Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Insentif Kepada Pengusaha Taska

Banyak bantuan yang diberikan kepada pengusaha tadika, taska dan yang sekutu dengannya dalam Bajet 2013. Jadi fikir-fikirkanlah kemudahan yang diberi untuk kanak-kanak dan juga yuran yang akan dikenakan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga mencadangkan beberapa insentif untuk memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif.

Beliau berkata insentif itu termasuk geran pelancaran RM10,000 kepada Pusat Pendidikan Awal Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baharu yang berkualiti.

Kira-kira 1,000 pusat ECCE swasta baharu akan mendapat manfaat daripada insentif itu, katanya.

Najib berkata majikan juga akan diberikan potongan cukai dua kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak.

"Ketiga, pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta.

"Keempat, pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberikan kepada pengusaha prasekolah swasta," katanya.

Dalam Belanjawan 2013, PM tak umumkan bayaran khas kepada ibu bapa yang hantar anak-anak ke taska. Kot-kot dapat elaun RM 50 seorang setiap bulan bagi meringankan beban kos yuran taska yang tinggi. Tak pa tunggu tahun depan.

12 comments:

  1. ramai yg kata bajet 2013 rm 10,000 ada di sebutkan oleh PM utk di berikan kpd pengusaha taska yg ingin membuka taska,dan ramai yang kata tiada di sebutkan oleh PM utk bajet Rm 10,000 kpd pengusaha taska...yang mana satu betul..

    ReplyDelete
  2. Norwati TQ lawat blog saya. Rasanya untuk tadika yang baru nak di buka kot. Kadang-kadanag baca berita nampak macam mudah tetapi hakikatnya ada berbagai proses yang tak dinyatakan.

    ReplyDelete
  3. katanya plak taska yang berdaftar saja..mcm2 yang didengar,tolong jelaskan.

    ReplyDelete
  4. katanya plak taska yang berdaftar saja..mcm2 yang didengar,tolong jelaskan.

    ReplyDelete
  5. benda nie lebih baik hubungi badan yang bertanggung jawab terus. ia melibatkan term & cond. yang perlu dipenuhi.

    ReplyDelete
  6. apa2 pun jkm tolong ambil berat ckit dgn kami yang swasta ni..kami juga ingin menjadi taska yang berkeliber.tapi x de peruntukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar cerita depa bagi kat tadika yang baru buka.

      Delete
  7. Kawan saya dpt RM10000 tu.... tp taska nya dah besar. Katanya geran pelancaran tp ni yg dah maju dapat tp yg baru nak naik ni x dpt apa pun. Cakap jer...

    ReplyDelete
  8. Kawan saya dpt RM10000 tu.... tp taska nya dah besar. Katanya geran pelancaran tp ni yg dah maju dapat tp yg baru nak naik ni x dpt apa pun. Cakap jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat tahu peruntukan diberi kpd tadika yg baru buka. Kalau dah buka try tukar nama dan buat pendaftaran baru.

      Delete
  9. saya bercadang ingin membuka tadika tapi tiada modal yang mencukupi.bagaimana cara saya ingin memohon bantuan modal dari kerajaan yg disebut oleh PM tu.Rumah dah dah ada tapi cat sebahagian sahaja,muridpun dah ada dalam 15 orang cuma saya kekurangan modal untuk membuat tangga,mengecat keseluruhan bangunan, beli kerusi meja dan tempah uniform kanak-kanak.saya ada pengalaman 10 tahun guru sandaran dan 10 tahun pendidikan tadika dan penyelia taska.

    ReplyDelete
  10. Tak sama apa yg diwar warkan, geran hanya diberi pada tadika berdaftar, bukan taska. Bermakna hanya yg dh established. Saya dah kontek ppd. Fedup rase, ingat complete semua rsequirement, dah buat tangga bomba still x dpt. Mmg x heran kalo kualiti preschool kat msia msh low, bw jela modul dari pen green ke. Tp kalo facilities, tools n kualiti,guru yg di hired not qualified..sama jer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...