Mee Udang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang

Selesai melawat rumah yang telah mewarnai sejarah Negeri Perak kami terus ke Kuala Sepetang. Ramai yang update ada sebuah gerai makan yang sedap di sini.

Dalam 10 minit perjalanan ke arah Kuala Sepetang jumpalah dengan Warung Mee Udang Mak Jah terletak betul-betul ditepi jalan. Masa kami sampai orang tak berapa ramai. Pilih tempat yang sesuai dan pesan makanan. Makanan yang dipesan pantas datang.
Mee Ketam Mak Jah. Kuah memang sedap dan ketam gemuk-gemuk banyak isi. Sambil tulis sambil teleh air liur.
Aku tak pasti mee atau kuey teow udang. 

Nasi goreng udang.

Kepada yang nak makan ringan-ringan disini juga ada dijual set cucur udang dan cucur sotong oleh Pak Uteh yang berada satu bumbung dengan Mak Jah. Set datang dengan taukua, tapi boleh ja beli asing-asing.
Pak Uteh Cucur Udang.

Set cucur udang. Jangan buat main udang memang banyak.

Keseluruhan makan disini memang sedap. Harga berpadanan dengan saiz hidangan dan bahan-bahan seperti udang dan ketam. Mee Udang/Ketam Biasa RM9.++ kalau spesial RM13.++ ~ aku lupa nak ambil gambar menu. Jangan harap harga yang terlampau murah sebab warung ini menjadi tumpuan pelancong. Warung ini juga bersih dan selesa.

Disini jangan minta masakan ayam atau daging sebab keseluruhan masakan disini berasaskan makanan laut udang dan ketam.  Jadi sesiapa yang alergik dengan benda-benda ni harap bersabar sebab anda boleh tengok sahaja. Jangan takut, di tepi warung ini ada gerai yang jual seperti laksa, bihun sup dan sebagainya.


Bersebelahan dengan Warung Mee Udang Mak Jah terdapat gerai-gerai yang menjual laksa, ayam goreng rangup, pisang goreng dan berbagai cucur. Nampak macam menarik juga, kami beli pisang goreng dan ayam goreng ragup sebagai bekal untuk petang ini.


Kenderaan boleh parking di tepi jalan dan juga di sebelah kedai pun ada ~ tapi jangan halang lalu lintas. Disediakan RELA mengawal tempat parking dan lalu lintas, menunjukkan warung ini memang ramai pelanggan.

Kepada yang nak datang dibawah aku bagi sedikit maklumat:

Mee Udang Mak Jah
Kampung Menteri,
Kuala Sepetang

Telefon: 05-8581400, 012-293-1101, 017-469-5026

Dibuka dari 11.30 pagi hingga 10 malam setiap hari dan tutup hari Rabu.

GPS:
4.838754, 100.633838
4°50'19.5"N 100°38'01.8"E

Lokasi dari Google Map seperti kat bawah.


Perut dah kenyang dalam perjalanan terlihat sebuah bangsal buruk ditepi jalan seperti menarik juga. Ada nilai-nilai boleh dilawati maklumlah ada papan tanda menunjukkan ke bangsal ini. Kami berhenti di hadapan Charcoal Factory. Kilang Arang la tu.

Apa yang menarik di sini? Entahlah. Anak-anak tak mahu masuk maklumlah keadaan kilang yang panas dan gelap maklumlah kilang arang ditambah dengan cuaca panas tengahari. Tak apalah aku keluar lihar apa yang ada.
Charcoal Factory Kuala Sepetang


Masuk kedalam cuma ada seorang pekerja sahaja yang sedang memotong kayu ~ pekerja tak ada mungkin cuti hari sabtu.


Balik semasa menulis entry ini cari kat internet dan dapat sedikit maklumat mengenai kilang arang ini dari  http://www.charcoal-factory.com/.

