Thailand : Trang

Cerita tahun-tahun lepas. Yang nie cuti-cuti sambil kerja ke Thailand lebih tepat ke Trang. Aku nie kira tukang mengikut ja.

Kami bertolak dari USM lebih kurang jam 8 pagi. Sebelum sampai ke sempadan singgah dulu ke kedai kopi CTC Recreation.


Tempat nie selalu jadi lokasi utama untuk tukar duit sebelum sampai ke border. Boleh kata kadar tukaran diberi lebih tinggi dari kat Penang. Sebelum nie dah tukar sikit, tengok rate macam OK ja, tukar sikit lagi lah. Kat sini ada disediakan kedai makan, tapi tak tergamak nak makan ~ paham-paham ja la nooo. Lagi pun berhenti sekejap saja untuk tukar duit dan ke bilik air. Selesai, perjalanan diteruskan.



Tak berapa sampai lama sampai ke sempadan, turun dari bas dan cop pasport dan naik bas semula. Perjalanan diteruskan ke Trang. Kini aku lebih muda sejam sebab beza masa kat Thailand kurang sejam dari Malaysia. Lepas nie aku guna jam Thailand.
Kalau dah nampak tiang letrik dengan wayer berceragah, maksudnya dah masuk Thailand la tuu.


Perjalanan masih jauh lagi, singgah sebentar di Hat Yai untuk solat dan makan tengahari.
Tom Yam jadi kepala hidang.

Thai Malaysia Restaurant, Hay Yai.

Perut pun dah kenyang, naik bas dan sambung perjalanan. Dalam jam 4 petang kami sampai ke Trang dan check in ke Hotel Thumrin Thana.
Hotel Thumrin Thana, Trang



Plug elektrik kat sini jenis 2 pin, jadi bawak universal adapter. Aku pinjam kawan punya, nasib baik dia bawak.



Malam nie keluar semula untuk makan malam. Tak tau apa namanya tapi tempat nie ada parking luas kat depan yang selalu bas pelancong selalu berhenti. Yang aku tahu, selalu jika ikut rombongan mesti berhenti kat sini. Restoran ada dibelakang, didepan ada berbagai makanan dan cenderahati dijual. Restoran nie ada logo halal.

Selesai makan balik ke hotel semula. Malam nie tak ada aktiviti apa-apa. Badan pun dah letih kita tidur dulu.



Pepagi esoknya merupakan aktiviti rasmi di Prince Of Songkhla University. Pakat-pakat semua pi kesana. Mula-mula dianggarkan program akan tamat sebelah petang tapi sebelum solat Jumaat program dah selesai. Jadi lepas solat kat masjid berdekatan kami balik ke hotel.
Waktu solat.

Malam nanti baru ada program semula. Sebelah petang nie kira aktiviti bebaslah. Jadi aku ambil kesempatan untuk pusing-pusing pekan Trang. Boleh tahan sebok bandar Trang nie.
Teksi menunggu penumpang.

Kereta roda tiga, tuk-tuk

Kat Thailand nie kalau diperhatikan berbagai warna plat nomber kenderaan. Yang biasa ialah warna putih denga tulisan hitam, yang nie untuk kereta persendirian yang telah didaftarkan. Untuk teksi warna kuning dengan tulisan hitam. Yang menariknya ialah plat warna merah dengan tulisan hitam, yang nie ialah plat sementara untuk kenderaan baru yang belum didaftarkan ~ tak daftar pun boleh ronda-ronda dah.
Plat nombor kereta putih dan merah.


Pekan Trang nie bukan sebuah kawasan pelancongan jadi masa aku jalan-jalan tu jarang terjumpa pelancong yang dok tercangak-cangak macam aku nie. Ia merupakan sebuah pekan yang boleh kata jenis klasik dengan bangunan-bangunan yang dah sedikit berusia.

Balik sekolah. Kalau kat Melaysia dah tentu kena perambat dah.




Jalan punya jalan sampai ke Ruenrom Road ( selepas cari kat internet baru tau nama jalan nie ) ada pasar malam kat situ.  Pasar malam nie dibuka setiap hari dari petang hingga malam. Aku sampai dalam jam 4.30 petang  boleh kata semua gerai dah buka. Layan gambar kat bawahhh....

Ada juga kuih buah melaka ~ rasanya lah kot, aku tak tanya pun.



