Warga kerja yang mencari rezeki kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bakal mendapat cuti Nuzul Quran tahun depan. Dibandingkan dengan negeri-negeri lain kat Malaysia, wilayah persekutuan merupakan tempat yang amat kurang cuti am, tempat kumpul duit.
Bertambah satu hari cuti am untuk warga kota beriadah dan merehatkan otak. Legaaaa dapat satu hari yang tak perlu lihat muka bos.
Negeri-negeri yang bercuti ketika Nuzul Al-Quran ialah Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang,Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Johor Cuti Jumaat dan Sabtu
Johor bakal menukar cuti hujung minggu dari Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa 1 Januari 2014.
Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994. Kini telah dikembalikan.
Teringat masa dok kat Alor Setar, hari Jumaat dapat ke masjid dengan selesa. Dapat mandi dulu, salin pakaian, makan sebelum kemasjid dengan tenang. Tak kalut-kalut nak makan lepas tu nak ke masjid lepas tu kalut balik ke pejabat.
Petikan dari BERNAMA:
Cuti Hujung Minggu Johor Ditukar Kepada Jumaat Dan Sabtu - Sultan Johor
MUAR, 23 Nov (Bernama) -- Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan depan, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.
"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.
"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Jan 2014," titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini Sabtu.
Turut berangkat isteri baginda Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, isterinya Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994.
"Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan sejarah juga telah menunjukkan bahawa pengembangan agama Islam di negeri ini menjadi contoh kepada negara lain," titah baginda.
Oleh yang demikian baginda menyeru semua umat Islam di negeri ini supaya menjadikan nilai-nilai murni dan sifat terpuji orang Islam sebagai gaya hidup seharian.
Baginda turut menyarankan Majlis Agama Islam Johor supaya menyediakan pusat sumber ilmu agama secara dalam talian sebagai pusat rujukan kepada semua umat Islam bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang tepat hanya daripada satu sumber yang boleh dipercayai.
Pusat itu juga boleh dijadikan medium untuk masyarakat mengutarakan segala keraguan dan persoalan agar mereka boleh mendapat jawapan serta nasihat mengikut landasan agama Islam dan selari dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor.
Dalam perkembangan lain baginda turut melahirkan rasa syukur kerana Johor terus berada di dalam keadaan aman, damai dan sentosa dan rakyat dapat hidup dengan sejahtera selain menikmati pembangunan ekonomi yang pesat dan seimbang.
"Pembangunan dan kemajuan ekonomi yang kita peroleh sekarang adalah hasil daripada usaha dan kerjasama erat antara pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin kerajaan persekutuan.
"Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa memberikan bantuan, sokongan dan peruntukan dalam membangunkan kemudahan asas serta infrastruktur am untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini," titah baginda.
Baginda juga berharap rakyat di negeri ini akan sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan hidup yang dinikmati sekarang dengan bersikap sederhana dan bersatu hati bagi mengukuhkan perpaduan kaum dan keharmonian masyarakat.
-- BERNAMA
Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat ke Hari Ahad
Tarikh Keputusan: 11 May, 1988
Keputusan:
Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu, hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja. Adalah wajar diteruskan cuti mingguan pada hari Jumaat seperti yang menjadi tradisi dan adat resam Melayu di Negeri Perlis. Masyarakat Islam Perlis telah biasa dan sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sementara tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka. Sedangkan rasulullah saw bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka. Oleh itu, Jawatankuasa Syariah bersetuju sebulat suara bahawa cuti mingguan dikekalkan pada hari Jumaat, Jawatankuasa Syariah juga bersetuju sebulat suara mendesak Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu itu.
Status : Tidak diwartakan.
p/s: Bila Penang nak buat cuti hujung minggu Jumaat ngan Sabtu, teringat masa dok kat Alor Setar. Pi sembahyang Jumaat dengan selesa.

Sultan Ibrahim Iskandar ~ gambar dari internet |

Dibawah petikan dari e-Fatwa ketika perlis menukar cuti hujung minggu dari Jumaat ke Ahad.

Kembali Ke Taska
Setelah bercuti lama, lebih dari sebulan mereka tak ke Taska. Taska Nur Fazham. Kami kena latih balik Ahmad Firas dan Nur Fatini ke Taska sebelum mula kerja seperti biasa minggu depan. Cuma ada dua hari saja untuk latih mereka semula, hari nie Khamis dan esok Jumaat saja.
Kalau tanya kedua-duanya ke "Nak ke Taska?" pasti kedua-dua jawab "Tak payah!". Pakat kedua-dua macam fobia nak ke taska semula. Seronok duduk kat rumah.
Pagi hari nie bawa kedua-dua masuk kereta, masih OK. Tapi bila lihat kami bawa masuk beg perkakas mereka pula ke dalam kereta, mula si abang menangis. Paham la tu nak kena hantar ke taska.
Sebelum sampai ke taska, beli dulu sedikit makanan bagi mereka seronok makan dengan kawan-kawan, tapi tak berapa berjaya.
Sampai ke taska maknya usung si adik masukkan ke dalam taska dan serah kat cikgu. Teriak dengar sampai ke luar. Si abang pula lari ke hujung kereta tak mau keluar.
Kami tunggu sekejap kat luar taska. Suara teriak mereka masih kedengaran. Rasa-rasa OK kami pun keluar.
Petang datang ambil mereka, Ahmad Firas dan Nur Fatini nampak ceria. Cikgu kata Firas makan banyak, seronok makan dengan kawan-kawan siap sembahyang lagi.
Kali nie bila tanya Firas "Esok nak ke Taska?" jawabnya "Nak!". Tapi adiknya Fatini masih "Tak payah!".
Kalau tanya kedua-duanya ke "Nak ke Taska?" pasti kedua-dua jawab "Tak payah!". Pakat kedua-dua macam fobia nak ke taska semula. Seronok duduk kat rumah.
Pagi hari nie bawa kedua-dua masuk kereta, masih OK. Tapi bila lihat kami bawa masuk beg perkakas mereka pula ke dalam kereta, mula si abang menangis. Paham la tu nak kena hantar ke taska.
Tak mau pi.... |
Menahan perasaan. |
Tak mau keluar. |
Kami tunggu sekejap kat luar taska. Suara teriak mereka masih kedengaran. Rasa-rasa OK kami pun keluar.
Tunggu sekejap kat laur Taska Nur Fazham,,,dok dengar suara teriak lagi. |
Kali nie bila tanya Firas "Esok nak ke Taska?" jawabnya "Nak!". Tapi adiknya Fatini masih "Tak payah!".
Hari Ihtifal Tadika Khalifah Intelek 2013
Baru saja balik dari perjalanan yang jauh dan Sabtu lepas, 16 November 2013 anak-anak yang berada di Pra Tahfiz Iman telah hadiri Hari Ihtifal Rangkaian Tadika Khalifah Intelek dan Pra Tahfiz Iman 2013. Kali ini ihtifal diadakan di Dewan ILP Kepala Batas pula.
Kami sampai dalam jam 8.30 lebih, ibu bapa dah ramai datang. Kali ini majlis ihtifal diadakan dalam dewan kuliah, kami ambil kerusi antara barisan teratas. Acara dimulai dengan celoteh MC.
Ihtifal kali ini mulanya kami tak nak datang sebab Siti Sarah dan Muhammad Ammar beri tahu mereka tak dapat hadiah apa-apa, cuma Muhammad Ammar saja yang ada persembahan. Demi nak bagi sokongan kepada M Ammar kami hadir juga.
Gambar kali nie tak berapa cun sebab ambil dari jauh saja. Nak turun bawah nanti Nur Fatini dengan Ahmad Firas nanti nak turun sama, seronok la main tangga. Layan antara gambar yang sempat aku rakam.
Acara diselang-seli dengan penyampaian sijil.
Selepas acara coral speaking diatas diadakan beberapa Penyampaian Anugerah. Tetiba sahaja M Ammar disuruh beratur sama untuk menerima anugerah. Kami pun tak tahu anugerah apa yang dia dapat. Sampai giliran dia, diumumkan penerima untuk Hafazan Terbaik. Ini kot yang selalu pengacara kata, kejutan demi kejutan.
Sekali lagi kejutan, S Sarah pun disuruh berbaris sama untuk terima anugerah. Kali ini dibacakan sedikit sinopsis mengenai beliau antara yang aku ingat cita-cita menjadi seorang Ahli Arkeologi dan memasuki Tadika Khalifah Intelek ketika usia 5 tahun. Yang buat aku pun sedikit panik dijemput ibu dan ayah ke atas pentas untuk memberi hadiah kepadanya. Anugerah Khas. Kalut aku pi dukung M Firas dan isteri aku dukung N Fatini ke pentas.
Acara tamat lebih kurang jam 12 tengahari. Anak-anak Khalifah dibekalkan bekalan nasi ayam yang kami makan kat warung Tok Long kat Paya Keladi.
Akhir sekali diucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik anak-anak kami dan yang telah menjadikan acara ini meriah. Allah sahaja yang dapat membalas budi cikgu-cikgu.
Kami sampai dalam jam 8.30 lebih, ibu bapa dah ramai datang. Kali ini majlis ihtifal diadakan dalam dewan kuliah, kami ambil kerusi antara barisan teratas. Acara dimulai dengan celoteh MC.
Ihtifal kali ini mulanya kami tak nak datang sebab Siti Sarah dan Muhammad Ammar beri tahu mereka tak dapat hadiah apa-apa, cuma Muhammad Ammar saja yang ada persembahan. Demi nak bagi sokongan kepada M Ammar kami hadir juga.
Gambar kali nie tak berapa cun sebab ambil dari jauh saja. Nak turun bawah nanti Nur Fatini dengan Ahmad Firas nanti nak turun sama, seronok la main tangga. Layan antara gambar yang sempat aku rakam.
Untuk mendapat keberkatan acara dimulai dengan bacaan doa oleh adik Mohd Nabil. |
Bacaan AlQuran dan terjemahan oleh Adik Nur Aimi dan Muhd Darwish. |
Persembahan dari adik-adik umur 3tahun, Chicken Dance ~ macam-macam gaya ada. |
Tanya Sama Pokok, adik-adik PG ~ kreatif cikgu-cikgu buat costume. |
Para penerima sijik K2 |
Coral Speaking oleh K1 ~ terbaik |
Acara M Ammar masuk, Di Pondok Kecil ~ cuba cari Ammar kat mana? |
Penerima anugerah penilaian akhir tahun. |
Budi Bahasa Budaya Kita ~ bicara berirama oleh Pra Tahfiz |
Cikgu seronok, M Ammar masih lagi konpius dan terkejut dengan anugerah diterima. |
Gambar dari atas pentas. Muka rasa tebai sedikit dok atas pentas. |
Bersama dua lagi penerima Anugerah Khas ~ terima kasih kepada brader yang tolong ambil gambar. |
Boria Ketaatan Ibu dan Bapa oleh Pra Tahfiz. |
Acara penutup oleh adik-adik K2 yang menyampaikan lagu Tegar beramai-ramai. |
Akhir sekali diucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik anak-anak kami dan yang telah menjadikan acara ini meriah. Allah sahaja yang dapat membalas budi cikgu-cikgu.
Kuliah Ilmu November 2013
Nie dia aktiviti-aktiviti kuliah ilmu masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas yang sempat aku ambil dari FB dan blog depa untuk bulan bulan November 2013.
Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas:
Masjid At-Taqwa Bertam Indah:
Surau Al-Husna Taman Bertam Perdana, Kepala Batas:
Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam:
Jom ramai-ramai kesana...kesana...kesana.....
**Segala perubahan tertakluk kepada masjid / surau berkenaan.**

Subscribe to:
Posts (Atom)