"Sejak tahun 1902, kawasan 40.711 hektar kawasan hutan yang dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Kuala Sepetang, Kuala Trong dan Sungai Kerang diuruskan menurut "30 Tahun Rancangan Kerja" yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Selepas kawasan dituai, pokok bakau baru ditanam dan kawasan ini tidak akan disentuh selama 30 tahun.
Matang telah menjadi pengeluar utama arang, kayu api dan kayu cerucuk untuk pasaran tempatan dan luar negara. spesies pokok bakau yang paling banyak terdapat di sini ialah Rhizophora apiculata dan Rhizophora mucronata. Spesies Rhizophora apiculata digunakan untuk membuat arang. 
Industri pembuatan arang di Kuala Sepetang adalah daging dan darah penduduk tempatan sejak tahun 1930-an. Tradisi ini tidak menghairankan kerana ini perkampungan nelayan pantai dikelilingi oleh hutan bakau.
Selepas hampir lapan dekad, arang Kuala Sepetang dianggap sebagai salah satu yang terbaik di Asia. Malah, ia masih mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa."

Kilang yang aku masuk ini dimiliki oleh Encik Chuah Chow Aun. Kalau nak tahu proses pembuatan arang atau sejarah kilang ini kenalah berhubung dengan Encik Chuah Chow Aun di 012-5739563. Kalau ada Encik Chuah Chow Aun nie mesti best dapat tahu kisah kilang ini tapi aku datang pakai terjah sahaja maka dapat ambil gambar sajalah.

Dihadapan kilang ada sebuah gerai kecil yang menjual hasil sampingan dari kilang arang ini. Dijual kepala arang dan air wap bakau. Kepala arang ini ialah bahagian pangkal kayu bakau. Boleh buat ubat ka ni? hahahaaa jangan cari pasal. Arang ini seperti sedia maklum digunakan untuk meyerap bau busuk, jadi bolehlah diletakkan dalam kereta atau bilik air. Air wap bakau boleh dibuat ubat luka dan pembunuh serangga.
Jualan kepala arang dan air wap bakau.

Kepala arang bakau.

Air wap bakau.

Dari maklumat di internet, kawasan ini mempunyai beberapa kilang. Yang depan sekali dimiliki oleh En Chuah (yang aku masuk), dibelakang ada lagi kilang. Kepada yang nak melawat Kilang Arang aku hanya dapat beri lokasi sahaja. Tak pasti masa untuk lawatan dan sebagainya.

GPS:
4.838977, 100.636826
4°50'20.3"N 100°38'12.6"E



OKlah, perjalanan diteruskan ke tempat menginap untuk melunjur kaki dan melelap mata.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar pada 12-14hb Mac 2016 ]

1. Kota Ngah Ibrahim Matang
2. Mee Tulang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang
3. Medan Selera Belakang Bomba Taiping
4. Bandar Diraja Kuala Kangsar
5. Syamille Agrofarm And Resort Kuala Kangsar
6. Bengkel Labu Sayong & Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar

Kota Ngah Ibrahim Matang

Cuti-cuti pertengahan penggal sekolah yang lalu. Jalan-dekat-dekat saja ~ janji jalan. Kali ini kami ke Perak ~ bukan seluruh Perak.

Pagi hari Sabtu 12hb Mac 2016 kami bertolak. Tak bertolak dari rumah awal sangat sebab dalam perancangan nak makan tengahari di Kuala Sepetang. Sarapan pun dah lewat di RnR Juru. Kali ini perancangan cuti-cuti tak berapa kemas sangat cuma nak santai-santai dan makan-makan. 

Kami sampai hampir denga Kuala Sepetang dalam jam 11 tengahari. Awal lagi. Lagi pun rasanya baru saja sarapan di Juru. Dalam perjalanan melalui Daerah Matang. Ternampak sebuah rumah lama. Kalau dalam buku sejarah dulu-dulu memang terkenal denagn pembesar-pembesar di Perak semasa era perlombongan bijh timah. Rumah Ngah Ibrahim atau kota Ngah Ibrahim yang dijadikan Muzium Matang.
Kota Ngah Ibrahim pandangan dari luar pintu kota.

Singgah sekejap tengok kot-kot ada sedara-mara Ngah Ibrahim boleh ajak minum kopi. Dihadapan pintu kota, macam kereta kami saja yang ada. Entah buka entah tutup. Masuk kedalam, baru nampak pintu masuk dibawah tangga. Muzium dah dibuka, ada petugas disitu.