 Makanan kat sini boleh kata berbagai dan warna pun memang ceria-ceria. Ada juga peniaga Muslim kat sini tapi sangat terhad. Nak kenal mudah saja, kalau perempuan selalunya bertudung kalau tak pun kat gerai dilukis logo halal.
Nasi beriyani pun ada.



Telor burung goreng.


Yang kat atas nie aku tunjuk gambar makanan saja, tapi pasar malam nie seperti kat Malaysia juga, macam-macam ada. Bukan setakat makanan, pakaian, cendera hati, mainan dan macam-macamlah dijualnya tapi yang banyak ialah gerai makananlah.


Kat pasar malam nie aku tak beli apa-apa. Dah selesai pusing pasar malam aku pusing kot jalan lain pulak untuk sampai ke hotel. Bolehlah tengok sekitar pekan Trang nie.
Nampak tak polis bertopi keledar sebelah motor di sebelah kiri gambar Aku dok perati dia nie dok picit suis kawal lampu isyarat kat dalam pondok sebelah tu. Mungkin masa puncak sistem automatik tak boleh guna kot.

Motor yang di buat serupa teksi. Driver motor pakai vest hijau. Kalau nak pi mana-mana driver nie lah yang akan membonceng kita.



Dalam jam 6 petang aku dah sampai balik ke hotel untuk acara rasmi malam nie. Oklah sambung esok pula, perjalanan akan ditersukan ke Krabi.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Thailand Disember 2013 ]

1- Thailand : Trang
2- Thailand : Krabi
3- Thailand : Krabi ~ Island Hopping
4- Thailand : Krabi ~ Pasar Malam Muslim
5- Thailand : Hat Yai


PASTI dan KAFA untuk Ammar dan Firas

Isnin 12hb Januari 2015, hari pertama sekolah dibuka semula. Muhammad Ammar dah masuk darjah 4 sekolah yang sama jugak, SK Bertam Perdana. Masuk sekolah lama tak sesebok Siti Sarah yang berpindah sekolah. Dah tau selok belok nak tuju kat mana.

P_20150108_231320_DF
Buku kerja Ahmad Firas ~ bukan main banyak!!!
Yang sebok pagi Isnin nie ialah Ahmad Firas. Dah masuk 5 tahun, tak boleh duduk kat taska saja, kena mula belajar sikit-sikit.  Jadi tahun nie daftar ke Tadika PASTI. Kalau dulu-dulu waktu pagi cuma tukar pempes dia dan adiknya Nur Fatini saja dan bawak ke Taska Nur Fazham. Tapi kali nie kena bangun pagi, mandi, pakai uniform baru ke PASTI. Pepagi semakin sebok.
P_20150112_070407_HDR
Baju hijau dengan kasut sekolah baru.
Hari pertama nie kami ambil cuti. Tapi kena bangun seolah-olah pergi kerja. Kali nie kena kejut Ahmad Firas bangun. Alhamdulillah seronok ja bangun. Seronok nak pakai baju baru dan nak pi sekolah baru. Laju ja kebilik air dan bersiap. Adiknya Nur Fatini masih dok kat Taska lama, cuma tukar pempes saja.
Dua-dua dah siap...

Selepas abangnya M Ammar pergi ke sekolah, kami hantar Nur Fatini ke taska lama dulu. Selepas tu baru ke Tadika PASTI. Tak jauh pun jarak Taska Nur Fazham dengan Tadika PASTI, dalam kawasan perumahan Bandar Putra Bertam juga.
P_20150112_074336_HDR
PASTI Putra Ibnu Sina Bandar Putra Bertam
Hari pertama yang memang terbaiklah. A Firas macam gembira ja. Sampai ke PASTI, masuk pilih tempat bagi dia duduk. Kawan-kawan baru dah ramai dah. Firas macam tak kisah, relex jaaa.
P_20150112_073206_HDR
Sampai sekarang Ahmad Firas dok sebut Tadika PASTI sebagai Baitul Ummi sebab masa dok survey tadika tahun lepas adalah pi ke Tadika Baitul Ummi. Mungkin dia nampak menarik kot, terus lepas tu lekat nama Tadika Baitul Ummi walau kami letak dia kat tadika lain.
P_20150112_073331_HDR
Lapas nie apa ekkkk??
P_20150112_073359_HDR
Bersama kawan-kawan.

