang mahal.

Ini berlaku kepada aku sendiri. Jiran aku telah bersalin dan telah mengupah seorang tukang urut untuk menjaganya. pada suatu hari dia datang kerumah aku ( tukang Urut ) untuk meminta izin melangkah ke rumah jiran sebelah lagi (rumah jiran aku ini tidak berpanghuni lagi) untuk mengambil suatu tumbuhan untuk dibuat makanan herba perubatan, aku lihat laman rumah jiran aku ini tak ada tumbuhan apa-apa yang rasanya boleh digunakan cuma rumput panjang/lalang, polok-pokok renek dan entah apa-apa tumuhan lain. Bagi aku semua itu demak sahaja. Tetapi mak cik ini telah mencari sejenis tumbuhan, dapat lah dalam secekak. Ketika tu aku tak tanya dia untuk apa tumbuhan itu. Tetapi keesokannya tuan rumah jiran itu telah beritahu aku khasiatnya.

Begitu juga dengan ketika aku menetap dirumah mak mertua pada suatu ketika dahulu, ada saudara dari Kuala lumpur datang menziarahi kami dan beliau telah mengambil sejenis tumbuhan yang banyak dihalaman rumah aku. Aku nie jenis pemalas jadi berbagai tumbuhan yang tumbuh depan laman rumah tu, jika aku rajin aku cabut atau bubuh racun sahaja. Dia kata rebusan tumbuhan itu amat baik untuk kencing manis.

Oleh kerana kadang-kadang kita tak dapat menilai sesuatu tumbuhan itu walau pun pada pandangan orang yang ahli amat bermanfaat ini disebabkan ilmu yang dimiliki amat cetek dan kebanyakan ilmu ini dimiliki oleh orang tua-tua dan yang masih mengamalkan mengambil herba ini dan juga pengamal perubatan tradisional.

Dibawah ini diberikan serbasedikit tumbuhan yang tumbuh dilaman rumah aku yang boleh dimanfaatkan. Aku akan update sedikit demi sedikit mak lumat terbaru jika ada. fakta mengenai tumbuhan itu aku dapat dari laman web dan juga dari orang-orang yang mengetahuinya.



Pokok Susu Harimau :



Terdapat dua jenis pokok susu harimau, iaitu hijau dan merah dan dikhabarkan yang warna merah lebih berkhasiat.


Pokok Amin Buah/Dokong Anak :



Nama saintifik : Phyllanthus Niruri


Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).
Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.



Pokok Kapal Terbang :





Nama saintifik :Chromolaena odorata / Eupatorium odoratum L.


Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun.Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini . Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. kegunaan perubatan pokok kapalterbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja.Daun kapalterbang dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka itu. Selain daripada itu daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. caranya daun kapar terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut.


Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan.Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita.Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada babynya melalui uri.simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali(pembesaran hati). ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini.

No comments:

Post a Comment