Bangunan Loke Thye Kee

Dalam perjalanan ke parking saja tangkap gambar beberapa bangunan lama yang ada sekitar bandar Georgetown KOMTAR Penang. Banyak bangunan yang dulunya terbiar usang telah dibaikpulih dengan mengekalkan senibina asal.

Di persimpangan Jalan Burma dan Jalan Penang terletak sebuah bangunan yang dulunya sangat usang. Zaman dulu-dulu masa aku dok kat Penang, bangunan ini ada beberapa kedai kat bawah, seingat aku sebuah kedai gambar. Tingkat atas aku tak perasan pula. Dulu bangunan ni dinding warna merah dan kebanyakan tingkap di tingkat atas sudah rosak. Cari kat internet, bangunan ini asalnya sebuah restoran, Loke Thye Kee Restaurant.
Loke Thye Kee lama - gambar dari http://lokethyekee.com/

Sekarang berwajah baru setelah di baikpulih. Bangunan ini disewakan untuk mengadakan aktiviti ( terbaca kat baner yang di pasang kat situ ).
Bangunan Loke Thye Kee setelah dibaikpulih

Dipersimpangan Jalan Burma dan Jalan Penang
Tile dan struktur yang masih asli
Kaki lima berwajah baru.

Loke Thye Kee bersama KOMTAR
Sedikit sejarah yang aku ambil dari internet:

Bangunan Restoran Loke Thye Kee dibina oleh Khoo Sian Ewe dan dibuka pada tahun1929. Ia diusahakan oleh  dua tukang masak Hainan, Loy Kok Boon dan Loy Kok Tai. Restoran itu bertahan sehingga beberapa generasi sehingga pada tahun 1996 dimana cuma tingkat bawah di usahakan dengan berbagai perniagaan seperti kedai gambar. Tingkat atas terbiar. Pada pertengahan tahun 2012 restoran ini mula dibaikpulih dan siap pada September 2012. Nak tahu lebih lanjut klik link kat bawah.

View Larger Map

Masjid Abdullah Fahim : Ceramah Ustaz Hassan Din Al-Hafiz

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1434, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas membawa Ceramah Perdana Maal Hijrah oleh Ustaz Hassan Din Al-Hafiz bertajuk " Falsafah Hijrah" pada 28hb November 2012 (Rabu) selepas Isyak.

Muslimin dan muslimat jommm mai ramai-ramai.

http://masjidabdullahfahim.blogspot.com/

Betul ka G4S nie ?

Dalam dok baca laman inminds ternampak beberapa artikel mengenai G4S. Bila terlihat logo G4S nie teringat van yang selalu dok ambil dan tambah duit dalam mesin ATM dan mesin deposit bank dekat tempat kerja aku. Logo dia sama.
Adakah G4S yang memberi servis kepada bank-bank nie juga terlibat memberi perkhidmatan ke penjara-penjara yang dikuasai oleh Israel?
 
Sedikit mengenai artikel (terjemah guna Google Translate yang kadang-kadang lari makna) yang aku baca dari inminds mengenai G4S:

G4S Terlibat Dalam Penderaan Kanak-kanak

Jumaat, Oktober 12 menyaksikan aktivis hak asasi Palestin berpiket di pintu masuk ibu pejabat G4S firma keselamatan di London untuk membantah penglibatan syarikat dalam penyeksaan dan mengurung kanak-kanak Palestin.
Firma keselamatan British Denmark G4S menyediakan sistem keselamatan untuk membantu Israel dalam penjara dan pusat soal siasat kedua-dua di Tebing Barat dan di Israel di mana kanak-kanak Palestin sedang dikurung dan diseksa.

Ini termasuk penjara Ofer dalam wilayah yang diduduki dimana G4S menyediakan sistem perimeter pertahanan dan bilik kawalan sepusat untuk keseluruhan kemudahan, dan pusat soal siasat terkenal Al Jalame di utara Israel dengan Cell 36 untuk Tahanan Kanak-kanak Antarabangsa, dilaporkan kanak-kanak dikurung didalam sel-sel kecil dan kotor seorang diri, sesetengahnya selama 65 hari, mereka cuma dapat keluar untuk ke bilik soal siasat dengan tangan dan kaki bergari ke kerusi dan didera kadang-kadang berjam-jam. G4S menyediakan sistem keselamatan untuk melaksanakan penyeksaan ini.
------------------------------------

Nak tau lebih lanjut pi kelaman inminds. Banyak maklumat berguna dalam laman tu. Terutamanya mengenai barangan yang mempunyai hubungkait dengan Zionis. Sekarang aku lihat ramai yang menampalkan poster boikot produk Israel yang dah tak relevan. Mungkin diambil dari poster-poster yang lepas. Sebab ada syarikat-syarikat yang dulunya menyokong Zionis telah tidak berbuat demikian dan mungkin ada syarikat baru yang menyokong. Dalam laman nie maklumat tu boleh didapati.