Selepas dia dok dalam kelas, kami tunggu kat luar sekejap. Dok tengok kot-kot tetiba baralih angin, pi teriak. Tapi dok tengok OK ja, kalau dia toleh belakang nampak kami siap babai lagi. Rasa macam OK ja kami pun beredarlah, pi makan pagi sambil standby kot-kot cikgu talipon.

Tadika nie kami ambil pekej setengah hari saja, tengahari Cikgu Azi dari taska lama akan ambil tarnsit dengan adik dia. Lepas makan pagi kami pi tengok sekali lagi. Nampak OK saja pakat-pakat tengok reramai cerita Upin Ipin. Agenda petang ada lagi.

Dok sekejap kat rumah, Muhammad Ammar pula balik dan kami semua keluar pi makan tengahari. Selepas balik ada agenda lain pulak. Kali nie Muhammad Ammar kami daftar untuk Kelas KAFA sebelah petang. Kelas tiga kali seminggu setiap Isnin, Selasa dan Rabu mula jam 3 petang.

P_20150112_151658_HDR
KAFA Bertam Perdana
Hari pertama kami hantarlah sebab kena buat pendaftaran dan juga beli barang-barang keperluan tambahan. Hari-hari lain dia transit kat rumah jiran dan naik van je sana. Kelas KAFA nie tak jauh pun, dalam Taman Bertam Perdana juga cuma di Dewan Orang Ramai kawasan Bentara. Balik kelas isteri aku ambik.
P_20150112_152824_HDR
Ramai kawan sekolah M Ammar yang masuk kelas KAFA nie. Jadi masuk kekelas sat saja dah riuh rendah. Kat KAFA nie juga ada disediakan kantin bolehlah anak-anak makan semasa rehat. Tapi Ammar hari pertama dah cerita dia ikut kawan beli nasi lemak kat mana entah.
P_20150112_153829_HDR
Ramai yang ambil kelas KAFA nie. Boleh kata memasing dah kenai sebab satu sekolah.

Ketika ini ibu bapa berpusu-pusu menginginkan anak-anaknya berjaya tak saja dalam akademik tapi juga bidang keagamaan. Maklumlah cabaran masa depan yang lebih mencabar dengan berbagai gejala. Anak-anak nie juga yang akan menjadi aset kita setelah mati. Kelas KAFA nie salah satu yang menjadi pilihan serampang dua mata. Ilmu dapat dan sijil pun dapat.

 Kalau tak hadiri kelas KAFA pun, pelajar boleh ambil ujian UPKK saja. Matapelajaran ala-ala KAFA nie boleh dapat juga kat transit yang sediakan pengajian Pra-Tahfiz. Pengajian pun baik juga cuma tidak ada sijil. 

P_20150112_183607_HDR
 KAFA nie walau kelas tambahan dan tak wajib di ambil tapi boleh kata penting sebab keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) nie termasuk dalam sijil-sijil yang akan di tanya ketika mengisi borang atas talian terutama untuk memasuki Sekolah Menengah Agama. Ini kami ambil pengajaran dari proses masuk tingkatan 1 Siti Sarah. Walau tak wajib tapi perlu. Walau lepas UPSR ada ujian agama tetapi sijil UPKK ini lagi power katanya.

Dalam dok berebut mengejar sijil kerap kali berlaku pertembungan masa antara kelas KAFA, aktiviti kokurikulum, sukan dan kelas-kelas tambahan di sekolah. Jika bertembung, kadang-kadang ibu bapa tak tahu mana yang perlu diutamakan. Sebab semua aktiviti ini mempunyai nilai-nilai tersendiri.

Kenapalah kerajaan tak serapkan KAFA menjadi sebahagian dari pendidikan di sekolah? Bukan sahaja memudahkan ibu bapa yang bercita-cita untuk hantar anak ke sekolah agama tetapi juga meningkatkan pengetahuan agama anak-anak.

Kepada Muhammad Ammar dan Ahmad Firas di doakan menjadi pelajar cemerlang yang dapat menguasi ilmu dunia dan akhirat dan beramal dengannya.



Ron95 Murah Dari Harga Subsidi

Sejak subsidi minyak RON95 ditarik balik dah dua kali berturut-turut harga minyak turun dan yang terkini bulan Januari 2015 harga RON 95 dah jadi RM1.70. Maka seboklah pengguna mempersoalkan harga barang tak turun pun walau harga minyak dah turun. Dulu asal harga minyak naik menjadi asbab harga barang atau perkhidmatan dinaikkan.




Sekarang lepas harga minyak turun peniaga memberi alasan lain pula seperti bayaran gaji pekerja tinggi, harga penyelenggaraan tinggi dan macam-macam lah.

Rasanya tak payah persoalkanlah perkara nie. Nie punya cerita macam kisah Bangau oh Bangau. Kalau tanya pengusaha bas kenapa tambang tak turun nanti dijawab bayaran penyelenggaraan tinggi. Tanya pula bengel kenapa bayaran tinggi dia cakap harga alatan dah naik. Tanya pula pembekal kenapa harga alatan naik dijawab gaji pekerja mahal. Tanya pula pekerja kenapa gaji minta mahal nanti dijawab bayaran tadika, bayaran bas sekolah, harga barang harian meningkat dan macam-macam lagilah dah naik. Pusing-pusing tang tu jugak.

Lagi pun rakyat Malaysia nie pemaaf dan mudah lupa. Keluar isu lain sebulan dua lagi hilanglah apa yang dirungutkan.

Satu lagi yang rasanya boleh dapat kemurungan ialah sebelum subsidi ditarik balik pada 1 Disember 2014 aku lihat harga minyak sentiasa saja naik. Tetapi setelah subsidi ditarik harga minyak boleh turun sehingga murah dari harga subsidi. Adakah ketika itu memang harga minyak meningkat tinggi dan kebetulan setelah subsidi ditarik balik harga minyak dengan tak sengaja telah turun mendadak?

Mulanya aku rasa kerajaan tak prihatin dengan masalah rakyat dengan pemotongan subsidi. Tapi setelah pemotongan baru aku tahu hasrat yang hendak disampaikan kerajaan. Subsidi akan meningkatkan harga minyak dan pemotongan subsidi akan mengurangkan harga minyak.

Harap harga yang rendah nie berkekalan. Jangan harap cerah hingga ke petang tapi hujan ditengahari.

Kuliah ilmu Februari 2015

Jom pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:




Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:

Akan di Kemaskini


Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:




Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam:




Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Rentetan Tingkatan 1 Siti Sarah

Setelah keputusan UPSR diumumkan, tak berapa lama keputusan penempatan sekolah menengah pun keluar. Siti Sarah ditempatkan ke SMK Dato Kailan dalam aliran agama ( KAA ~ Kelas Aliran Agama). Tapi dalam hati nak hantar dia ke sekolah yang baik sikit, kalau boleh yang berasrama. Siti Sarah pun berminat nak ke asrama.

Ketika ini kalau UPSR tak dapat 5A memang susah sikit nak dapat sekolah asrama penuh, persaingan sengit tambahan pula kalau perempuan. Lelaki masih boleh dipertimbang, maklumlah la nie perempuan ramai yang lebih pandai dalam peperiksaan dari lelaki. Kalau tak asrama penuh pun, dapat sekolah separa asrama yang OK pun dah cukup baik. Dimaklumkan bahawa tarikh rayuan pertukaran dibuat pada hari Isnin 15/12/2014.

Tapi malang sikit ketika itu  kami berada di Langkawi. Nak tukar tarikh pun tak boleh sebab tiket dan hotel dah beli. Buat bodoh sajalah pada hari Khamis, 11/12/2014 kami ke  SMK Dato Kailan, mana tau boleh isi borang pertukaran sekolah awal sikit. Tapi masa sampai kesana Guru Besar tak ada, kerani kat situ cakap kena datang pada 15/12/2014 juga. Dia kata boleh minta tolong sesiapa jadi wakil.
SMK Dato Kailan

 Isnin, 15/12/2014 - Kami masih di Langkawi, Pak Long menjadi mangsa untuk pi isi borang pertukaran. Mula-mula nak pilih SMK Dato Onn. Tapi alasan tak berapa kukuh sebab antara SMK Dato Onn dan SMK Dato Kailan tak ada bezanya. Ada sahabat yang juga minta pertukaran mencadangkan pertukaran ke SMKA Al Mashoor Perempuan dengan alasan pertukaran dari KAA ke sekolah yang sepenuhnya aliran agama. Rasanya lebih kuat alasan tu.

Khamis, 23/12/14 - Keputusan rayuan masih belum diketahui. Tapi ketika ini kami dalam proses untuk jalan-jalan. Serupa sebelum nie juga, tarikh dan semua keperluan perjalanan dah beli ~ tak boleh tukar tarikh dah.  Jadi sebelum tarikh betolak kami cuba talifon Kementerian Pendidikan Daerah, kot-kot dah ada keputusan pertukaran. Tapi dijawab keputusan masih belum diketahui dan hanya akan dikeluarkan pada 29/12/2015. Kalut juga sebab ketika balik bercuti nanti dah dekat dengan tarikh buka sekolah. Takut tak sempat buat persediaan.
 
