Vietnam - Hari 4 : Cu Chi Tunnel

Hari ke 4 di Ho Chi Minh City. Hari ini ada agenda melawat tentera Vietcong di Cu Chi Tunnel. Perjalanan agak jauh. Tetapi sebelum sampai Cu Chi Tunnel bas yang membawa kami masuk di kawasan yang berdebu dan dikiri kanan jalan terdapat seperti rumah teres yang agak lama dan lusuh. Bas berhenti dihadapan sebuah tempat seperti gudang yang besar.
Bengkel kraftangan orang kurang uppaya mangsa perang.

Disini merupakan tempat membuat Kraftangan Orang Kurang Upaya (Handicaped Handicrafts) yang kebanyakannya mangsa perang. Kebanyakan kraftangan menggunakan cengkerang telur, kulit siput dan juga warna yang digubah menjadi arca yang menarik.
Bahan-bahan seperti kulit telur yang digunakan untuk menghasilkan kraftangan.

Nur fatini pun nak cuba juga ka?

Aku dok tengok kiri kanan tempat nie tak ada seorang pun pekerja walau ada meja-meja kerja yang penuh diatasnya hasil mereka. Mungkin apa yang di tunjukkan merupakan prob saja, bolehlah berselfie. Sangkaan aku salah, menurut Ms Lin tempat ini merupakan bengkel mereka membuat kraftangan, tapi malang sikit untuk kami sebab hari ini mereka bercuti Krismas. Ooooo cam tu ceritanya.

Hasil yang telah siap.

Dihujung bengkel kraftangan ini ada disediakan ruang jualan hasil kerja mereka. Tapi kamera sila OFF, tak boleh ambil gambar. Kat dalam tu memang banyak hasil dari kulit telur dan cengkerang siput. Hasil kerja mereka sangat halus dan berseni dan bersamaanlah dengan harganya. Kami tengok tengok pegang pegang dan letak balik lah, macam lari bajet jaa.

Habis melawat tempat ini kami naik bas semula dan perjalanan memakan masa hampir setengah jam kami sampai ke lokasi yang dituju iaitu Cu Chi Tunnel. Disini pelancong memang ramai.
Cu Chi Tunnel.

Disini kami dibawa untuk melihat kehebatan tantera Vietcong membina terowong bawah tanah dengan berbagai ruang dan kemudahan yang ada. Untuk memudahkan pelancong ruang-ruang seperti hospital, tempat membuat senjata, dewan mesyuarat telah dibina berdasarkan bentuk sebenar di atas tanah beratapkan daun seperti bangsal.
Pondok-pondok atau bangsal yang menempatkan model asal berbagai kemudahan yang dibina oleh Tentera Vietcong.

Tentera Vietcong sedang menunggu arahan seterusnya ~ baju mavam-macam  kaler dok ada.

Sejarah sekejap. Terowong yang dibina asalnya merupakan satu jaringan lorong bawah tanah yang untuk berperang mendapatkan kemerdekaan dari Prancis oleh Vietnam Selatan pada tahun 1940an. Ia dibina dengan tangan sahaja. Tapi menjelang tahun 1960an tentera US datang membantu Vietnam Selatan (bukan komunis) untuk memerangi Vietnam Utara dan juga Vietcong (Penyokong Komunis Vietnam Selatan). Oleh itu jaringan terowong bawah tanah ini telah digali lagi oleh tentera Vietcong sehingga dikatakan breselirat sepanjang 250 KM yang merentasi pinggir Saigon (Ho Chi Minh ketika ini) hingga ke sempadan Kambodia.
Sebelum melawat pengunjung bolehlah mendengar penerangan mengenai sejarah dan cara binaan terowong Cu Chi Tunnel. Kami sempat dengar separuh sahaja sebab terlewat. 

Terowong ini dibina dengan pembahagian tiga aras kedalaman iaitu  6 meter, 8 meter dan 10 meter yang boleh menempatkan 10000 orang. Terowong-terowong ini dibina dengan sistem pegudaraan yang baik. Terowong-terowong ini menjadi laluan untuk menyerang hendap musuh, memasang jerangkap samar, bersembunyi dan juga lorong ini menjadi jalan perhubungan untuk tempat simpanan makanan, tempat masak, hospital, kuaters tentera, tempat simpanan senjata, kilang senjata dan juga menjadi jalan perhubungan antara kampung. Ketika ini banyak yang telah musnah di bom. Yang masih ada sekarang dikekalkan sebagai warisan sejarah dan tarikan pelancong.

