Mesin Basuh Extend Waranty

Hari ini tetiba bunyi geduk geduk geduk.... Mesin basuh berbunyi ketika spin. Dah nak boleh habuan kedai dobi dah lepas ni.

Mesin basuh Toshiba ni dah lama, aku pun dah lupa bila dan kedai mana yang beli. Apa yang aku tahu masa beli selalunya top up extend waranty, ada kut sehingga 6 tahun. Extend waranty ni bukan waranty dari pengeluar alatan tetapi insuran. Jadi aku talifon kedai-kedai yang selalu kami beli alat elektik. Kedai-kedai ini ada maklumat pembeli. Alhamdulillah jumpa kedainya. SEC Elektrik Sungai Petani.

16 Mei Khamis report ke SEC SP - Mesin basuh ada bunyi bila spin. Bagilah maklumat gedebuk gedebaq. Masih ada insuran cover (extend waranty). Diberitahu pihak Toshiba akan call balik 2 ke tiga hari. Untuk makluman bahagian servis cuma bekerja Isnin hingga Jumaat sahaja. Jadi memandangkan hari ini Khamis maka minggu depan mereka akan call.

Selepas aku report ke SEC beberapa hari, mesin basuh yang masih boleh berfungsi tetiba pejam terus sekali dengan elaktrik rumah trip. Pakaian masih terendam dalam mesin tetapi tak boleh buka pintu nak bawa keluar sebab "Child Lock". Cari di You Tube cara nak buka child lock. Tak jumpa model yang sama atau seakan-akan sama. Alhamdulillah terjumpa cara buka penutup atas semua sekali - semua mesin lebih kurang sama sahaja. Apa lagi selamat dapat keluarkan pakaian. Kalau tidak jadi pekasamlah pakaian tu. Maka bermulalah ulang alik ke kedai Dobi.

23 Mei tengahari - pihak Toshiba talifon nak datang rumah. Dah bagi tahu ke SEC nak datang talifon dulu dan set tarikh. Apa dia ingat kami kerja tunggu dia kat rumah. Minta datang hari Sabtu atau Ahad pula geng servis ini tak kerja. Jadi kami minta tarikh lain. Minggu depan sekolah cuti. Anak-anak ada kat rumah. Jadi minta dia datang minggu depan, anak-anak boleh tolong tengokkan. Ok lah senang.

27 Mei Isnin - Talifon SEC, report pihak Toshiba tak call confirm tarikh. Tak sampai 5 minit pihak Toshiba talifon  dan confirm tarikh. Dan mereka datang hari ini. Anak aku tengok mereka repair. Kata yang servis, mereka kata board rosak dan akan tukar. Jadi mereka balik dan nanti akan datang semula ganti board tu. Pintu mesin basuh mereka buka dulu. Balik nanti bolehlah cedok air keluar.

30 Mei Khamis- pihak Toshiba datang semula dan ganti board. Mereka masukkan air dan mesin berfungsi. Anak aku yg tengok masa ini.

Balik kerja dengan heppppy. Tak payah ke kedai dobi lagi. Apa lagi masukkan pakaian kotor dan START. Tengok air masuk cantik saja dan tutup pintu mesin basuh. Tak berapa lama tergerak hati nak tengok apa jadi. Laaa.. semua lampu LED dah padam. Pejam balik.

Talifon SEC SP dan report kejadian. Mereka akan beritahu pihak servis Toshiba. Mereka minta no telefon Toshiba. Macam biasa dijanji 2 ke 3 hari bekerja mereka akan call balik. Kebetulan hari ini Khamis, maka kena tunggu minggu depanlah.

31 Mei Jumaat - Talifon sendiri Toshiba. Jadi aku ceritalah apa terjadi. Lalu disuruh sambung direct ke soket tanpa guna extention board. Mana boleh, kebel mesin basuh pendek. Lagi pun extention tu memang untuk mesin basuh sahaja. Mungkin nak salahkan extention rosak kot. Extention board aku boleh check sendiri lah. Nak set tarikh minggu depan tak boleh sebab kami balik kampung,  ini kan minggu raya. Mereka pun tak kerja juga. Kena tunggu minggu lepas raya. Oklah nanti talifon semula.

7 Jun - Telefon SEC tanya apa cerita dengan Toshiba. Mereka tak tahu mesin rosak balik, tak pasti hari itu mereka ambil report atau tidak. Sekali lagi mereka akan beritahu pihak Toshiba.

12 Jun - Pihak Toshiba tak call. Jadi aku call SEC tanya apa cerita. Biasalah ulang balik cerita awal. Mereka akan confirm dengan Toshiba dan akan talifon aku. Hari yang sama SEC talifon semula dan bagi tahu Toshiba minta buat report aduan semula. Laaa… Apa punya cerita.

