Kacang Phool Penang

Dua tiga minggu ini cerita makan saja. Kali ini pun cerita terjah makan di Pulau Pinang lagi. Kita ke Tanjung Tokong. Mula-mula ke Tesco lepas tu singgah di Kompleks Desiran Tanjung.
Kompleks Desiran Tanjung

Sebuah kompleks atau Medan selera di Tanjung Tokong. Ketika kami sampai kalau tak silap 2 atau tiga buah kedai sahaja yang buka. Mungkin hari Ahad atau pun kami dah sampai dah lewat jam 3 petang. Jadi parking hari ini tak ada masalah.

Disini tujuannya ialah untuk menikmati Roti Banggali cicah Kacang Phool Penang pula. Kacang pool yang viral kat FB. Dahulu dah makan Roti Banggali cicah Kacang Pool Haji di Larkin. Ada perbezaankah antara Johor dan Penang? Kacang Pool atau Phool ? yang mana betul? Apa-apa pun jom kita terjah.
Roti Bakar Kacang Phool Penang.

Kedai Roti Bakar Kacang Phool Penang terletak di hujung sekali. Sampai sahaja kami di hadapan kedai disapa oleh Tokey kedai. Ramah bebenor dia nie. Sembang mesra macam dah lama kenal.

Dari menu, Set Kacang Pool yang disediakan ada beberapa jenis seperti set biasa, set garlic, set French Toast dan ada beberapa lagi. Disamping itu ada juga hidangan lain seperti Capati Gulung, Cheesy Melt dan Heuvos Rancheros ~ nak sebut pun aku tak tahu, layan gambar menu kat bawah.
Set Kacang Phool.

Disamping menu diatas ada juga menu tambahan atau menu istimewa yang disediakan untuk hari tersebut yang di papar di hadapan kedai.
Specialty Menu. Dengan sign board pun nak posing Ahmad Firas nie.

Dah sampai sini mestilah oder Roti Banggali cicah Kacang Pool. Layan gambar dibawah.
Set Phool biasa terdiri dari kacang phool, telur dan roti banggali bakar sekeping.

Set Kacang Phool Cheese terdiri dari kacang Phool, telur dan juga 2 keping roti banggali bakar diselit cheese.

Dihadapan kedai Kacang Pool ini ada sebuh kedai bakso. Ada beberapa menu yang disediakan seperti mee dan bihun sup, goreng dan badung dan juga nasi goreng. Nur Fatini pilih mee sup budak ( tak ada sayur dan tak pedas).
Mee sup untuk Fatini. Rasa sedap terasa sup daging yang digunakan. Daging pun lembut.


Alhamdulillah Set Kacang Pool disini memang sedap ditambah dengan roti bakar yang garing diluar dan lembut didalam. Kuah kacang pool terasa rempahnya dan pekat dan kacang pool yang masih terasa ketul-ketul kacang dan juga daging cincang didalam kuah. Memang berbaloi datang disini makan walau harga sedikt mahal.


Nur Fatini pun nak  posing juga.

Jika nak dibandingkan antara Kacang Pool Haji di Larkin dan Kacang Pool Penang di Tanjung Tokong, aku tak dapat nak bandingkan. Kedua-dua sedap.

Kepada yang nak datang ke sini, dibawah aku bagi sedikit maklumat:

Alamat:
Roti Bakar Kacang Phool Penang
No. 1 & 27, Kompleks Desiran Tanjung
Jalan Desiran Tanjung 3
Seri Tanjung Pinang
Tanjung Tokong, Pulau Pinang

No telefon:
019-220 1355

Waktu Buka:
Dibuka Selasa hingga Ahad dari jam 8.30 pagi hingga 9 mlm
Tutup hari Isnin

GPS:
5°27'08.7"N 100°18'30.4"E
5.452406, 100.308445

Lokasi dari Google map:



Kuliah Ilmu Oktober 2017

Jom tambah ilmu. Kuliah bulan Oktober 2017 sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Surau Al Husna Shahbandar, Taman Bertam Perdana, Kepala Batas:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.