Isnin, 29/12/14 - Ketika dalam percutian, terima berita dari sahabat, Siti Sarah diterima ke SMKA (P) Al Mashoor Pulau Pinang. Alhamdulillah legaaa. Dan satu lagi kelegaan sebab diumumkan sesi persekolahan ditangguhkan seminggu akibat bencana banjir. Jadi pelajar akan mula persekolahan pada 12/1/2015. Adalah masa sikit untuk kami buat persediaan.

Rabu, 31/12/2014 - Setelah habis bercuti dan sampai ke Penang semula. Ambil cuti tambahan untuk ke SMKA (P) Al Mashoor. Berpusing-pusing juga nak sampai sebab tersorok sikit lokasinya. Nak tanya prosedur-prosedur dan keperluan untuk ke sekolah nie. Adalah diberi maklumat dan keperluan sekolah dan tarikh perjumpaan ibu bapa tahun satu.
Beli serba sedikit barangan di Koperasi Sekolah

Tanya juga penempatan di asrama. Maklumlah nak hantar dari Kepala Batas ke pulau, nak sampai sebelum jam 7.30 pagi. Uuiihh.. kena keluar rumah sebelum subuhlah gamaknya. Tapi diberitahu sekolah ini akan dapat sekolah dan asrama baru, sekarang dah hampir siap. Jika sekolah baru siap dengan asrama baru insyallah semua yang memohon asrama dapat masuk. Anggaran siap dalam sebulan selepas sekolah dibuka. Aishhh... nampak gaya dalam sebulan nie kena ikhtiarlah hantar dia kat sini, atau pacak khemah sekejap kat sekolah tuuu.

Alang-alang dah sampai ke sini, kami belilah sedikit sebanyak keperluan sekolah.

Jumaat, 2/1/2015 - Lepas sarapan kami gegas ke sana, sesi taklimat akan diadakan jam 8.30 pagi. Ibubapa dan pelajar akan diberi taklimat. Pelajar di minta beratur mengikut kelas sementara mengikut senarai yang dipaparkan dan dibawa ke kelas masing-masing, manakala ibu bapa di minta masuk kedewan.

Beratur untuk memasuki kelas sementara.

Ibu bapa diberi taklimat kemasukan ke sekolah nie. Disini YDP PIBG dan guru besar memberi maklumat mengenai sekolah ini dari segi pelajaran dan matlamat sekolah. Untuk sesi akan datang semua pelajar diminta lapor diri di sekolah yang baru. Dapat masuk sekolah barulah tahun nie tak perlu tunggu sebulan lagi. Dikhabarkan bahawa blok sekolah dan asrama yang baru setinggi 8 tingkat berlif. Tuuu dia tingginya, maklumlah sekolah tengah bandaraya.
Taklimat oleh Guru Besar.

Sekolah akan mula pada 12/1/2015, lewat seminggu sebab cuti banjir. Pendaftaran pelajar dan juga asrama dibuat sehari awal iaitu pada 11/1/2015.

Taklimat lebih kurang satu jam. Selesai taklimat, ibubapa berpusu-pusu membuat pemeriksaan penempatan asrama. Kami yang tak dapat asrama nie terkebil-kebil juga. Tanya cikgu kat situ macam mana dengan anak kami nie. Diberitahu kalau pelajar luar dari pulau insyallah depa akan beri asrama dan diminta datang saja pada hari pendaftaran sekolah antara jam 3.00 hingga 4.00 petang. Insyallah depa cuba bantu selit kat mana patut. Diberi juga beberapa borang termasuk borang medical checkup.

Siti sarah sudah selesai taklimat awal dari kami dan dah bawak setindan buku untuk dibawa balik. S Sarah kata masa taklimat diadakan juga ujian Bahasa Inggeris mungkin untuk menentukan kelas. 

Hari nie Jumaat, jadi kena gegas cepat nak kejar solat Jumaat. Sampai Seberang Jaya, macam ada masa lagi, jadi mencuba nasib ke Klinik Kesihatan Seberang Jaya dulu kot-kot boleh buat medical checkup. Walau tak pasti lagi dapat asrama baik buat siap-siap, tumpang ada masa dan kalau dah dapat asrama nanti tak kalot.