13 Mei - Pihak Toshiba call. Kali ini lelaki Melayu call. Biasalah cerita balik apa berlaku. Dia janji juruteknik dia akan call confirm tarikh mereka akan datang. Dan macam biasa aku bagi tahu kena confirm tarikh dulu. Bukan datang bila-bila. Aku bukan suri rumah sepenuh masa tunggu mereka.

17 Mei lewat petang - Talifon SEC tanya apa cerita. En Amin jawab. Laaa mereka kata tak tahu pihak Toshiba tak datang lagi. Macam biasa mereka akan buat report.

18 Jun tengahari - Toshiba Pn Nur talifon. Kali ini depa call set tarikh. Esok katanya nak datang tapi masa tak tahu. Yang ni lagi satu, setakat dia datang nak check, aku kena ambik cuti. Lepas tu dia kata juruteknik akan datang dalam jam 2 petang keatas. Oklah bila juruteknik tu nak keluar esok, talifon aku bagitahu masa. Biasalah kontraktor tak keluar awal pagi, boleh jadi jam 11 pagi baru gerak. Oklah esok aku tunggu call.

19 Jun - Hampir jam 1 tengahari SEC talifon tanya Toshiba dah confirm masa ka. Aku tersilap, kata tak talifon lagi. Check balik henphon, baru perasan kelmarin Toshiba dah talipon dan set masa. Call balik SEC bagi tahu. Lepas tu aku call juruteknik Toshiba. Dia tengah makan dan akan ke kebeberapa tempat dulu baru sampai ke rumah aku lebih kurang jam 3 petang.

19 Jun - Balik ke rumah jam 3 lebih sikit mereka datang. 2 orang dari Toshiba. Cerita serba sedikit apa yang berlaku. Mungkin yang datang kali ini lebih pakar dan lebih pemerhatiannya. Yang dulu datang terus tukar board, selesai. Tapi yang datang kali ini dia mendengar rentetan kerosakan. Dari mesin berbunyi sehingga pejam. Dengan mudah dia dapat kesan punca kerosakan bukan dari board tetapi kondenser terjatuh dan wayarnya short ke badan mesin basuh. Bila berlaku perkara ini board yang diatas pun akan trip/rosak juga.

Lalu dibuka bawah mesin dan memang kondenser dah terjuntai kebawah dan ada kesan spark pada wayar. Memang betul diacakap tadi. Diskrew balik kondenser itu. Baliau juga periksa valve air keluar. Ada sedikit masalah,  apabila dia menarik picu valve, ia tidak bergerak dengan licin. Masalah ini menyebabkan air keluar tidak lancar dan akan ada lebihan air tertinggal dalam drum. Beliau adjust balik dan diletakkan grease. OK lancar semula.

Juruteknik yang datang kali ini memang tak kedekut ilmu, diberitahu sebab-sebab berlaku kerosakan.  Lebihan air yang tertinggal dalam drum akan memberi dua kesan. Satunya, ia meyebabkan air lebihan berkocak ketika spin menyebabkan mesin bergoyang/bergetar kuat, ini salah satu menyebabkana kodenser terjatuh. Yang kedua pakaian tak akan di perah/keringkan dengan baik ketika spin disebabkan air masih ada dalam drum. Alhamdulillah ilmu baru aku belajar hari ini.

Tak boleh "ON" lagi. Dibuka penutup board dan dapat dilihat Fuse dah terbakar. Jadi mereka tukar board (jadi ini board yang kedua lah mereka tukar). Pasang balik dan test. Alhamdulillah  semua berjalan lancar.

Di rumah, lubang di lantai tempat air basuhan keluar tinggi sedikit, lalu dinasihatkan sama ada letakkan mesin basuh lebih tinggi ( letak atas pelapik) atau potong paip/adjust tempat keluar air bagi rendah dari lubang keluar air mesin basuh. Ini bagi mengelakkan air tak dapat dikeluarkan sepenuhnya yang akan menambah beban kepada mesin basuh.

Alhamdulillah, walau sebulan menunggu tapi berbaloi. Bila dihantar yang pakar maka mereka akan menyelesaikan masalah yang berlaku dan juga benda-benda lain yang bersangkut paut supaya tidak berulang. Dan yang penting tak kedekut ilmu, berbagai perkara diberitahu. Moga juruteknik itu murah rezeki dan hayat mesin basuh ini panjang untuk berbakti.


Kuliah Ilmu Jun 2019

Mai ramai-ramai tambah ilmu bulan Jun 2019 nie sekitar Kepala Batas.

