Pusat Penjaja Bandar Putra Bertam

Kalau famili ramai atau kawan-kawan ramai datang dengan macam-macam punya kepala akai untuk sarapan pagi. Pening kepala untuk memenuhi nafsu setiap orang, aku cadangkan ke Bandar Bertam Putra.

Dalam kawasan bangunan perniagaan Bandar Putra Bertam tak jauh dari Mydin Mall Bertam terdapat sebaris pusat penjaja MPSP, Pusat Penjaja Bandar Putra Bertam. Dalam deretan ini terdapat lebih kurang 15 buah kedai makan dan minuman. Haaa bolehlah bersantap disini.

Berbagai makanan di jual terutama waktu pagi. Antara menu sarapan yang ada disini, dah tentu nasi lemak, nasi campur, dim sum, mee, bihun, roti bakar, roti canai, tosei, apom lenggang, nasi kerabu, berbagai kuih dan cucuq dan sebagainya. Waktu pagi memang meriah disini.
Pulut Kuning

Nasi Kerabu

Dim Sum pun ada

Apom Lenggang

Tosei

Idli

Untuk makan tengahari pula sambungan dari baki-baki sarapan pagi dan ditambah lagi seperti nasi campur, nasi set, masakan ala thai, western, mee tulang, bihun sup dan sebagainya. Malam pula ada masakan ala Thai, mee tulang, bihun sup dan sebagainya.
Nasi set ayam
Nasi set keli


Koey teaw kerang

Sizling mee


Antara waktu yang menjadi syurga makan disini ialah waktu sarapan pagi, sebab berbagai jenis menu ada. Apa-apa pun makanan disini tak mengecewakan. Memang sedap dan harga pun berpatutan.

Jadi kepada yang nak bersarapan atau masa-masa lain  boleh datang ke sini. Tapi aku tak jamin setiap menu itu ada sentiasa sebab ada gerai yang mengubah menu mereka atau ada juga gerai yang tutup. Aku kongsikan lokasi dibawah.

Pusat Penjaja Bandar Putra Bertam

Waktu Buka:
Setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam.

Lokasi GPS:
5°31'06.9"N 100°28'51.0"E
5.518594, 100.480831

Lokasi Google Map:


BigBob Cafe, Bertam

Lama tak tulis jalan-jalan cari makan. Ni kisah lama. Tak jauh cuma di Bertam Darul Makan sahaja. Restoran ini mulanya di Kiosk Bertam, lot hujung sekali. Pernah sekali dua makan disitu. Disini boleh kata semuanya  makan barat seperti  lamb chicken chop, pasta dan sebagainya. Sekarang cafe di Kiosk dah tutup dan dibuka di shop lot berdekatan situ juga.
BigBob Cafe, Bertam

Kali ini kami terjah ke BigBob Cafe yang baru ini (baru masa tu lah... sekarang dah lama). Disini lebih selesa dan luas dengan hiasan yang simpel dan menarik ~ zaman kayu pelet.

Oklah terus ke menu. Menu boleh kata kebanyakan makanan barat dan ada juga ada sikit-sikit makanan geng orang kita (Melayu la). Lihat menu dulu.

Ada uga menu masakan Melayu. Asam pedas, masak cabai, sup ekor.

Macam macam makanan barat ada.



Setelah di kaji dan dibelek menu itu, kat bawah ini hidangan kami oder.
Roasted Chicken datang dengan kentang putar, salad dan sos black paper. Ayam lembut dan terasa perapannya. Aku suka kentang putarnya terasa lain macam sikit.

Fish n Chip datang dengan French fries, salad dan mayonis.

Chicken chop.

Spageti carbonara. Yang ini memang sedap, kuah dia memang melekat.

Mushroom Sup dan garlic bread.


Boleh kata hidangan cepat sampai dan setiap hidangan di persembahkan dengan cantik. Tengok pun dah menyelerakan. Bukan saja nampak menarik tetapi rasa pun memang marvels 👌 👍👍👍. Tak sia-sia makan disini. Berbanding harga dengan saiz hidangan, bagi aku sedikit mahal.

Kepada yang hendak menikmati makanan barat yang sedap memang kena terjah disini. Dibawah sedikit maklumat cafe ini:

BigBob Cafe
111, Jalan Dagangan 2,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
Kepala Batas, Penang

No telefon:
019-444 7533

Waktu Buka:
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 1 tengahari hingga 11 malam. Hari Jumaat dibuka 12 tengahari hingga 11 malam.

Lokasi GPS:
5°30'57.5"N 100°26'51.0"E
5.515976, 100.447489

Lokasi dari Google Map:

Kuliah Ilmu Oktober 2018

Jom tambah ilmu. Kuliah bulan Oktober 2018 sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas:


Masjid At ATqwa Taman, Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al-Husna, Bertam Perdana:


Surau Al-Muttaqin Badar Putra Bertam:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.