Disini apa yang dipamerkan ialah kehebatan tentera Vietcong menentang tentera US dan kemampuan mereka melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Salah satunya ialah berbagai rekaan jerangkap samar. Aku tengok mereka punya skill memang amat kreatif dan tahap gaban. Jerangkap ini dibina diatas tanah dan akan ditutupi dengan daun-daun menanti mangsa.




Sebahagian dari jenis-jenis jerangkap samar yang dibina atas tanah.

Jerangkap samar ini tidak menggunakan teknologi yang hebat tetapi hasil yang menggerunkan. Jerangkap samar ini menggunakan besi-besi tajam dan juga buluh runcing untuk memrangkap mangsa. Rambo setakat berlakon bolehlah, keadaan sebenar tentera US boleh kecut. Dari demontrasi yang dibuat sesiapa yang termasuk dalam jerangkap samar nie ada dua keadaan saja samaada mati atau pun cacat.

Inilah sebahagian dari jerangkap samar jenis tergantung yang akan melibas magsa.


Untuk menyerang hendap atau melarikan diri dari musuh tedapat lubang-lubang kecil diatas tanah yang berhubung dengan terowong di bawahnya.  Lubang-lubang ini amat kecil muat untuk seorang sahaja bersepadananlah dengan orang Vietnam yang kecil molek. Nak masuk pun kena teknik tertentu, tak boleh buat gaya bebas.
Lubang rahsia yang digunakan oleh tentera untuk melarikan diri atau membuat serangan hendap. Lubang ditutup dengan kepingan kayu.

Nak kata orang Vietnam, aku pun boleh masuk tapi dengan cara yang diajar la.
Bergambar dengan busut jantan ~ macam kat Malaysia tak ada. Nie bukan busut jantan tetapi ruang untuk mengalirkan udara  kedalam terowong atau tempat asap keluar dari dapur bawah tanah. Ada gambar kat bawah bagaimana asap keluar.

Dipamerkan juga bagaimana pakaian tentera Vietcong lengkap bersenjata sedang berehat.
Muhammad Ammar, jangan dok menyampunk orang bersembang.

Kereta Tank US.

Ruang-ruang bawah tanah juga ada bengkel untuk membuat senjata.  Peralatan persejantaan tentera Vietcong amat terhad oleh itu senjata US yang dijumpai atau bom yang tidak meletup mereka akan kumpul. Dengan kepakaran yang ada mereka akan ubahsuai senjata tersebut untuk digunakan semula.


Senjata yang dirampas dan juga bom yang tak meletup akan di ubahsuai untuk digunakan semula.

Disini juga di buat demontrasi bagaimana makanan mereka di buat. Tepung dimasak manjadi keping-keping nipis seperti kulit popia. Untuk memakannya bolehlah diletakkan kacang dan sebaginya dan dibalut.
Demontrasi membuat makanan. Beras yang di kisar halus dibancuh dan dikeringkan menjadi kepingan nipis. Mudah untuk penyimpanan dan dimakan.

Pengisar.

Yang menarik pakaian tentera pun di buat disini. Gambar di bawah, pembuatan kasut atau sandal tentera. Apa yang menariknya? Tapak kasut yang dibuat terbalik supaya ketika berjalan, kesan tapak yang ditinggal akan menunjukkan arah bertentangan. Musuh akan terpedaya dengan arah pergerakan mereka.
Demontrasi membuat sandal tentera.

Inilah sandal yang siap. Cuba lihat bentuk tapak yang terbalik. Jari kaki terletak pada tapak yang kecil dan tumit terletak pada tapak yang besar.


Yang menjadi tarikan palancong dan mesti dicuba ialah menyusuri salah satu terowong yang ada disitu. Bolehlah merasai bagaimana ketika peperangan berlaku dan kita menyusuri dalam terowong tersebut. Terowong sepanjang 25 meter (aku tak pasti jarak sebenar ) ini telah diubahsuai dimana diperbesarkan untuk memudahkan pelancong terutama pelancong dari Barat yang bersaiz besar memasukinya.

Jika terbaca keadaan asal, terowong yang dibina amat sempit dengan lebar lebih kurang 0.8M hingga 1.2M dan dengan ketinggian 0.8M hingga1.8M. Amat sempit dan hanya boleh dimasuki oleh orang bersaiz kecil seperti rakyat Vietnam saja. Walau telah diperbesarkan, aku terpaksa berjalan itik ketika melaluinya.
Laluan untuk memasuki terowong bawah tanah. Sebelum masuk muka macam happy saja. Tunggulah bila jalan kat bawah tu. 