Masjid At-Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:
Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Selamat Hari Raya 1440H

Walau tiada persiapan yang meriah. Walau tiada gudang yang menyambutnya. Bulan yang membawa beribu rahmat akan menemui penghujungnya. Terasa pantas Ramadhan akan berlalu. Akan hilanglah bulan yang penuh rahmat. Sempatkah untuk Ramadhan yang seterusnya?

Hari Raya yang akan datang tentu ramai yang kunjung mengunjugi ziarah menziarahi adik beradik saudara mara kawan kawan dan sebagainya. Jadi, kalau bersalam salaman pastikan orang yang disalam itu mahram kita. Sayang puasa sebulan jaga segala pantang, hari raya kita buat kesilapan. Dibawah infografik siapa mahram dan bukan mahram. Gambar dari DAMAI - UNIMAS.
Mahram untuk perempuan.

Mahram untuk lelaki

Dalam Ramadhan ini juga aku mengambil kesempatan memohon maaf jika dalam tulisan aku ada yang tersilap.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin

Jualan Gudang Buat Hari Raya

Setahun sekali dalam bulan Ramadhan senang cakap sebelum Hari Raya lah kalau tak silap tempat ini menjadi tumpuan. Selalunya dibuka selepas seminggu atau dua minggu masuk puasa dan dibuka sehinngga Hari Raya. Ini dia Jualan Gudang Lois.


Berbagai barangan keluaran Lois seperti seluar jeans, baju, kasut, tali pinggang, dompet dan macam-macam lagi ikut apa yang depa nak jual lah. Kebanyakan barangan boleh kata stok lama atau ada yang reject. Jadi bila nak beli cuba periksa elok-elok. Harga pula boleh kata murah juga tapi ada yang kata di supermarket pun harga sama juga, bolehlah survey dulu.

Dibawah aku letakkan sedikut maklumat.

Alamat:
Lot 9233 Hala Kampung Jawa 1,
Kawasan Perindustrian Bayan Lepas (fasa3)
Kalau dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, belok disimpang hadapan Kilang Knowles.

Telefon:
04-6409292

Tarikh:
17 Mei - 4 Jun 2019

Masa:
10 pagi - 10 malam

GPS:
5°18'45.4"N 100°17'44.3"E
5.312608, 100.295637

Dikawasan berdekatan sini juga ada sebuah lagi Jualan Gudang Berjenama yang menjual jenama Edwin, GA Blue, Mustang, Body Glove dan lain-lain. Disini pun jual barangan stok lama dan ada yang reject, jadi bila nak beli periksa dulu supaya tak terambil yang rosak. Tepuk dada tanya selera.


Kuliah Ilmu Mei 2019

Alhamdulillah, masih lagi Allah memberi kesempatan memasuki bulan Ramadhan. Selain Solat Sunat Tarawikh ada juga masjid yang menyediakan halua telinga kuliah Zohor atau Asar. Mai ramai-ramai tambah ilmu bulan Mei nie sekitar Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas:


Masjid At-Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Masjid Jamiul Jalaj Wal Kamal, Kepala Batas:


Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Eryna Cafe Curry Claypot, Balik Pulau

Kali ini geng tempat kerja tong-tong duit makan dan lepak ramai-ramai. Perjalanan untuk makan tengahari kali ini jauh juga ditambah dengan jalan berliku dan naik bukit. Maklumlah ke Balik Pulau. Katanya tempat sedap dengan masakan ala kampung dan yang menjadi kegilaan ialah kari ikan dalam periuk tanah - claypot la tu.

Perjalanan hampir di hujung dunia. Sampai ke Kuala Sungai Pinang. Di tepi kuala ada sebuah warung. Dari jauh nampak biasa-biasa sahaja. Dihadapn kedai tergantung banting Eryna Cafe Curry Claypot Kuala Sungai Pinang. Nampak kereta dan motor banyak pakir dihadapan kedai, tapi tak nampak ramai orang pun. 
Eryna Cafe Curry Claypot Kuala Sungai Pinang.
Masuk ke dalam baru nampak pengunjung. Rupanya ruang makan berada di balik kedai ini. Kira kami masuk pintu dapur lah. Pengunjung boleh tahan ramai juga. Kebanyakannya datang dalam kumpulan-kumpulan macam kamilah kot. Sekali sekala nak makan sedap dihujung dunia.
Ruang makan yang selesa.

Disini pilihan menu tak banyak, ada kari ikan, ayam goreng, ikan goreng, sambal udang, sayur-sayur, ulam begitu sahaja. Jadi aku biar geng-geng yang dah biasa oder, aku bahagian balun saja.
Antara menu yang disediakan.

 Lauk-lauk sampingan pilih di kaunter. Tak berapa lama sampailah hidangan.
Antara menu sampingan yang kami ambil. Ikan curut menjadi tarikan, rapuh. Yang lain sambal udang, ulam, telur masin.

