Cargas Cafe. Gambar dari Google Street View. |
Beratur menunggu ayam goreng panas. |
Pekarja dalam restoran ini muka seperti mamak tapi masakan yang dihidangkan campur antara masakan ala nasi kandar dan melayu. Masakan seperti kari, masak lemak, kicap, sambal, sayur dan ulam pun ada.
Untuk makluman kepada pengunjung yang baru seperti aku nie. Restoran ini layan diri. Kepada yang nak ambil lauk taruh atas nasi, sila ambil nasi di kaunter disebelah dulu. Mana tau penat-penat beratur dah sampai giliran tengok tak ada nasi, dah kena keluar barisan pergi ambil nasi disebelah.
Aku nak ambil gambar pun sukar sebab orang bertolak-tolak. Ini saja yang aku dapat ambil. |
Berbagai sayur-sayuran. |
Sementara menunggu ayam goreng siap, ada yang mencedok kuah dan sayur keatas nasi dulu. Ada yang dah tak larat tunggu pergi cedok lauk lain dan beredar, mungkin tak boleh tunggu lama disitu kot.
Semakin ramai yang bertanya dimana ayam goreng terhebat ini. Tokey kedai (tak pastilah tokey ka tak) beritahu dalam 10 minit lagi. Ada juga yang dah biasa di sini yang terus ke dapur mengambil ayam goreng.
Puas beratur tiba-tiba ayam goreng pun tiba. Tuuu.. dia orang macam hilang akal sekejap. Dengan pantas berebut mengepit ayam satu persatu. Aku pun dengan pantas juga menyambar seketul. Sekejap sahaja ayam yang dibawa tadi hampir hilang dari pandangan. Baru kelihatan kegembiraan diwajah sang penunggu ayam. Selain dari ayam goreng menu yang menjadi tarikan ialah kari ikan, Kuah dia memang terbaik.
Lepas ambil apa yang patut memenuhkan pinggan, sila kekaunter untuk dikira. Masa tengahari ketika ramai orang keluar rehat, meja kosong yang sekosong-kosongnya untuk kau sorang memang sukar dapat. Jadi duduklah kat mana yang boleh.
Ayam goreng panas yang menjadi buruan. |
Suasana restoran yang selesa dan bersih. |
Masakan disini memang banyak pilihan dan memang sedap. Kebersihan juga dijaga dengan baik dan pekerja yang ramah. Harga bagi aku masih murah dibanding dengan kenaika harga barang dan GST.
Ini yang aku ambil Ayam Goreng yang menjadi idaman, begedil, timun dan sambal. Ayam berempah memang sedap dan boleh tahan besar, rapuh diluar dan lembut didalam. Harga sepinggan RM7.50. |
Cargas Cafe ini terletak di lot tepi deretan kedai-kedai lama di tepi jalan utama Bayan Lepas. Sedikit maklumat restoran seperti dibawah.
Alamat :
Cargas Cafe
978 Main Road
Bayan Lepas, Pulkau Pianang.
Telefon:
012-426 1169
013-408 5138
012-426 1169
013-408 5138
Waktu Operasi :
8.30 pagi hingga 4 petang
Dibuka setiap hari dan tutup hari Jumaat.
Kepada yang nak datang tu jangan datang lewat sangat sebab makanan cepat habis.
Kepada yang nak datang tu jangan datang lewat sangat sebab makanan cepat habis.
GPS:
5.294700, 100.258409
5°17'40.9"N 100°15'30.3"E
5.294700, 100.258409
5°17'40.9"N 100°15'30.3"E
Lokasi Cargas Cafe dalam Google Map: