Petang Ahad 22 Januari 2017, seperti biasa kalau ada masa ke Vison Park untuk santai-santai. Nak kata tenang disitu taklah sangat maklum manusia ramai. Disini yang jadi anak-anak seronok sebab boleh main buih, buat belon. Tapi kali ini belon tak menjadi tarikan sangat untuk anak-anak aku. Kali ini ada permainan belon besar yang bentuk seperti istana dimana kanak-kanak boleh masuk melompat dan melongsor. Nak tulis nie aku cari kat internet apa kebenda di panggil benda nie. Cari punya cari dengan beberapa key word dapatlah, benda ini dipanggil "inflatable Bouncers".
Infatable Bouncers. |
Seronok Nur Fatini dan Ahmad Firas melongsor. Ahmad Firas tengah tunggu giliran diatas. |
Dalam kereta bila lihat tangan dia seperti bengkak sikit bahagian lengan. Malam, selepas mandi, dia masih dok kata sakit bila tangan digerak. Kami tak pasti apa masalahnya, kalau tergeliat nak bawa ke tukang urut. Sebelum ke tukang urut biar doktor sahkan dulu. Nanti diurut tangan patah, jadi benda lain pulak.
Kami ambil keputusan bawa dia ke klinik. Di klinik doktor syak patah, bukan tergeliat. Tapi X-ray tak boleh buat sebab tak cukup kelengkapan. Kali ini Dr beri anduh dan dibuat surat rujuk ke Hospital Kepala Batas.
Kami terus ke Hospital Kepala Batas pula. Muhammad Ammar dan Ahmad Firas tak ikut. Insyaallah Ammar dapat jaga adik sekejap sementara kami ke hospital.
Sampai hospital hampir jam 9 malam dan terus ke Bahagian Kecemasan. Daftar apa yang patut. Nur Fatini letak atas kerusi roda. Seronok dia dapat duduk kat kerusi tu. Bahagian ini sungguh menyiksakan, lama sungguh. Mungkin Doktor yang bertugas sedikit dan ada kes-kes kecemasan yang lebih kritikal lagi.
Menunggu doktor di Hospital Seberang Jaya, sampai terlena. Walau sakit tapi tetap bersabar dan tak teriak. |
Selepas X-Ray tunggu lagiiii. Lama jugalah. Selepas itu kami dipanggil. Mungkin X-ray dah siap. Dr tunjukkan gambar X-ray. Mula mula dia kata tak ada apa-apa yang patah. Tetapi bila Dr teliti semula ternampak kesan garisan pada tulangdiatas sedikit dari siku. Beliau bukan pakar tulang, jadi dia telefon dan beri gambar X-ray kepada kawannya di Hospital Seberang Jaya dan disahkan ada keretakan atau patah di lengan. Kes patah tak boleh dibuat disini sebab tidak ada Dr pakar. Jadi beliau akan rujuk ke Hospital Seberang Jaya.
Sementara waktu, tangan Nur Fatini disimenkan. Aku pertama kali lihat tangan di simenkan. Pembantu jururawat ambil kain seperti bandage di direntang beberapa lapisan lebih kurang panjang tangan Fatini. Bandage ini seperti ada kapur, keras dan berdebu. Selepas itu diletakkan air, bandage ini menjadi seperti sekeping simen lembut. Dibengkokkan tangan Fatini dan dilapik kapas dan kepingan simen diletakkan dibawahnya dan dibengkokkan seperti mengikut tangan dan akhir sekali dibalut dengan bandage.
Hampir jam 3 pagi akhirnya Nur Fatini dapat balik ke rumah. Dr Hospital Kepala Batas buat temujanji di Hospital Seberang Jaya hari Selasa 24 Januari 2017 dan diberinya X-ray dan juga beberapa dokumen lain untuk dibawa kesana. Alhamdulillah Nur Fatini walau sakit dan letih masih ceria lagi.
Dah jam 3 pagi... masih ceria. |
Hari Isnin ditempat kerja aku telefon Cuepacscare Insuran yang aku ambil. Aku tak pasti boleh atau tidak untuk buat tuntutan insuran sebagai pesakit luar sebab patah salalunya tak masuk wad. Aku mana tau syarat mereka. Alhamdulillah dia cakap boleh. Sepantas kilat talifon isteri aku suruh bersiap, aku balik kerja dan terus bawa ke Hospital Pantai Sungai Petani. Dibawa sekali X-ray dari Hospital Kepala Batas.
Dalam jam 12 tengahari sampai dan daftar nama dan ambil nombor giliran. Tunggu sekejap dapat jumpa Dr. Kami berilah X-ray yang dibawa. Diangkatnya gambar X-Ray tu dan dengan senyum dia cakap ada patah perfect cut. Kami pun tak faham apa itu perfect cut. Dia kata perfect cut itu satu potongan yang lurus dari hujung ke hujung tulang. Berkemungkina patah atau retak. Selepas dia check, pembantunya bawa kami ke bilik lain pula.
Dr itu juga yang datang. Naik atas katil, mula Fatini nak teriak. Masa nie macam-macam kena pujuk. Peranan smartfon diperlukan. Mainkan Upin dan Ipin. Nak alih perhatiannya sementara Dr balut tangan.
Dr sedang balut tangan Fatini. Sakit bila digerakkan. |
Lepas balut Fatini terus Ok diam. Mungkin selesa kot. Boleh tahan berat juga simen tu. Anduh baru diberi doktor lebih ceria dengan gambar kartun.
Selepas itu di buat X-ray semula. Sekali lagi Dr datang check gambar X-ray dan nasihat supaya tak bergerak banyak sant cepat sembuh. Temujanji sekali lagi dalam 3 minggu. Selesai semua, buat bayaran dan jangan lupa ambil resit untuk calim dari insuran. Dalam jam 1 tengahari lebih dah siap boleh balik.
Dah siap dengan anduh kartun. |
Temujanji dengan Dr selepas tiga minggu. Kali ini X-Ray semula dan Dr cakap dah sembuh. Kesan patah pun dah hilang, Alhamdulillha. Tiba masa untuk buka balutan simen.
Macam-macam tulisan semangat. |
Tunggu doktor. |
Fatini dah teriak dah, katanya kena tangan. Seperti biasa smartfon menjadi umpan dengan upin dan ipin.
Simen digergaji. Menakutkan. |
Selapas digergaji, simen diumpil untuk membukanya. |
Dr minta Fatini selalu buat senaman untuk tangan sebab hampir sebulan dalam keadaan bengkok menjadikan sendi menjadi keras. Kali ini Dr beri ubat sapu untuk kesan calar atas kulit. Selepas sebulan, sekali lagi jumpa Dr dan disahkan sihat, alhamdulillah.
Selepas ini aku tulis cara untuk menuntuk bayaran hospital dari Cuepacs Care jika menjadi pesakit luar. Insyallah.