Yang terakhir dan yang menjadi menu utama, Kari Ikan Jenahak. Kari ikan datang dalam periuk tanah, masih menggelegak lagi kuahnya - puas ambil bau.

Ini dia menu utama, Kari Ikan dalam periuk tanah. Periuk ini besar, seekor ikan jenahak menyelam disini. Bahan-bahan lain seperti bendi dan tomato pun banyak. Sesuai untuk 4 ke 5 orang. Asap original, bukan edit

Nasihat dari yang biasa makan disini. Periuk tanah ini dapat simpan haba dengan lama. Jadi sampai sahaja kari ini yang masih menggelegak panas, jangan tunggu lama sangat. Cedok ikan dan letak dalam bekas asing, supaya ikan tak terlebih masak dan hancur.
Aku punya. Pilihan terbaik selalu dibahagian perut.
Kari yang sampai memang terbaik, rasa rempah, asam, garam semua cukup. Bahan-bahan seperti tomato dan bendi pun banyak. Alhamdulillah semua clear.

Pilihan menu disini tak banyak, jadi kepada yang hendak datang kesini pastikan peminat kari ikan, memang terbaik. Masa balik hujan lebat, tak boleh ambil gambar tepi kuala. Kepada yang hendak merasa kari ikan, sedikit maklumat Eryna Cafe Curry Claypot.

Alamat:
Eryna Cafe
Jalan Kuala Sungai Pinang
Balik Pulau

No Telefon:
012-416 4445 / 017-5522611

Waktu operasi:
Dibuka dari jam 9 pagi hingga 2.30 petang setiap hari.
Tutup hari Selasa

Lokasi dari GPS dan Google Map:
5°23'26.6"N 100°11'45.6"E
5.390730, 100.196011



Pulau Pinang - Tanjung Tokong

Selepas turun dari bukit bendera dah jam 12 tengahari. Perut pun dah berbunyi maklumlah boleh tahan juga ronda-ronda kat atas bukit bendera, berpeluh pecah lemak. Kami terus ke Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh Queen. Apa lagi balun nasi kandar dengan Rasam lah disini.

Alhamdulillah kenyang. Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh  Queen.
Alhamdulillah kenyang. Jam dah 1.30 tengahari. Memang eloklah untuk check-in hotel jam 2 petang. Hotel ini aku booking melalui Agoda . Cari hotel yang ada kolam renang dan pantai untuk bebudak. Kami booking dua bilik di Hotel Sentral Seaview untuk semalam. Kami ambil 2 bilik, maklumlah dua anak aku Sarah dan Ammar dah terlebih umur. Sarapan pagi disediakan untuk dewasa, aku, isteri, Sarah dan Ammar - yang kecil Firas dan Fatini aku terlupa, free atau kami top-up.
Hotel Sentral Seaview. 5°27'49.3"N 100°18'20.0"E

Pemandangan dari bilik, Dapat lihat pantai sipi-sipi.
Bilik yang selesa walau sempit sedikit.

Rehat sekejap. Apa lagi petang sahaja, pakat turun mandi kolam lah. Selepas kena halau dari kolam sebab tak pakai baju mandi kami pakat-pakat ke pantai pula. Bagi puas hati. Pagi esok juga serupa, berkubang di kolam atau di pantai.
Pantai Tanjung Tokong

Puas main pasir.

Bagi pandangan aku, kemudahan dan keselesaan Hotel Sentral Seaview berbanding dengan harga sangat OK. Semua kemudahan standard dalam bilik dan Wifi ada. Ditambah lagi disediakan sarapan untuk dewasa, kemudahan kolam renang dan ada pantai. Pantai bersih tetapi jangan haraplah air jernih macam di Sabah, ini Penang Bro. Penyambut tetamu memang terbaik, layanan yang mesra.

Tangga yang tidak diselenggara dengan baik. Jenuh lompat nak turun kebawah. Awal tahun 2018.

Yang aku tak berapa suka ialah kemudahan untuk turun ke pantai. Tangga yang disediakan rosak. Sampai sekerat sahaja, selebihnya pandai-pandailah pijak batu dibawah untuk turun dan naik. Harap pihak hotel memperbaiki kemudahan ini.

Dalam tengahari kami check out. Sebelum sampai rumah, buah terakhir nasi kandar dulu. Kali ini ke Nasi Kandar Merlin. Sambil makan disitu aku menapak ke Pasembor Kareem tak jauh dari situ. Bungkus dan makan di Nasi Kandar Merlin - dengan muka tak malu minta izin tokey.
Nasi Kandar Merlin

Pasembur Kareem
Oklah cuti-cuti malaysia bawak anak-anak lawat Pulau Pinang dan terima kasih kepada isteri aku sponser trip ini.