Selamat Datang Castrol dan selamat Tinggal P******s

Hari ini selamat tinggal Pxxxxxxs dan selamat datang Castrol.  Cisss berani berpaling tadah. Macam dah berpatah arang berkerat rotan pula. Ini bukan berpaling tadah tapi himpitan ekonomi semasa.

Dah berbelas tahun pakai kereta.  Asal servis tukar minyak pelincir atau minyak hitam mesti pilih Petronas.  Tapi kali ini Castrol ada tawaran menarik. Tawaran ini aku baru tahu dari mekanik tempat servis.
Tawaran untuk servis yang menggunakan minyak pelincir Castrol.

Tawaran memang menarik dan sukar untuk tak berpaling tadah.  Sini aku ceritakan tawarannya. Untuk minyak semi sintetik, jika dibuat 4 kali servis serta tukar minyak pelincir Castrol dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir semi sintetik percuma.

Untuk yang menggunakan minyak pelincir Castrol fully syntetic,  selepas dibuat 3 kali servis serta tukar minyak pelincir dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir fully syntetic percuma.

Kalau kita guna minyak pelincir campur-campur macam dalca, sekejap gred tinggi sekejap tukar gred rendah, bila nak tebus dia akan bagi yang gred rendah. Takkan nak campur-campur kan.

Memandangkan kegunaan kereta boleh kata dua ke tiga kali setahun atau melebihi 5 kali dalam dua tahun maka tawaran ini amat berbaloi. Uihhh boleh tahan jimat, harga sebotol minyak yang semi sentetik pun dah cecah RM 120.00.

Kad Proof Of Purchase - POP.

Kalau nak dapat tawaran ini bukan setakat beli minyak pelincir Castrol di mana-mana.  Tawaran ini untuk servis yang dilakukan di pusat-pusat servis atau bengkel yang berdaftar dengan Castrol sahaja. Selepas servis minta kepada mereka kad bukti pembelian (proof of purcas- POP) dan juga ID pusat servis. Kemudian SMS ikut arahan seperti gambar di atas. Boleh sahaja minta pusat servis yang SMS. Cukup limit bolehlah tebus sebotol minyak pelincir.
Tawaran minyak pelincir Castrol percuma.

Ok lah harap tawaran in berterusan dan kalau boleh Petronas pun buat tawaran yang lebih menarik lagi. Boleh aku buat U turn.

Nasi Bamboo Sungai Klah

Cerita makan-makan yang tak dirancang. Dah terlanjur balik dari KL dan berkebetulan dah tengahari maka singgah dulu ke sebuah tempat makanayang agak femes. Isteri aku yang cari. Dari lebuhraya keluar melalui tol Sungkai.

Keluar lebuhraya belok ke kiri mengikut arahan WAZE sehingga masuk ke satu simpang kecil. Uihhh macam pelik saja. Nampak disitu signboard Felda Hotspring. Ikut jugalah selalunya tempat makan sedap boleh jadi tersorok sikit. Jauh juga masuk rasa macam tak yakin saja, jalan tu pun jarang-jarang sekali berselisih dengan kereta lain. Maka kami patah balik dan cari sekali lagi tetapi kali ini guna Google Map pula. Kali ini terus ka arah kanan lebuhraya.
Dari jauh nampak kereta dan motor bersusun.

Dalam suku kilometer dari simpang tol Sungkai dan selepas melintasi anak sungai baru ternampak sebuah kedai makan di kiri jalan, Nasi Bamboo Sungai Klah. Kelihatan kereta dan motor memang banyak di hadapan kedai, macam ada kenduri saja. Waze telah bagi ajaran silap tadi. Kami pun belok masuk mencuba nasib kalau-kalau ada kosong. Restoran ini terletak rendah sedikit dari aras jalan, kena turun gon lah.
Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah

Alhamdulillah dapat juga parking. Cepat-cepat masuk kedalam restoran nak booking tempat tempat lagi pun di luar panas terik. Restoran ini berkonsep terbuka dengan dipayungi bumbung. Dalam kedai meja bersusun bukan main banyak tapi dengan manusia yang ramai, meja terasa amat kurang. Kena cepat-cepat booking mana yang sempat. Cuaca panas diluar tak dapat dikurangkan dalam kedai dengan beberapa biji kipas yang dipasang. Ahmad Firas dan Nor Fatini dah mula meragam.
Pengunjung ramai macam kenduri.