Terowong ini telah di perbesarkan dari saiz asal. Kanak-kanak yang rendah boleh berjalan tunduk sahaja, aku terpaksa jalan itik.

Selain dari tempat diatas ada berbagai lagi ruang pameran seperti hospital, bilik mesyuarat, kuters dan sebagainya.


Setrelah penat berjalan mencari tentera US sampailah ke detinasi terakhir. Kami dijamu dengan makanan ruji tentera Vietcong iaitu ubi kayu rebus cicah kacang. Pakat-pakat pulun makan maklumlah dah tengahari, makanan apa pun tak masuk lagi. Kalau kat rumah rasanya sebelah mata pun tak pandang.
Macam sedap saja ubi kayu rebus. Balik nie kalau tak makan ubi kayu rebus siap engkau.

Ubi kayu rebus di cicih dengan kacang.

Ini bagaimana asap dari dapur di keluarkan. Asap dari dapur bawah tanah akan di serakkan dan keluar melalui lubang-lubang kecil diatas tanah supaya musuh tidak nampak asap tersebut.

Lokasi terakhir sekali ialah ke kem dimana disediakan lapang sasar. Sesiapa yang berhajat untuk menembak bolehlah mencuba dengan sedikit bayaran untuk peluru.

Semasa keluar akan bertemu dengan kedai cenderamata. Kalau berani belilah. Cuti yang mulanya seminggu boleh jadi dua minggu, jenuh menjawab. Cenderamata yang menarik kat sini tapi tak boleh bawa balik sebab berbentuk senjata dan peluru.

Ada berani bawa balik cendera mata nie?

Rujukan yang menarik untuk dibaca sejarah Cu Chi Tunnel:
http://web.mst.edu/


Selesai sudah melihat tempat yang telah mewarnai sejarah Vietnam, tempat yang tercatatnya semangat juang dan kehebatan rakyat Vietnam menentang penjajah dan menegakkan ideologi. Jika kita mengetahui kisah perjuangan tentera Vietcong kita akan lebih merasai suka duka mereka bersama tinggalan kesan-kesan perjuangan mereka. Matahari pun dah condong kesisi, maka kami semua berangkat pulang ke hotel untuk merehatkan kaki dan kalau boleh melelapkan mata sekejap.

Petang ini acara bebas, tak ada agenda di luar. Agenda untuk rehat-rehatkan kaki. OKlah tunggu acara malam nie pula...


[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]

1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay


Vietnam - Hari 3 : Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier

Masih lagi hari ke 3 selepas melawat Sungai Mekong. Petang, kami sampai ke HCMC tapi tak terus ke hotel tapi terus ke ke tempat rakyat Malaysia berkumpul iaitu Cho Ben Thanh Market. Cho Ben Thanh Market nie ialah sebuah bangunan yang menempatkan beratus-ratus gerai kecil yang menjual berbagai barangan. Ia dibuka waktu siang saja. Orang memang ramai, kadang-kadang susah nak berjalan.
Cho Ben Thanh Market
Disini berbagai barangan dijual seperti bahagian jualan kain baju, kasut, beg, makanan, cendera hati dan sebagainya. Kalau nak lawat semua satu hari rasanya tak cukup.
Cjo Ben Thanh Market. Sesak dengan pengunjung.
Nak membeli belah disini tak banyak masalah sebab ramai peniaga disini boleh berbahasa Melayu. Berbangga aku Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan perdagangan (lingua franca) seperti zaman Kesultanan Melaka abad ke 16, adakah ekonomi Malaysia sehebat itu? Zeeeeet tapi itu hanya khayalan, ini disebabkan ramai orang Malaysia terutama orang Melayu yang bershoping. Menguasai bahasa Melayu menjadi kelebihan untuk berurus niaga. Rakyat Indonesia aku tak nampak pun, mungkin mereka ada yang lebih baik di negara sendiri.
Cendera hati dari Vietnam

Berbagai makanan di jual terutama kopi.
Apa-apa pun yang ada di sini, tempat yang menjadi tumpuan orang Malaysia ialah bahagian kain. Tak kira lah baju siap atau kain ela. Kain kapas / cotton memang menjadi pilihan utama. Di Malaysia boleh tahan mahal juga harga kain kapas tapi disini boleh dapat lebih dari harga separuh dan juga banyak pilihan.

Disini kalau membeli gunalah segala teknik menawar. Tawarlah sepuas hati. Kalau beli banyak bolehlah dapat discount lebih sikit dan boleh juga minta tokey kedai tu hantar ke hotel. Tak payah penat-penat berjalan dengan beg kiri kanan.

Kain kapas yang dijual bukan setakat berbagai pilihan corak tetapi juga berbagai pilihan kualiti seperti licin, berkilat, tebal, nipis dan begitu juga saiz bidang. Jadi tanya dulu sebelum membeli, takut bila jahit tak celus atau tembus pandang. Sampai Malaysia boleh qrenyih ja la.
Berbagai pilihan kain kapas, rambang mata.
Beli banyak-banyak tak apa cuma kena ingat selepas balik Malaysia nak upah baju kadang-kadang mahal dari harga kain.

OKLah belajar sejarah sikit. Sebelum bandar ini diberi nama Ho Chi Ninh City (nama pemimpin Vietnam Utara) di ujudkan bandar ini di beri nama Sai Gon yang membawa maksud pokok kapas dalam bahasa Vietnam. Ini disebabkan banyak tertanam pokok di Prey Nokor. Mungkin sebab itu kain kapas disini murah.
Betuahnya Fatini dah dapat duduk ada yang kipas pulak.
Jalan-jalan kat sini yang tak seronok ialah bila kita sekadar nak tengok dan bertanya harga saja, tapi peniaga kat sini seperti memaksa beli sedangkan kita nak buat perbandingan harga dulu ~ yang nie aku cukup rimas. Kadang-kadang jalan laju-laju, cuma jeling saja apa yang ada kat situ.

Di Cho Ben Thanh Market nie juga disediakan tukang jahit yang pantas, mereka boleh siapkan baju dalam masa satu hari saja. Harga upah jahit murah sikit saja dari Malaysia, tak banyak pun.

Lebih kurang 2 jam di Cho Ben Thanh, kami pulang ke hotel. Nak kena mandi, terasa badan dah belengas.

Setelah rehat sebentar di hotel, agenda malam pula. Sebelum kemana-mana kena makan malam dulu. Kali  nie ke Restoran D'Nyonya dan semestinya halal.
Alhamdulillah rezeki malam nie.





Selesai makan restoran nie jadi macam nursery pulak ~ riuh rendah dengan bebudak.
Restoran D Nyonya menyediakan masakan halal dan juga menyediakan masakan Malaysia. GPS 10.775562, 106.704343 atau 10°46'32.0"N 106°42'15.6"E

Alhamdulillah dah kenyang, perjalanan diteruskan ke Bach Dang Pier, sebuah dermaga di tebing sungai Sai Gon. Lepak-lepak atas bot besar yang akan menyusuri Sungai Saigon sambil melihat keindahan malam di pinggir bandar Ho Chi Minh. Layan gambar kat bawah.
Menaiki bot di Bach Dang Pier

Bolehlah layan pemandangan bangunan-bangunan bercahaya kat sini, tapi tak banyak.

Pemandangan malam malam dari atas bot tak berapa menarik sangat sebab tak banyak bangunan yang bercahaya yang ada disekitar situ. Walau di luar tak berapa bercahaya tetapi di atas bot bolehlah menikmati persembahan seperti nyanyian dan akrobatik.

Semasa di atas bot bolehlah nak oder makan-makan. Tapi kami semua dah kenyang dan kat sini tak tentu lagi Halal. Cuma makan buah yang diberi saja.


Hampir sejam setengah kami berada di atas kapal. Semasa turun ada satu peristiwa dimana ada seorang perempuan yang dah mabuk tahap gaban, berepa botol dia lantak entahlah. Nak berjalan pun tak berapa boleh tetiba termuntah. Boleh tahan juga radius semburan muntah tu hampir terkena aku, bau jangan dok kata lah. Sampai hotel terus mandi. Peringatan, jangan dok dekat-dekat orang mabuk atas kapal nie atau dimana sahaja.

Malam nie ditutup dengan pelayaran di sungai Saigon. Perancangan sebelumnya nak diteruskan menonton persembahan puppet tapi semua dah letih sehari suntuk dan masa pun tak mengizinkan maka balik tidor dulu ~ charge bateri.


[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]

1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay