Kuala Kedah With Love - 1

Kali ini jom kita terjah Kuala Kedah pula. Apa yang menarik di Kuala Kedah ni? Ada dua yang menarik disini. Satu tentang sejarahnya dan kedua tentang hasil lautnya.

Kota Kuala Kedah

Masa balik kampung berkesempatan melawat kedua-duanya. Ketika ini Ahmad Firas baru seminggu bersunat. Boleh lah jalan-jalan berkain pelikat (Boleh nyanyi lagu Kain Pelikat la la la la Anuar Zain dengan Ellina). Oklah kita mula satu-satu. Hari masih pagi, kami terjah dulu ke Kota Kuala Kedah. Dah lama dok Kedah inilah rasanya aku sampai kesini. Sesampai saja disini, mudah sahaja masuk. Tak jumpa seorang pun hulubalang atau soldadu penjaga kota. Kami masuk sajalah.
Ahmad Firas masih berkain pelikat, baru bersunat.

Masuk ke dalam kota ini tidak dikenakan apa-apa ufti, percuma. Ketika ini, rasanya kami sajalah pelawat yang ada. Jadi jalan sajalah ke dalam kota. Masuk tempat sejarah kena ceritalah sikit sejarah Kota ini.

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar.
Tembok yang mengelilingi Kota Kuala Kedah.

Pada mulanya semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1602-1620) kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh  dengan mendapat bantuan dari pihak Portugis. Pada 1619 kota ini di musnahkan oleh Armada Aceh pada dan Portugis di usir. Kota ini dibaiki semula tetapi sekali lagi pada tahun 1770 kota ini di serang dan dimusnahkan oleh Armada Bugis.
Muzium Koata Kuala Kedah.

Semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1970-1778), kota ini di bina semula. Baginda menitahkan Hafiz Sab, seorang ulama dari India yang dilantik menjadi Kadi Besar Kedah dengan gelaran Dato' Maharaja Kadhi melukis plan dan merekabentuk kota ini diatas tapak asal. Beliau bertanggungjawab membawa buruh-buruh dari India untuk membina Kota tersebut.
Rumah Api dibina didalam Kota pada tahun 1891 yang dikenali sebagai Rumah Pelita. Kos pembinaan di biayai oleh Kerajaan Thailand.

Pembinaan tembok kota ini menggunakan batu bata merah yang dibuat oleh tukang-tukang batu dari India. Batu bata merah ini merupakan adunan bahan-bahan tempatan seperti kapur kulit kerang dan kulit siput, telur putih dan manisan lebah. Tanah pula dari Bandar Alor Setar dan ketika ini tempat membuat batu bata ini dikenali sebagai Bakar Bata.


Disampiung kota dibuat juga sebuah pintu gerbang bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini siap dibina pada tahun 1780 ketika pemerintahan Sultan Mukarram Shaha (1778-1797)

Kota ini dilengkapi dengan meriam katak dan meriam badak berendam yang dibeli dari Belanda dan British. Didalamnya juga disirikan sebuah Istana.
Tak banyak artifek yang di pamerkan.

Disamping dijadikan kota ini sebagai pusat pertahanan , kota ini juga dijadikan npusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845). Semasa pemerintahan baginda kota ini telah diserang dan dimusnahkan oleh Armada Siam pada tahun 1821.
Didalam muzium ini di letakkan pengkisahan sejarah Kota Kuala Muda. Kena rajin baca baru tahu.

Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api.

Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945.

Menurut penduduk tempatan, dahulu terdapat sebuah sekolah yang dijadikan tempat pelajar menimba ilmu dan pejabat guru besar didalam kota ini. Tetapi sekolah itu telah di pindahkan ke Kampung Seberang Kota. Muzium yang dapat dilihat ketika ini merupakan Pejabat Guru Besar (dibina semula mengikut bentuk asal).
Bersama abang yang menjaga Muzium. Sungguh ramah.

Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah". Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Kepada yang berminat nak melihat tinggalan keagunang Negeri Kedah bolehlah melawat kesini.

Alamat:
Muzium Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota
06600 Kuala Kedah Kedah Darul Aman

Telefon: 04-741 2152

Waktu melawat:
Setiap hari, Isnin - Ahad 9 pagi - 6 petang

Bayaran Masuk: Percuma

GPS:
6.108508, 100.286448
6°06'30.6"N 100°17'11.2"E

Ada beberapa link yang menceritakan Koat Kuala Kedah ini:

1- http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kota-kuala-kedah
2- http://war-story.blogspot.my/2009/12/kota-kuala-kedah.html
3- http://catatanberkat.blogspot.my/2013/12/sejarah-kota-kuala-kedah-kuala-kedah.html
4- http://www.sinarharian.com.my/rencana/kota-kuala-kedah-benteng-pertahanan-1.69760
5- http://www.jurnalmalaysia.com/?p=3785

Kuliah Ilmu Oktober 2016

Jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas bulan Oktober 2016 ini.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:


Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Surau Al Muttaqin Bandar Putra Bertam:


Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.