Bajet 2013: Insentif Kepada Pengusaha Taska

Banyak bantuan yang diberikan kepada pengusaha tadika, taska dan yang sekutu dengannya dalam Bajet 2013. Jadi fikir-fikirkanlah kemudahan yang diberi untuk kanak-kanak dan juga yuran yang akan dikenakan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga mencadangkan beberapa insentif untuk memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif.

Beliau berkata insentif itu termasuk geran pelancaran RM10,000 kepada Pusat Pendidikan Awal Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baharu yang berkualiti.

Kira-kira 1,000 pusat ECCE swasta baharu akan mendapat manfaat daripada insentif itu, katanya.

Najib berkata majikan juga akan diberikan potongan cukai dua kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak.

"Ketiga, pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta.

"Keempat, pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberikan kepada pengusaha prasekolah swasta," katanya.

Dalam Belanjawan 2013, PM tak umumkan bayaran khas kepada ibu bapa yang hantar anak-anak ke taska. Kot-kot dapat elaun RM 50 seorang setiap bulan bagi meringankan beban kos yuran taska yang tinggi. Tak pa tunggu tahun depan.

Bajet 2013 : Penjawat Awam Boleh Senyum

Balanjawan 2013 :

Bagi menghargai penjawat awam maka diberi satu setengah bulan gaji. Setengah bulan dah diberi sebelum Hari Raya lepas. Setengah bulan dibayar Disember 2012 dan setengah lagi Januari 2013.
imej : mynewshub.my
Untuk pesara kerajaan pencen minimum dinaikkan dari RM 720.00 ke RM 820.00.

Harap harga barang tak naik, baru boleh menikmati bonus. Kalau harga barang naik, bonus tu kira lekat celah gigi ja la.

Krisis Teh Tarik Roti Canai

Dalam banyak-banyak makanan, teh tarik dan roti canai menjadi antara makanan yang banyak di bincangkan dalam parlimen. Kalau kedai naikkan harga kedua-dua makanan nie pasti akan dibangkitkan dalam perlimen.
gambar : http://izzukasyahfamily.blogspot.com/
Kedua-duanya semacam menjadi fenomena dalam kehidupan rakyat malaysia. Naik sekupang mulalah orang ramai buat tunjuk perasaan. NGO pun dengan lantangnya menyuarakan ketidakpuasan hati.

Pengusaha makanan berilah alasan tepung naik harga, minyak naik harga, gula naik harga dan macam-macam lagi.

Orang politik pun melompat menjadi hero untuk mengawal harga. Akhbar dan media elektronik pun terlompat menemuramah segala macam makhluk mengenai teh tarik dan roti canai.

Malaysia yang mewah dengan makanan, tetapi kedua benda nie tetap menjadi agenda utama seolah-olah ia menjadi makanan ruji terutama untuk sarapan rakyat malaysia. Ia juga boleh menjadi penunjuk perkembangan ekonomi Malaysia. Pasai pa haaa??

Dalam Belanjawan 2013 nanti boleh tetapkan harga dua benda nie dak?

Sustainable :: Kelestarian

Dalam bahasa inggeris sustainble kalau dalam bahasa malaysia lestari. Perkataan baru. Jangan cari perkataan nie ketika zaman Hang Tuah atau zaman P.Ramlee memang tak jumpa punya. Ia direka untuk digunakan zaman ini ( dicipta dalam era 80-an). Satu perkataan yang menjuruskan kepada mengekalkan kelansungan dan keseimbangan kehidupan didunia ini termasuk manusia, haiwan, tumbuhan, iklim, persekitaran dan sebagainya. Sebab setiap yang ada di muka bumi ini dicipta tuhan bukan untuk saja-saja tetapi ada manfaat kebergantungan satu sama lain. Cukup la tuu...membebel panjang pulak.

Sekarang bila sebut lestari, apa yang terbayang di kepala hotak kita? Dah tentu pokok merimbun macam hutan dan udara yang segar nyaman walau ditengahari remang. Itu yang dibayangkan. Sekarang jika dibina bangunan maka akan dicari kaedah untuk melestarikan bangunan tersebut seperti pencahayaan semula jadi ( tak mahu guna lampu elektrik dan sebolehnya mahu cahaya matahari masuk ), menggunakan alatan jimat tenaga walau alat tersebut berlipat kali ganda harganya, pengudaraan semula jadi ( penggunaan penghawa dingin dan kipas diminimakan ), mengunakan alatan yang tak mengeluarkan toksik dan dapat dikitar semula dan sebagainya.

Dalam pejabat, perkara mudah untuk melestarikan pejabat maka penggunaan kertas dikurangkan, peralatan elektrik digunakan secara berhemah, mengitar semula barangan seperti kertas dan kotak dan untuk membangkitkan suasana hijau dan jadikan ada taman dalam pajabat. Di sediakan satu ruang yang akan di rimbuni oleh pokok, sejuukkkkk mata memandang. Maka lestarilah pejabat. Wallahhhh macam mejik pula.

Diluar pejabat pula staf diminta berbasikal ke tempat kerja untuk mengurangkan asap. Kalau nak pergi kelain pejabat boleh jalan kaki sahaja atau naik basikal. Jangan tebang pokok disekitar pejabat.

Itu yang dilihat. Maka disetiap syarikat besar ditubuhkan satu unit yang akan memantau kelestarian. Mengaudit cara pengoperasian syarikat dan memberi makluambalas untuk meningkaktkan kelestarian. Kerja siang malam, mesyuarat sana-sini, seminar dalam dan luar negara untuk mencari kaedah dan cara terbaik mengurangkan penggunaan tenaga, mencari bahan yang boleh dikitar semula untuk menjaga alam sekitar.

Dalam proses melestarikan tempat kerja apa yang nampak ialah bahan kitar semula dan tanam sebanyak mana pokok yang boleh, jangan tebang pokok sehingga kita lupa bahawa manusia yang bekerja juga perlu lestari. Perjalanan kehidupan manusia bukan bersangkutan dengan kerja sahaja, bukan dengan kehijauan alam sekitar sahaja tetapi sesama manusia lain atau dengan kata mudah bermasyarakat dan dengan tuhan. Memang itu pun fitrah manusia yang normal. Kerja siang-malam, kalau mati ada pengarah syarikat nak datang mandikan mayat kita? atau baca talkin? ada? Paling kuat datang ziarah satu bas lepas tu balik. Esok keluar memo jawatan baru.

Syarikat-syarikat perlu ada keprihatinan dalam soal ini. Dimana boleh diujudkan polisi kerja yang menitik beratkan kemaslahatan pekerja. Sekarang bijak-bijak pandai dan yang memandai telah membuat kajian-kajian tentang bebanan kerja dan implikasinya ( dah ada rujukan kajian pun ada yang dok nak buat lagi kajian, mungkin nak isi KPI dia kot ). Telah dibentangkan dalam seminar-seminar dan dibukukan tetapi perlaksanaan tiada.  Yang menariknya perkara ini hanya menjadi satu slogan yang ditampal di dinding pejabat atau dicetak buku/buletin untuk bacaan sahaja. Ditulislah slogan syarikat mesra pekerja, insanikorporat (yang melambangkan syarikat korporat yang berjiwa insan ) dan sebagainya. Tetapi hakikat adalah sebaliknya.

Pernah dengar perkataan "Jangan tanya apa yang syarikat berikan tetapi tanyalah apa yang anda berikan kepada syarikat". Maka pekerja pun bekerjalah bertungkus lumus siang dan malam mengikut arahan majikan utnuk meningkatkan kehebatan syarikat. Dengan slogan itu maka keringat pekerja di perah dengan janji-janji tak pastilah ditepati atau tidak.

Syarikat perlu ada keprihatinan bahawa benda yang menjadi pekerja di syarikatnya itu manusia ( robot pun kena rehat juga ). Walau dia hanya manusia kecil ( tak ada ringkasan perkataan apa-apa pun depan namanya ) dia tetap mempunyai tanggungjawabnya. Tanggungjawabnya bukan sekadar mancari nafkah sahaja tetapi juga tanggungjawab terhadap ahli keluarga, masyarakat dan tuhan. Ada juga yang berkata "Awak kena pandailah membahagikan waktu", tapi kalau kerja tak mengenal waktu, siang dan malam apa yang nak di bahagikan?

Sudahlah tuuu panjang sangat pula tulis kali nie. Apa-apa pun, cuba renung-renungkan dan fikir-fiirkan kelestarian tu apa kebendanya ?

Dr Die Es

Lama tak kemaskini. Timbul ide nak tulis sebab adalah dalam dua tiga bulan lepas hadir satu seminar. Seminar apa?? bukan aku nak tulis mengenai seminar tu tapi orang yang duduk di belakang aku. Ishhh.... macam mengumpat pulak.

Jadi nama, rupa, baju dia pakai aku rahsiakan ( hahahaaa mana aku tahu ). Kami dok lah dengar seminar kat depan tu. Tapi telinga aku nie mana ada penapis yang boleh tumpu ke satu suara saja. Penapis air boleh la. Jadi tedengarlah perbualan kat belakang. Apa yang aku tulis nie telah di tambah dan tolak mengikut sedap jari aku.

