Pasar Tani Mergong

Kali ini kita ke pasar tani pula. Pasar tani yang aku selalu datang bila balik Alor Setar. Pasar Tani Taman Wira Mergong. Apa yang menarik sangat pasar Tani ini? Bagi akulah, yang menariknya ialah pasar tani ini memang luas dan macam-macam ada. Nak habis pusing boleh berpeluh.
Pasar Tani Taman Wira Mergong.

Barangan dari pakaian seperti jubah, tudung, baju kanak-kanak hingga ke makanan seperti nasi lemak, satey, ayam bakar, nasi kerabu, ikan kering, rempah ratus sehingga barang basah seperti ayam, daging, hasil laut segar, sayur-sayuran, buah-buahan. Layan gambar di bawah.
Berbagai jenis jubah dan harga berpatutan.


Peminat jubah, baju kurung dan tudung disini boleh rambang mata sebab ada berpuluh gerai yang menjualnya. Berbagai fesyen dengan harga yang amat berpatutan. Harga disini boleh tawar menawar, jadi pandai-pandailah.
Cadar dari hotel pun ada.

Alas meja.
Biskut dan kerepek pun ada.

Lauk pauk siap pun ada. Beli bungkus balik makan kat rumah.

Haruan dan keli kering.

Ini memang susah dapat. Jeruk maman ~ my feberet.


Pasar Tani ini terletak di Taman Wira Mergong. Lokasi pasar ini disekitar Medan Selera Mergong atau besebelahan dengan Kolej Universiti Insaniah. Dibuka setiap hari Jumaat, Ahad dan Rabu dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari. Selalunya awal pagi tak berapa meriah lagi, dalam jam 9 keatas baru pasar ini meriah dengan berbagai jualan.

GPS:
6.143063, 100.359265
6°08'35.0"N 100°21'33.4"E


Expo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang 2016

Kepada yang mencari produk-produk bumiputra pastinya Expo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang ditunggu-tunggu. Tahun ini, PenBEX 2016 akan berlangsung pada 28hb Mei hingga 4hb Jun 2016 di lokasi yang sama seperti tahun lepas iaitu di Midtown PERDA Kubang Menerong, Tasik Gelugor.
Print
Poster PenBEX 2016 ~ gambar dari PERDA.
Program ini dianjurkan oleh PERDA untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan bumiputra terutama dari Pulau Pinang. Kepada yang berminat untuk berniaga atau memperkenalkan produk bolehlah menempah ruang niaga atau pameran. Tempahan dibuka sehingga 6hb Mei 2016. Maklumat lanjut sila klik sini.
Midtown PERDA
Dataran Transformasi Usahawan, Midtown PERDA Kubang Menerong, Tasik Gelugor.
GPS : 5.502393, 100.501371
Kunjungan aku tahun lepas, PenBEX 2015. Berbagai produk bumiputra yang di pamerkan seperti perabot, pakaian, makanan, buah-buahan, tanaman, ternakan dan sebagainya.  Disamping jualan, ada juga penggerai yang menawarkan menjadi pengedar. Diadakan juga pameran dari agensi-agensi kerajaan.
P_20150601_144551_HDR
Biskut.
P_20150601_155626_HDR
Kopi. Aku beli kopi nie, memang sedap.
P_20150601_145955_HDR
Seluar sukan.
P_20150601_155820_HDR
P_20150601_155707_HDR
P_20150601_143227_HDR
P_20150601_143449_HDR
Perabot bumiputra.
P_20150601_145411_HDR
Kayu pain atau pelet dibuat perabut.


Apa yang menarik atau yang terbaru akan di pamerkan pada tahun ini? Kena tunggulah.


Pulau Pangkor ~ Motivasi 2

OKlah sambung balik. Acara petang, acara yang ada dalam buku aturcara. Yang nie bukan acara cakap-cakap. Kali ini acara melompat pulau (island hopping) dan snorkeling.

Semua pakat berhimpun di persisir Pantai Pasir Bogak sebelum menaiki bot, setiap orang diberi jeket keselamatan ~ penting nie aku bukan tahu berenang dan juga diberi alat sorkeling. Acara pun bermula.

Antara resort termahal ~ Pangkor Laut Resort.


Memang menyegarkan fikiran. Dapatlah melihat keindahan Pulau Pangkor dan pulau disekitarnya seperti Pulau Pangkor Laut, Pulau Mentangor dan Pulau Giam.


Terakhir dalam acara island hopping ialah acara snorkeling di Pulau Giam. Disini bolehlah melihat keindahan pantai dan ikan-ikan berenang di kaki. Semasa kami sampai, manusia punyalah ramai di pulau kecil nie. Tapi pantai memang putih dan bersih.
Pantai di Pulau Giam.