Malang sikit pendaftaran dah ditutup. Kalau nak buat juga kena datang petang lepas Jumaat pulak.

Jadi kami terus ke Klinik Kesihatan Kepala Batas pulak tapi sayang mesin x-ray rosak pulak. Nurse talipon klinik kat Penaga. Mesin kat situ OK, jadi kami kesana lepas Jumaat. Alhamdulillah selesai.

 Ada seminggu lebih lagi sebelum pendaftaran sekolah, kami belilah apa yang patut seperti dalam senarai keperluan yang diberikan dan juga tambahan barangan yang rasa-rasa bersesuaian seperti timba, penyangkut baju, sabun-sabun, berus dan macam-macam lagilah walau tak confirm lagi masuk asrama. Tak apalah kalau ada rezeki insyaallah dapat.
Harap semuanya cukup dan dapat disimpan dalam asrama. Teddy Bear tu bawak juga??

Ahad, 11/1/2015 - Semua persiapan telah dibuat. Semua barang dibawa masuk ke kereta, harap tiada apa yang tertinggal.
Penyerahan fail maja tugas kakak kepada Muhammad Ammar. Kena ambil alih tugas kakaklah lepas nie.

Dalam tengahari kami bertolak ke sekolah. Sebelum tu ada sekali aku kesekolah nie nak tau selok belok jalan. Maklumlah pendaftaran masuk cuma diberi sejam sahaja dari jam 3 petang hingga 4 petang. Kali nie Ahmad Firas ngan Nur fatini kami tak bawa, tinggal kat pengasuh. Nak bawa rasa macam akan kelang kelibut.
Pendaftaran sekolah

Masuk saja ke dewan, ibu bapa dengan pelajar boleh kata dah banyak. Ada beberapa meja untuk pendaftaran. Alhambdulillah semua berjalan lancar dan Siti sarah dapat masuk asrama. Belilah keperluan utama asrama seperti cadar dan sarung batal dulu. Siti Sarah dapat tingkat 4 bilik nombor 4. Setiap bilik dihuni 8 orang pelajar campur antara senior dan baru.

Antara borang yang diberi ada senarai tarikh lawatan dan juga balik kampung dan juga cuti perayaan penghuni asrama. Kira setiap selang dua minggu boleh balik kampung.

Usunglah apa yang patut ke atas. Nasib baik ada lif. Asrama baru, semua alatan baru. Masuk kedalam bilik diletakan 8 buah kabinet besi dan juga 8 buah katil dengan tilam. Pilih yang mana tak berpenghuni dan adjustlah ketempat yang bersesuaian.
Bilik no 4, booking dulu katil dan kabinet.

 Bangunan masih baru, ada juga yang masih tak lengkap seperti tempat membasuh dan talifon awam. Tapi OKlah kemudahan lain seperti bilik air boleh digunakan. Kat sini pelajar tak dibenarkan bawa handphon, jadi kemudahan talifon awam amat diperlukan untuk berhubung. Harap sangat talifon awam dapat dipercepatkan pemasangan.
Sebelum "0"
Selepas ~ Dah penuh

Dok kat tingkat 4 nie macam best ja. angin laut dan pemandangan memang cantik. Tenang jiwa. Hari nie boleh la naik ke asrama, lepas nie kaum Adam tak boleh naik dah la.

Kesemua pengghuni bilik merupakan pelajar-pelajar dari  sekitar Pulau Pinang, tapi tak ada dari SKBP. Jadi bertambahlah kawan-kawan baru Siti Sarah.
Pemandangan dari tinggkat 4 ~ nampak laut.

 Kebanyakan datang dengan ibu bapa masing-masing. Ada yang seronok, sedih, nangis dan macam-macam lagilah. Siti Sarah tak nangis cuma macam muka risau saja. Maklumlah nak kena tinggai sorang-sorang.
Sebelum balik makan dulu kat kantin.

Hampir jam 6 petang kami turun kebawah dengan berat hati kami pulang dan tinggalkan Sarah di asrama.
Hadapan asrama 8 tingkat.

Harap Siti Sarah dapat sesuaikan diri dengan dunia baru yang bakal ditempuh dan dapat guru-guru dan juga kawan-kawan yang baik dan dapat membimbing kearah kebaikan dan dipermudahkan dalam pelajaran dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.
Dewan SMKA (P) Al-Mashoor