Kami anak beranak pun masuk kedalam rumah dua tingkat Ngah Ibrahim. Muzium dua tingkat ini dibawahnya dibina dengan batu dan atas diperbuat dari kayu. Masuk sahaja di sini, akan disambut dengan Gajah.

Replika gajah bernama Si Larut yang dimiliki oleh Ngah Ibrahim yang telah berkubang dan telah melekat dibadanhnya lumpur bersama bijih timah yang membawa penemuan bijih.
Bagaimana bijih dikesan. Lumur yang terlekat di pada gajah bernama Si Larut dikesan mempunyai bijih timah. 

Muzium ini menempatkan koleksi dan artifak yang berhubung kait dengan sejarah rumah ini dari pembinaan oleh Ngah Ibrahim bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Artifak-artifak ini menunjukkan kronologi rumah ini dari sebuah pusat pentadbiran sehingga menjadi Maktab Perguruan Melayu Matang dibawah pentadbiran Inggeris. Ketika pendudukan Jepun dijadikan Markas Tentera Jepun selepas dijadikan sekolah semula sehingga di jadikan Muzium Matang.

Disekitar muzium ini dipamerkan berbagai artifek seperti senjata, alatan melombong bijih, alatan rumah yang lama, kompas, jam, perisai, alat menimbang dan sebagainya.


perisai.

Berbagai peristiwa tersimpan dalam rumah ini dari pembinaan oleh Ngah Ibrahim sehingga menjadi muzium ketika ini. Beberapa galeri dibuat menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku seperti Pejabat Ngah Ibrahim, mahkamah, bilik tidur Ngah Ibrahim, penjara, sekolah dan sebagainya.
Amboiiii minum kopi tak ajak pun. Nak cari pasal minum kopi dengan kongsi gelap.

Penjara.
Galeri Jepun : Rumah ini pernah dijadikan markas tentera Jepun pada tahun 1942 
Mahkamah

Pejabat Ngah Ibrahim
Bilik tidur Ngah Ibrahim.

Diluar rumah terdapat sebuah makam iaitu makam Ngah Ibrahim yang dipindahkan dari Singapura ke sini.
Kubur Ngah Ibrahim. Jenazah dipindahkan dari Singapura ke sini.

Rumah ini mempunyai laman yang luas dan disekeliling rumah ini dibina tembok batu yang tinggi dan tebal untuk mengeklakkan dari serangan musuh dan kongsi gelap.
Tembok batu mengelilingi rumah Ngah Ibrahim.

Rumah Ingah Ibrahim dijadikan Muzium Matang.

Kepada yang suka sejarah memang seronok melawat muzium ini. Sejarah yang panjang kekuasaan orang Melayu sehingga hanya tinggal sajarah sahaja. Berada dalam bangunan ini seolah kita kembali kemasa silam.

Dalam sejam kami berada di Muzium ini. Jam pun dah hampir jam 1 tengahari. Perut pun dah lapar. Jom kita ke Kuala Sepetang lepas ini.

Sedikit maklumat Muzium Matang

Alamat:
Muzium Matang Kota Ngah Ibrahim Matang, Taiping 34750 Perak

No Telefon: 05-847 7970

Waktu dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang.

Tiket : Percuma

GPS:
4.812757, 100.676086
4°48'45.9"N 100°40'33.9"E

Nak tahu lebih mengenai Kota Ngah Ibrahim, rujuk buku sejarah dan sedikit maklumat dari web:

1. http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-matang
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ngah_Ibrahim
3. http://www.arkib.gov.my/web/guest/kota-long-jaafar-perak
4. http://www.malaysiatercinta.com/2013/11/taiping-muzium-matang-kota-ngah-ibrahim.html

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar pada 12-14hb Mac 2016 ]

1. Kota Ngah Ibrahim Matang
2. Mee Tulang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang
3. Medan Selera Belakang Bomba Taiping
4. Bandar Diraja Kuala Kangsar
5. Syamille Agrofarm And Resort Kuala Kangsar
6. Bengkel Labu Sayong & Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar

Ramadhan Tahun Ini

Dah kita tinggalkan madrasah Ramadhan. Ramadhan tahun depan tak tentu jumpa lagi. Ramadhan tahun ini mungkin yang ter"best" sebab isteri aku cuti, jadi balik kerumah tak kalut nak beli makanan dan aku pun dapat pilih masa anjal ketempat kerja. Dapat masuk jam 7.30 pagi dan balik 4.00 petang. Waktu pagi, isteri akau hantar anak-anak ke tadika.