Tempat yang bot letakkan kami pantai memang bersih. Pantai disini landai dan air pun jernih tapi jika ketengah sikit ada batu-batu tajam ~ berhati-hati. Disini tak ada ikan. Khabarnya di sebalik pulau ini ada termpat yang lebih dalam dan bolehlah snorkeling dan boleh lihat ikan berenang bersama-sama. Apa lagi panjatlah bukit sikit.
Sesi memanjat bukit. Boleh tahanlah.

Sampai di sebalik pulau. Pemandangan memang cantik. Pengunjung pun boleh tahan ramai. Disini airnya lebih dalam tetapi tak berapa jernih dan ikan pun susah nak nampak. Beri makan roti pun ikan tak datang. Mungkin dah kenyang atau dah tak selera sebab ramai hanya beri makan roti. Kalau bawa KFC ikan-ikan ini akan datang semula.

Pengunjung yang ramai dan banyak sisa-sisa roti terapung menyebabkan air tak berapa jernih. Jadi tak dapatlah merasa berenang bersama ikan-ikan. 


Dalam dua jam bot datang untuk ambil kami. Acara tamat dipetang ini. Malam pula biasalah acara motivasi diteruskan lagi.

Hari Ketiga dan terakhir.

Sekali lagi masuk air. Kali ini kita bina rakit dan belayar pula sebagai acara kemuncak untuk mengerat kerja berpasukan. OKlah setakat ini saja gambar dapat diambil nanti hanphone masuk air pulak.
Instruktor menunjukkan cara yang betul memakai jeket keselamatan.

Water confiden sebeleum acara membina rakit dan belayar.

Dah selesai berakit. Balik ke bilik berkemas dan turun makan tengahari. Bagi aku makan tengahari hari nie baru sedap. Bukan kerana letih, tapi hari ini berbagai lauk di sediakan tak seperti hari-hari yang lepas ~ tak bayak pilihan.

Selepas makan tengahari semua berangkat balik. Sampai ke Jeti Pangkor, tuuuu dia manusia yang nak naik bot punyalah ramai. Beratur panjang hingga sampai ke jalan besar. Kami pun tak ada eskot VIP jadi kena beraturlah. Macam-macam gelagat manusia yang ada tapi yang paling win ialah ada juga manusia yang suka potong Q. Tapi yang lebih menarik ialah dia boleh marah orang yang potong Q depan dia. Sabar sajalah. Hampir 2 jam baru dapat menaiki bot.
Orang ramai beratur untuk meniki bot pulang ke tanah besar.

Alhamdulillah dah sampai ke tanah besar, hujan lebat menyambut kami. Sampai ke jeti Lumut ingat nak beli buah tangan sikit sebab banyak peniaga Melayu disini. Tapi bas dah menunggu dan katanya akan singgah di suatu kedai yang menjual hasil laut. OKlah no problem.

Bas bergerak tak jauh pun dan sampai kesuatu lokasi bas berhenti, diberi 30 minit untuk membeli belah. Sebuah kedai menjual hasil laut di tepi jalan, Hasil Laut Jamilah. Femes kot kedai nie... orang memang ramai serbu. OKlah disini apa lagi belilah serba sedikit ikan bilis dan ikan kering. Jangan lupa beli ikan bilis mata biru. Dari aku sampai Pangkor orang dok sebut ikan bilis mata biru. Dok perhati mata dia tak biru pun.
Kedai Hasil Laut Jamilah

Dapat lah menjala sedikit ikan bilis mata biru. Nak jala banyak-banyak tak boleh, harga boleh tahan mahal. Cukuplah dapat rasa, taklah nanti orang kampung dok berkunun. Di sini berbagai hasil laut yang ada seperti Ikan Masin ( Talang,Kurau,Tenggiri,Merah Dll) Udang Kering,Sotong Kering dan Keropok.

Di kedai Jamilah ini aku tak sempat ambil gambar sebab berkejar dengan masa ditambah dengan hujan lebat. Kepada yang hendak datang mencarai hasil laut, dibawah aku sertakan sedikit info.

Kedai Hasil Laut Jamilah
No 4 Jalan Titi Panjang Lumut,
32200 Kampong Lumut Kiri,
Perak, Malaysia,

Nak mudah kedai ini bertentangan dengan Blue Bay Resort.

Telefon: 05-683 6105

GPS:
4°14'05.1"N 100°38'14.5"E
4.234751, 100.637373


OKlah sampai disini dulu sambil rehat dalam bas yang aircond amat sejut ditambah dengan air hujan yang menitik dalam bas ~ bas bocor.

[ Pautan jalan-jalan ke Pulau Pangkor 11-13/12/2015]

1. Pulau Pangkor 1
2. Pulau Pangkor 2

Kuliah Ilmu April 2016

Boleh tahan panas sekarang nie. Panas luar saja, jom sejukkan dalaman dengan ke kuliah agama April 2016 sekitar Bertam Kepala Batas.


Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:



Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:




Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam:



Surau Al Husna Bertam Perdana:



Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.