Disini berkonsep layan diri, semua kena ambil sendiri. Selepas dapat tempat duduk, suruh anak-anak duduk disitu takut orang rembat pula. Kami pula pi pilih masakan apa yang nak disantap. Tempat pertama dituju ialah menu yang menjadi nama kedai ini, mestilah nasi buluh. Nasi buluh datang dengan nasi yang dibungkus dengan daun dan disumbat dalam buluh, ulam, telur masin, sambal dan kari dan serbuk apa entah aku pun tak tahu ~ serbuk ikan.
Disini berkonsep layan diri, beratur.

Set nasi buluh. Nasi dalam buluh, kuah kari, ulam, terlur masin, sambal.

Selain dari nasi buluh ada juga nasi bakar dan tapai pulut daun getah.

Makanan disini dibahagikan ke beberapa bahagian mengikut jenis. Setiap bahagian kena bayar asing-asing. Selepas ambil set nasi buluh, kami bayar dulu sebelum ke bahagian lain pula. Semuanya berkonsep layan diri.

Bahagian yang kedua ialah bahagian bakar, berbagai menu bakar seperti ikan talapia, siakap, baung, kerang bakar dan juga kambing bakar. Setiap hidangan di letak siap-siap didalam piring dengan harga tertentu. Pelanggan cuma sambar sepiring dan bayar sahaja.
Kambing bakar. Ada lemon lagi.


Setiap hidangan di letakkan dalam piring. Pelanggan cuma pilih saja piring mana yang berkenan.
Ikan kelah bakar. Nasib baik diletakkan tanda harga. Tersilap sambar kempis poket.

Bahagian yang ketiga kami sampai ialah lauk campur. Berbagai lauk pauk ala kampung di sediakan seperti masak lemak, sup kambing, kari, kerabu, ayam goreng, ikan masin, sambal dan ulam-ulaman. Tengok lauk pauk ini boleh rambang mata. Tak tau nak pilih yang mana.

Masakan ala kampung.

Berbagai menu masakan ala kampung. Tak tau mana nak pilih. Dari Sup kambing, masak lemak kambing salai hingga kerabu semua ada.

Yang terakhir sekali tentulah minuman. Alhamdulillah semua dah diambil dan terhidang. Jom makan. Ahmad Firas dan Nur Fatini masih lagi merengek kerana panas. Tak apalah makan dulu nanti masuk kereta kena ekon.

Ini dia set nasi buluh. Nasi, kuah kari, telur masin, ulam, sambal dan sambal ikan (kalau tak silap). Satu set harga RM2.50.
Nasi dibungkus dengan daun kalatia. Rasa nasi ini macam biasa saja. 


hidangan tengahari kami.Ayam bakar, iakan bakar, kambing bakar, kerabu, masak lemak kambing salai dan sambal kicap.

Saja nak tunjuk masak lemak kambing salai. Daging bukan main banyak. Rasa memang terbaik, kuah melekat dan daging pun banyak.

Bagi aku keseluruhan makan disini memang sedap dan ada rasa. Tak sia-sia tersesat. Boleh datang lagi. Tempat makan yang luas dan bersih tetapi kerana pengunjung yang ramai terasa meja yang disediakan seperti sedikit. Parking juga banyak di luar kedai tetapi seperti diatas juga oleh kerana pengunjung yang ramai kena berebut.

Selain dari masakan ala kampung disini juga terdapat booth yang menjual seperti air kelapa muda, coconut shake, madu, kerepek, kuih, cenderahati dan sebagainya (gambar tak ambil). Kepada yang hendak datang ke Nasi Bamboo Sungai Klah, ini sedikit maklumat.

Alamat:
Nasi Bamboo Sungai Klah
Lot 53 Tanjung Balai,
Jalan Slim River
Sungkai, Perak,

No Telefon:
0165269967, 0164508964.

Waktu operasi:
Dibuka pada setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang dan tutup hari Isnin.

GPS:
3.991616, 101.313116
3°59'29.8"N 101°18'47.2"E

Lokasi dari Google Map.






Kuliah Ilmu Disember 2016

Jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas bulan Disember 2016 ini.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:

Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.