Yang menarik Ramadhan tahun ini ialah kami sekeluarga kerap berbuka di Surau Al-Husna. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, mungkin sekali atau dua kali sahaja berbuka di sana. Seronok makan ramai-ramai nie. Kadang-kadang sebelum berbuka dibuat doa selamat dan tahlil.

Makan nasi talam.
Selepas berbuka dapat solat Maghrib berjemaah di surau. Selepas solat Maghrib balik rumah dulu sebelum datang semula ke surau untuk Isyak dan Terawikh. Bersiap terutama Nur Fatini dan Ahmad Firas ~ buang apa yang patut, tak mau dok tengah solat nak ke tandas pulak.

Firas pula tahun ini dapat berpuasa penuh, cuma tinggal 2 hari sahaja sebab tak sihat. Moga anak-anak aku dapat menjalankan kewajipan berpuasa berterusan dengan sempurna.

Tahun ini juga pertama kali kami solat Sunat Aidilfitri di Surau Al Husna. Sebelum ini kami solat samaada di Masjid Badawi atau Surau kat kampung aku.

Ramadhan tahun ini memang lain sikitlah perancanganNya dan menarik. Harap-harap tahun depan dapat bertemu lagi.

Selamat Hari Raya untuk semua

Asslamualaikum....

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat Hari Raya 1 Syawal 1437 (siap ada tarikh lagi) kepada ter"klik" blog ini. Aku menyusun sepuluh jari mohon maaf kalau ada apa-apa yang aku tertulis tak kena dengan selera dan maklumat yang tersalah.
Sepatutnya kita sesama manusia mohon maaf sebelum Ramadhan. Maklumlah akan masuk kebulan yang mulia dan bayak barakah. Jadi biar mohon ampun sesama manusia dulu bagi clear. Taklah dalam bulan Ramadhan masih ada yang tersemat di hati.  Dalam bulan Ramadhan dapat buat amal dengan lebih tenang untuk mendapat keredaan Pencipta. OKlah tahun depan kita pakat mula minta maaf sebelum masuk bulan Ramadhan ~ setakat tulis saja tahun depan nak kena praktis.

Dah nak sampai bulan Syawal nie. Apa yang kita buat bila menjelang Hari Raya selain asal masuk rumah makan keluar rumah ke rumah orang lain pula dan makan? Suatu yang kita lakukan melebihi bulan-bulan lain? Dah tentulah salam menyalam. Tak naklah cerita fesyen salam. Ada salam tampar, ada salam kuit, ada salam kaut, ada salam tumbuk dan macam-macam lagilah. Tapi peristiwa salam memang berlaku dengan banyaknya walau dengan teman sepejabat yang hari-hari kita tengok muka dia.

Biarlah jenis-jenis salam tu. Yang penting siapa yang boleh di salam dan siapa yang tak boleh disalam. Maklumlah hari raya, sanak saudara dari mana lubang tanah keluar. Ada yang jauh tak jumpa bertahun pun datang.  Ada yang kita tak tahu pun dia ujud datang dari mana tiba-tiba menjadi saudara. Jangan dok pakat salam asal ada talian darah dari nenek moyang kira sama rata ~ kalau nak ikut ada pertalian darah semua manusia bersaudara datang dari Nabi Adam, pakat boleh salam semua.

Bersalam juga tak kiralah tingkatan usia, kedudukan dalam keluarga, jawatan, along kawasan,  atau penghormatan untuk orang-orang tertentu. Dalam Islam ada batas-batasnya. Dibawah akau letakkan poster mahram untuk lelaki dan wanita buat panduan ~ terutama untuk aku sendiri.

Mahram Lelaki

Mahram Perempuan.
Terima kasih kepada yang buat poster nie, amat membantu. Harap Hari Raya ini kita dapat buat perubahan. Perubahan datang dari diri sendiri dahulu.

Sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin.

