Selamat datang EUROPA
Selamat datang EUROPA OvenMate Valencia 688E, table top oven, mengantikan oven ELBA yang telah berkhidmat sekian lama. Oven ELBA merupakan hadiah kawin aku ( hadiah yang isteri aku dapat ) depa nak bagi hadiah oven kat aku nak buat apa, buat keringkan stokin boleh la. Dah banyak kali berjasa untuk isteri aku buat kek jualan dan ada beberapa kali meragam, timer tak berfungsi menjadikan ter 'over cook'. Kini dan tarikh ini oven ini akan di rehatkan sementara sebagai back-up oven jika yang baru meragam ( harap jangan ).
Oven Valencia OvenMate Valencia 688E ini dibeli setelah dibuat kaji selidik oleh isteri aku (ala-ala R&D) dengan bertanya kepada sifu-sifu pakar membakar kek. Maka diambil keputusan untuk mendapatkan sebiji. Dibeli di Nyan Elektrik S/B di Komplek Kailan, Kepala Batas dengan harga RM 1150.00 (setelah tawar-menawar + berlakon sikit), murah ka mahal aku tak pasti, tapi rasa-rasa OK kot dengan zaman harga barang naik, hujan saja turun ni.
Kelebihan oven ini ialah dia mempunyai 2 heating elements ( atas dan bawah) serta Jet Cook system ( ada kipas dalam oven dengan bahasa yang lebih mudah) untuk memberi kepanasan yang sekata, serta pelbagai kawalan disediakan samaada heating elements atau kipas. Oven ELBA yang lama hanya mempunyai 1 heating elements sahaja (diatas) dan kepanasan akan disebarkan keseluruhan oven melalui kipas yang sentiasa berpusing (tak boleh off). Menurut kata pakar-pakar membuat kek, kipas yang dalam oven tidak sesuai untuk membakar kek ( kek mudah kering )
VALENCIA 688E
- Dimensions : 675 (H) x 500 (W) x 575 (D) mm
- Electric Oven
- Electric Grill
- Thermostat Control
- Bell Timer
- Oven Lamp
- Jet Cook System
- Oven Sliding Grille : 2 Sets
- Oven Capacity : 52 litres
Maka bermulalah production house...lihat hasilnya.........Yan's Cakes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi,
ReplyDeleteTumpang tanya, oven europa jetcook ni, kalau nak bakar kek dan biskut kena guna api atas bawah dan kipas? atau api atas bawah dah cukup? macam mana pula temperature?Perlu 180 atau kurang?
Salam,
Sharifah
Sharifah TQ lawat blog ni. Saya makan tau la kalau mengenai oven nie boleh email wife saya peknga@yahoo.com
ReplyDeletesize oven blh bgtau xbrp?pnjg kali lebar
ReplyDeletesize oven blh bgtau xbrp?pnjg kali lebar
ReplyDeletetuu kat atas saya dah tulis...nie ukuran yg saya ukur dalam inci lebar 19.5 x tinggi 26.5 x dalam 22
Deletesaya dah pakai oven selama tiga tahun. Baru baru ini ada problem. - semasa baking tiba-tiba tiada power lagi , mati sahaja. Besok hari macam itu sahaja - boleh hidup tapi lepas sejam lebih mati pula, Saya dah tukar plug tapi macam itu juga. Ada pernah mengalami problem ini kah?
ReplyDeleteoven kami tak pernah jadi cam tu lagi. Mungkin heat sensor dia dah rosak kot.
DeleteThermostat rosak. buka penutup atas..lihat sambungan kabel pada thermostat. Kdg2 wayar tercabut... Thermostat disambung pada suis pemilih elemen pemanas.
DeleteNk tny..oven nie boleh built in jgk kan..then kaki yg bawah tu boleh bukak x ye?? Walau model ni dah lama tp ramai cakap ok..
ReplyDeleteMaaf lambat reply... baru check tadi... kaki tu screw saja...boleh buka
DeleteSalam,
ReplyDeletenak tanya. oven ni made in mana yaaa ?
Kalau tak silap buatan malaysia... syarikat Kee Huat
DeleteSaya ada jugak oven ni. Tp nk kepastian oven ni memang ada function api atas/bwh sahaja. Dia memang kena guna api atas bwh terus yer. Sb kdg tu resepi kek atau roti memerlukan guna api atas /bwh sahaja. Habis mcmana tu?
ReplyDeleteOven ni sesuai tak untuk masak pizza?
ReplyDeletetak pernah masak piza kat dalam tu... kebnayakan buat kek ja... tapi rasanya OK kot sebab ada api atas dan bawah
DeleteSalam tuan,
ReplyDeletenak tanya oven ni boleh guna 3 pin plug biasa atau kena buat wiring khas guna plug mcm aircond tu sebab saya baru beli tapi tiada plug... harap dapat membantu
Wsalam.. saya sambung ke plug point yg ada kat dindind biasa saja.
DeleteTq tuan.. kalau tak keberatan saya nak tanya.. masa beli dulu siap plug atau pasang sendiri.. dari 2009-kini ada masalah? Bil letrik naik tak... minta tips penggunaan/penjagaan oven ini... maaf ye banyak tanya sebab saya baru nak belajar... tq tuan
DeleteSeingat saya masa beli dah ada plug.. tak pasti plug tu asal atau tokey kedai pasang. Sekarang kami jarang guna oven tu kecuali time baru beli saja. Guna barang yang keluar haba memang bil akan naik, tapi tak pastilah berapa... tak check pun. tip penjagaan... tak retilah nak bagi... tapi kalau letak oven tu pastikan ada ruang udara disekitar oven supaya luaran tak terlampau panas.
Deletedi masa boleh saya daptkan light bulb lamp... saya punya terbakar pulak
ReplyDeleteDimana nak cari spart oven ya
ReplyDeleteDimana boleh saya nak dapat kan dryer europa yg 6 kg.and and lagi 3 biji nak repair..pls contact me at 0125743386 asap
ReplyDeleteAssalamualaikum...puan tahu mana2 teknisyen yg boleh baiki oven ini sekitar selangor
ReplyDeleteWsalam.. Maaf tak rahu.. kami dok belah utara. Kalau ada sesiapa tahu boleh bantu. Tq
Deletehello nk tnya parts heater oven nie ada x jual
ReplyDeleteTak pasti la.. Boleh cari kat website dia.
DeleteEn. Harizam repair area mana? Kalau di Penang buat x?
ReplyDeleteSaya tak pernah repair lagi.. Boleh tanya kat kedai repair elektrik.
DeleteI own one europa jet cook system oven. Problem baking cake. The cake did not turn out as wanted. Seem like the bottom heater is not functioning correctly. Please advise.
ReplyDeleteWhere can I locate an europa oven repair center in KL.
ReplyDeleteMay i know where is the repair service centre in Perak.
ReplyDeletemaaf saya tak tahu
DeleteTiada service centre untuk jenama ni. Kilang dia dah tutup
Deletedi mana ada jual oven ni
ReplyDeletePengeluaran model ni dah ditutup. Kilang yang buat pun dah tutup. Tidak dinafikan memang bagus tapi bila dah rosak memang sukar nak cari alat ganti
DeleteMAAF MANA NAK CARI COIL EUROPA MODEL 328 E
ReplyDelete