A: Akak datang seminar nie ada buat bisnes ka?
B: Tak ada , dulu adalah buat insuran.
A: Aaaiii... jual insuran bagus apa? Kenapa berhenti ?
B: Tak larat la, asyik kehulu kehilir mencari customer. Kena sampai target. Nak cari bisnes lain la. Awak buat bisnes juga ka?
A: Buatlah sikit-sikit.
B: Tak apa sikit-sikit pun, janji masuk. Bisnis apa?
A: Supliment untuk kesihatan. Akak sekarang ada ambil apa-apa makanan tambahan.
B: Tak, dulu adalah. Tapi tak ada perubahan. Mahal pula tuu.
A: Akak penah dengar produk @(%^&$#*
B: Tak
A: Produk nie dah 4 tahun dalam pasaran. Macam-macam kelebihan dia.
B: Oooooooo
A: Banyak kelebihannya. Sehari makan 2 biji. Sebiji pagi sebiji malam. Sihat satu badan. Makanan nie akan cuci dan melancarkan darah kita. Kalau bangun pagi tu, terasa segar ja. Tak rasa nak tidur dah, kira nak terus pi kerja. Masa kerja pula tak rasa letih. Kira tip top lah. Lagi pun supliment nia akan membuang toksin dalam badan kita. Insyaallah segala penyakit akan keluar.
B: Betul ka?
A: Betulllll. Produk @(%^&$#;* nie terfemes. Bukan orang macam kita nie saja guna, artis-artis pun gunaaaa. Produk nie memang terbukti dah. Ada pengesahan kementerian lagi. Jangan risau, akak akan dilindungi insuran jika berlaku apa-apa semasa mengambil @(%^&$#* nie.
C: Akak jual @(%^&$#* nei ka? Eaiii memang bagus. Atuk saya dulu kira selang seminggu kena pi check kat klinik. Diabetis. Nak jalan pun susah. Kaki dah hampir kena potong. Lepas tu ada seorang kawan introduce dengan benda nie. Lepas 2 bulan makan, doktor pun terkejut sebab semakin baik. La nie dah boleh jalan.
B: Bagusnyaaa.
A: Betul tu. Ada seorang customer saya. Nak jalan susah, nak naik tangga susah. Sakit Lutut. Lepas makan @(%^&$#* nie 2 minggu saja terus boleh jalan, tak perlu tongkat lagi. La nie dia dah jadi line saya.
B: Bagus la untuk lutut nooo.
A: Bukan tu saja ada seorang customer lain pula lumpuh sebelah badan, gout. Terlentang atas katil dah sembilan bulan. Anak dia telah beli @(%^&$#* ngan saya. Dicuba selama 3 bula, la nie alhamdulillah dah boleh bangun.
B: Iash... ishhh... ishhh... baguih betul la. Ada kesan sampingan dak?
A: Produk nie dari bahan organik, tak ada bahan kimia. Insyallah tak ada kesan sampingan.
B: Kira lepas ambil benda nie badan akan sihat la noo?
A: Jangan cakap macam tuuu, kesan dia tak bolehlah mai serta merta. Kena ambil masa juga. Kena maintain la makan produk nie baru ada kesan yang baik.
C: Betul tu.
A: Akak berminat. Bagus nie. La nie saya ada bawak sekotak.

Itulah serba sedikit apa yang sesedap jari aku menulis. Banyak yang ditokok tambah.

Memang hebat. Bukan yang menjual tu hebat tapi produk tu hebat. Satu produk boleh menyelesaikan berbagai masalah kesihatan. Makan, maintain, lihatlah kesannnya. Boleh sebut " Eat a supplement a day keep the doctor away ".
Gambar hiasan

Kalau jadi macam nie, doktor boleh tidur atas stretcher. Doktor kerajaan boleh rehat, doktor swasta boleh tutup klinik.

Benarkah ada produk-produk supplement yang boleh bertindak begitu hebat? Dapat menyelesaikan masalah berbagai penyakit. Mungkin ada, sebab makanan tambahan ini memberi kekuatan antibodi dan melancarkan darah. Bila darah lancar, badan pun akan menerima kesannya. Apa-apa pun tepuk dada tanya yang mana terbaik untuk badan. Ingat segala kesakitan dan kekurangan tu tuhan yang beri untuk menguji kita. Jadi kita diberi akal untuk mencari penawar dengan izinNya.

p/s: Dr Die Es = Dr D S = Doktor Direct Selling