Ahmad Firas Berkhatan

Bersempena cuti sekolah pertengahan tahun yang baru lepas dan bersempena dengan isteri aku ambil cuti panjang. Elok juga disunatkan Ahmad Firas. Lagi pun tahun depan dia akan masuk darjah satu. Darjah satu ni pun satu punya bahaya juga, maklumlah nanti dengar cerita macam-macam dari kawan-kawan.

Ketika ini dia dok anggap bersunat nie cuma sakit sikit saja. Lagi pun dia paham lepas bersunat nie dapatlah berada satu saf dengan aku masa sembahayang kat surau. Tumpang dia seronok maka cuti sekolah ini kami cari klinik-klinik yang menjalankan khatan sekitar Kepala Batas.

Pusing cari klinik-klinik sekitar Kepala Batas yang beri perkhidmatan berkhatan ketika cuti penggal ini. Banyak klinik yang tak buat program berkhatan ketika cuti pertengahan penggal sebab cuti yang pendek sahaja (2 minggu). Kebanyakan akan tawarkan ketika cuti hujung tahun. Ada juga yang masih pasti lagi akan menjalankan program tersebut, dekat-dekat nak cuti baru di umumkan.
Kebetulan isteri aku ke klinik IPPT USM di Bertam untuk check masalah pertuturan Ahmad Firas (pertuturan dia kadang-kadang seperti gagap) sambil itu tanya samada mereka buat berkhatan. Katanya ada dan boleh daftar tapi akan diberi tarikh kemudian. Apa lagi daftar dululah. Tak lama selepas itu ada nurse beri tarikh 1hb Jun dalam jam 11 pagi. Alhamdulillah lega, Firas pun macam seronok ja.
Persiapan tempat gantung kain pelikat.

Hari dinanti dah tiba. Seawal 10 pagi kami bertolak ke klinik IPPT. Semua pakat ceria. Firas tak sabar-sabar nak ke klinik.
Ahmad Firas cerai hari nie.

Sampai disana daftar dulu dan dibawa ke katil. Cool down dulu di katil wad sementara menunggu Doktor datang. Sambil tu bolehlah layan TV dulu, Muhd Ammar denga Siti Sarah yang terlebih layan TV.
Rehat dulu.

Sementara Dr nak sampai, nurse suruh salin baju hospital dulu, diambil tekanan darah dan sebagainya. Nur Fatini tak habis-habis kacau abang sorang nie.
Pakai baju klinik, macam nak buat pembedahan besar ja.
posing kejap.

Ambil tekanan darah.

Menurut nurse yang bertugas, hari ini cuma Firas saja yang berkhatan. Alhamdulillah dia saja. Kalau ramai-ramai mau pening kepala maklumlah nanti dia dengar macam-macam bunyi. Menurut mereka perkhidmatan berkhatan ini tak di war-warkan lagi. Cuma untuk anak-anak staf saja dulu.

Adik yang tak habis-habis kacau abangnya.

Lama juga tunggu Dr, mungkin  ada pesakit lain. Dalam jam 12 tengahari tiba-tiba datang tray hidangan. Tak sangka ada diberi makan. Nasi dengan kurma ayam. Perghhh terbaik dan kena dengan selera Firas.  Nur Fatini pun tumpang sekaki. Licin tinggal sayur saja.


Nasi lauk ayam kurma habis dibedal oleh Firas dan Fatini.

Dalam jam 12.30 tengahari firas di bawa dengan kerusi roda. Masa ini muka dah berubah tapi tetap ceria sebab dapat naik kerusi roda. Ditolak ke tingkat atas.
Perjalanan bermula.

Firas ditolak sampai ke sebuah bilik, disini dia di baringkan atas katil. Semua jururawat berpakaian overall. Masa ini entahlah apa yang dia pikir ~ nak pi kebulan ka? Kakitangan disini sungguh ramah. Sesekali mengusik Firas. Macam biasa senyum-senyum malu seperti selalu. Firas akan dibawa ke bilik pembedahan.
Abang-abang dan kakak yang ramah melayan Firas.

Aku yang nak masuk pun kena pakai overall juga, jadi diberi sepersalinan dibilik sebelah. Firas masuk dahulu sementara aku tukar pakaian.
Aku pun nampak macam doktor.

