Macam mana boleh jadi macam nie? Mungkin prosidur lama sejak zaman jahiliah yang tak dikemaskini sehingga terlepas pandang. Kasihan kepada orang-orang Islam yang naik kapal terbang MAS. Sudahlah haram, orang lain yang minum kita yang kena bayar.
Pihak kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan yang telah sain MOU menggunakan perkhidmatan MAS untuk membawa pegawai-pegawai mereka kena tengok balik kaedah penggunaan perkhidmatan ini. Duit yang mereka niak tu termasuk duit cukai yang rakyat bayar.
Coklat Cadbury ada DNA babi kena boikot, bagaimana dengan tiket ada DNA arak?
Terima kasih kepada YB yang membangkitkan isu nie.
Petikan dari HarakahDaily:
~~~~~~~~~***~~~~~~~~~
Setiap harga tiket MAS termasuk bayar arak
HARAKAHDAILY | 17 November 2014.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat minggu lalu dikejutkan
dengan pemakluman bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah
termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam peswat MAS termasuk
arak.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan
Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebagai menjawab soalan Khalid Abdul
Samad (PAS-Shah Alam) yang bertanyakan sama ada minuman keras diberi
secara percuma atau sebaliknya.
"Tuan Pengerusi, memang apabila
kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang
disediakan dalam kapal terbang," katanya.
Jawapan itu mengundang
satu lagi kekhuatiran daripada Khalid yang mendakwa ia bermakna setiap
orang yang membeli tiket MAS adalah bersubahat menyumbang kepada kos
hidangan arak, sekalipun tidak meminumnya.
"Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini yang tidak betul ini.
"Saya
rasa kebanyakan daripada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa
kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini pun kena bayar. Kalau
tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak, kita bersubahat,"
katanya.
|
Gambar dari internet |
Kuasa menteri
Dalam pada itu Mohamed Hanipa bin Maidin (PAS-Sepang) mendakwa isu hidangan arak ini adalah lebih kepada kuasa menteri.
Menurutnya, jika menteri boleh memberi arahan dan kata putus, ia boleh diselesaikan dengan mudah.
"Saya
rasa dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri.
Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada
masalah.
"Saya mendengar jawapan Menteri ini, kita makin takut.
Kita ingat selama ini tiket itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian
arak.
"Yang Berhormat Menteri menyebabkan orang Islam yang
mendengar jawapan itu menjadi takut hendak naik MAS lagi dah. Maknanya
kita ada saham pula. Selama ini kita tak jangka benda macam ini
berlaku," katanya.
Abdul Aziz bagaimanapun berkata MAS sedang
dalam proses penstrukturan semula dan akan membuat model perniagaan
baharu yang mungkin akan menukar sistem sedia ada yang dipertikai itu.
Terdahulu,
isu pakaian menutup aurat oleh pramugari dan hidangan arak di dalam
pesawat MAS dibangkitkan oleh Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) ketika
membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Pengangkutan.
Marzuk
meluahkan kekecewaan terhadap jawapan pihak kementerian yang mendakwa
hidangan alkohol dalam pesawat sebagai meraikan kepelbagaian pelanggan
dan kehendak pelanggan antarabangsa.
"Kalaulah ini sebagai
hujahnya, maka apa akan jadi kepada orang yang duduk di sebelah
penumpang yang minum minuman keras yang akhirnya mabuk dan mengganggu
penumpang sebelah yang tidak minum minuman keras.
"Kita bukan
hendak menafikan privasi penumpangpenumpang non Muslim yang menaiki
pesawat-pesawat antarabangsa ini. Akan tetapi kalaulah privasi mereka
diutamakan, bagaimana pula dengan privasi kita?" soal beliau.
Pandangan
oleh ahli-ahli parlimen PAS itu turut disokong aleh ahli-ahli parlimen
Umno termasuk Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis), Datuk Ahmad Jazlan
bin Yaakub (BN-Machang) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah
Merah).
Kesemua mereka bersetuju agar hidangan arak dihentikan dan pakaian pramugari ditetapkan supaya menutup aurat.
Timbalan
Menteri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi dalam penggulungannya berkata beliau
akan mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan termasuk
tiket yang siap dengan makanan yang sudah lama diamalkan.
"Maka
sebab itu saya yakin dengan penstrukturan MAS nanti, ia akan membuat
pendekatan new business model yang lebih rapi dan lebih Islamik,"
katanya.
Berikut adalah petikan perbahasan 11 Nov 2014 mengikut penyata rasmi (Hansard) parlimen.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Adakah benar bahawa minuman-minuman keras ini dibekalkan secara percuma?
Datuk
Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket
kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam
kapal terbang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Jadi
maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini
yang tidak betul ini. Saya rasa kebanyakan daripada syarikatsyarikat
penerbangan antarabangsa kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini
pun kena bayar. Kalau tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak,
kita bersubahat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Malaysia boleh.
Datuk
Ab. Aziz bin Kaprawi: Untuk makluman Tuan Pengerusi, mengenai syarikat
penerbangan MAS ini, ia dalam proses penstrukturan semula. Dalam konteks
ini, ia akan menggunakan satu new business model. Jadi kemungkinan new
business model yang akan diterajui oleh satu syarikat yang baru ini dan
seorang CEO yang baru nanti, ia akan dapat merubah sistem ini seperti
mana kehendak harapan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sikit boleh? Sikit, sikit.
Tuan
Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Menteri, saya rasa
dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri.
Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada
masalah. Saya mendengar jawapan Menteri ini, kita makin takut. Kita
ingat selama ini tiket itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian arak.
Yang
Berhormat Menteri menyebabkan orang Islam yang mendengar jawapan itu
menjadi takut hendak naik MAS lagi dah. Maknanya kita ada saham pula.
Selama ini kita tak jangka benda macam ini berlaku. Itu yang pertama.
Yang
keduanya Yang Berhormat Menteri, kalau kita hendak katakan syarikat,
banyak juga syarikat penerbangan lain yang tidak hidang arak langsung.
Maknanya boleh. Akan tetapi dalam masa yang sama saya tahu Yang
Berhormat Menteri mungkin cater kepada penumpang yang bukan Islam. Dalam
konteks itu, kalau hendak beri pun mestilah ada had dia.
Yang
ketiganya Yang Berhormat Menteri, apabila ada hidangan arak ini, yang
lebih concern ialah pramugari dan pramugara yang beragama Islam.
Maknanya mereka concern sebab mereka terpaksa menjalankan tugas itu
walaupun dengan tidak reda. Jadi macam mana kita hendak menjaga
sensitiviti orang Islam yang bekerja itu?
Sudahlah dengan gaji
yang rendah, selepas itu terpaksa buat benda itu dalam keadaan kita tahu
bagaimana kes ada seorang pramugari apabila mengandung diberhentikan
kerja. Ini semua berlaku dalam MAS. Jadi saya harap, benda ini Yang
Berhormat Menteri kena ada satu pendirian. Kerajaan ada satu pendirian
tentang isu ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Lipis.
Tuan
Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sikit
sahaja saya hendak penjelasan, saya bangkitkan dalam perbahasan tadi
berapa banyak kes yang pernah berlaku gangguan oleh orang yang minum
arak kemudian mabuk atas kapal terbang khususnya kepada
pramugari-pramugari yang bertugas ini.
Datuk Ab. Aziz bin
Kaprawi: Tuan Pengerusi, apa juga pandangan-pandangan ahli Yang
Berhormat mengenai apa yang dibangkitkan mengenai arak dan juga pakaian,
saya akan bawa perkara ini kepada pengurusan MAS untuk di...
Datuk
Ab. Aziz bin Kaprawi: Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan
mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan. Tadi mengenai
tiket yang siap dengan makanan, ini perkara ini memang dah lama dah.
Maka sebab itu saya yakin dengan penstrukturan MAS nanti, ia akan
membuat pendekatan new business model yang lebih rapi dan lebih Islamik.
- HARAKAHDAILY 17/11/2014