Masuk kedalam bilik pembedahan, mak datuk ini bukan macam nak bersunat tapi serupa nak bersalin. Firas ditukar ke katil pembedahan. Dengan alatan yang ada sekeliling, muka Firas dah lain macam. Dr pun sampai. Dr sembang dengan firas supaya dia tenang. Abang-abnag yang bertugas buka TV cerita kartun, bagi hilangkan tumpuan Firas. Tapi tak jadi juga maklumlah alatan kiri kanan dengan ada lampu di atas lagi ditambah bunyi tit... tit.... tit... tak berhenti.
Bilik operasi yang lengkap macam nak bersalin pulak.
Tak tahulah apa perasaan Fira ketika ini. 

Operasi pun bermula. Masa ini Firas mula takut ~ dalam hati dia mesti menyesal setuju bersunat, dah terlambat. Aku tak dapat tengok apa yang Dr buat sebab dok pujuk Firas. Rasanya baru di sapu ubat kebas Firas dah nangis. Dr pujuk dia dengan tunjukkan ubat yang disapu dan sapu sedikit di tangan dia supaya dia tenang. Apa yang Dr buat lepas tu tak pastilah sakit ka geli tapi firas mamnag tak diam. Sekejap kekiri sekejap kekanan. Jenuh petugas pujuk supaya tak bergerak. Penat juga kena pegang dia meronta.

Nak bagi dia tak kelupoq, tayang Boboboy pun tak jadi juga. Macam-macam suruh dia buat. Suruh baca alfatihah. Suruh buat kira-kira campur. Dr pula suruh kira sampai sepuluh baru siap. Di kira dari satu sampai sepuluh tapi tak siap-siap lagi hahahhaa. Kena tambah sampai 20 pula. Pun tak siap juga, lepas tu Dr kena ayat "DR TIPUUUU" dari Firas. Tapi ayat yang paling win ialah "PLEASE DR" entah dari mana datang ayat orang putih ini.

Ada ketika dia kata nak terkencing, mungkin geli kot. Dr suruh dia kencing, tapi tak kencing pun. Bukan setakat ayah berpeluh tapi petugas pun berpeluh pegang dia tak bagi bergerak. Alhamdulillah setelah lebih kurang 30minit selesai.
Bersama Dr dan sebahagian abang-abang yang menjalankan khatan. Tangan tunjuk GOOD tapi muka macam marah jaaa. Terima kasih semua.

Selesai saja Firas direhatkan di bilik sebelah. Aku pun berehat sama, sampai tertidur. Sekali sekala mereka datang tengok kalau-kalau ada pendarahan lagi. Alhamdulillah nampak OK. Firas di letakkan atas kerusi roda semula dan di tolak ke bawah.
Tunggu Firas kencing dulu baru boleh keluar.

Firas tak boleh balik lagi. Dr kata kena tunggu dia kencing dulu baru boleh balik. OKlah kami pun tunggulah. Perut pun  dah berbunyi sebab dah petang. Haraplah Firas cepat kencing. Lama juga rehat baru dia kencing. Baru boleh balik. Sampai rumah, macam biasalah tidur dalam kain sarung tergantung.


Hari ini dia jadi raja. Siapa pun tak boleh ambil remote TV. Apa yang dia nak tengok jangan kacau. Jenuh melayanlah maklum tak boleh nak jalan-jalan lagi. Nak jadi raja pun seminggu nie kena pantang macam orang besalin, boleh tengok ja orang makan.

Esok cabaran lagi. Nak bagi mandi. Jenuh pujuk baru dia nak. Mula-mula kena tutup kat bird dia. Lepas tu lama jugalah baru boleh jirus terus air tanpa tutup. Dan masalah sampai sekarang ialah air boleh jirus saja tapi tak boleh cuci bird dia dengan sabun lagi. Yang nie aku tak taulah sampai bila.

Hari kelima balik kampung jumap Wan dan sambut puasa. Alhamdulillah walau bersunat puasa tetap diteruskan. Macam biasa kena layan macam-macamlah.
Ajar Wan main kad Boboboy.

Kami ingin ucapkan terima kasih kepada Dr dan juga petugas-petugas IPPT di tingkat dua dan tiga yang telah memberikan perkhidmatan yang sungguh baik. Walau penat melayan macam-macam kerenah Firas yang tak duduk diam tapi masih ramah dan ceria.