Boikot McD Pun Nak Bertelagah

Semenjak rejim haram zionis menyerang bumi Palestin berbagai usaha dibuat untuk mengekang kebiadapan rejim haram itu. Lalu dibuatlah berbagai bangkangan dari tunjuk perasaan sehingga tak buat apa-apa langsung.

Yang seronoknya dalam membuat berbagai bangkangan ini pun umat Islam boleh bertelagah. Bertelagah untuk mencapai kebaikan tak apa, ini bertelagah nak tunjuk pandai. Bahawa dia punya cara yang terbaik. Dalam isu boikot produk yang dananya disumbang ke rejim haram zionis yang terhebat diboikot ialah McDonalds. Berbagai versi ada.

Berbagai pihak melancarkan pemboikotannya. Disebalik itu ada juga pihak-pihak yang memperkecilkan usaha ini. Dijawab, awak saja yang boikot orang lain tak buat pun. Setakat memboikot McD tak dak kesan pun keatas Zionis. Kalau nak boikot buang saja komputer kat rumah tu, buang saja handphone, buang saja apa-apa barang yang ada nama yahudi dan lain-lain.

Ada yang jawab kalau boikot dan tetiba Mc Donalds tutup bagaimana dengan lebih kurang 8,000 pekerja McD yang akan diberhentikan. Apa yang mereka akan makan. Ishhh... apa yang dia pikir. Rezeki yang turun tu datangnya dari McD ka?

Ada dijawab tak perlu boikot, cuma penuhkan masjid berjemaah solat subuh seperti ramainya yang bersembahyang Jumaat sebab ketika itu bangsa yahudi akan tewas. Ayat nie bukan datang dari al-Quran atau hadith nabi cuma kata-kata seorang pemimpin yahudi. Jadi sementara nak penuhkan masjid tak perlu buat apa-apa kot?

Ada juga yang jawab, buat apa kita kesah. Biarlah mereka urus sendiri negara mereka. Kita urus negara kita. Ramai lagi orang kat sini perlukan bantuan.

Kenapa McDonalds menjadi sasaran utama pemboikotan?? ini bukan sebab ia menyumbang obesiti atau burger dia tak sedap tapi sebab mereka menjadi penyumbang kepada Isarel baca sini http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.php. Bukan saja-saja nak boikot. Atau boleh tengok penjelasan oleh Dr Hafidzi Mohd Nor kat bawah kenapa boikot McDonalds.

Itulah kadang-kadang usaha yang dilakukan dahlah tak mendapat sokongan, nie diperkecilkan pula. Jika ada ide yang lebih baik cuba ketengahkan dengan tak perlu kondem pendapat orang lain. Sebab boleh kata semua umat Islam sedaya upaya ingin membantu sahabat di Gaza cuma ingin mencari kaedah yang terbaik untuk mengekang kejahatan rejim haram zionis ini.

Bantulah dengan penuh keikhlasan walau sekecil mana dari tak berbuat apa-apa. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama ~ falsafah Cina.

Pernah Touch iPhone Guna Kaki ?

Biasa kalau nak guna iPhone mesti guna jari. Ada sesiapa pernah cuba guna dengan  kaki atau tengok orang buat?

Cuba sentuh iPhone 5 yang baru dibeli tu guna kaki, ada berani.  Haaaa turun kebawah kalau nak tengok...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
turun lagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
turun lagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tak tipu punya boleh guna dengan kaki
p/s: saja tak tau apa nak tulis dah.

McDonalds : Terima Kasih Rakyat Malaysia

Terima kasih tak terhingga kepada rakyat Malaysia tak kiralah bangsa apa pun dan agama apa pun yang telah memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada rangkaian McDonalds. Pagi, 19 Nov dapat beratur depan McDonalds untuk mendapatkan sarapan burger percuma. Mulakan pagi anda dengan dengan McMuffin, jangan lupa baca bismillah.
Promosi burger percuma.
Dah berakhir pagi yang sungguh meriangkan untuk pemakan burger, maklumlah dah beratur panjang dan dapat makan McMuffin percuma yang di tawarkan oleh McDonalds pagi tadi.
Beratur untuk burger
Harap semua berpuas hati. Sekarang kita lihat pula gambar-gambar kekejaman rejim Zionis Israel yang telah mengegarkan secara besar-besaran bumi Palestin pula.

Masih sedapkah McMuffin tu. Adakah kita akan terasa seperti memakan daging saudara-saudara kita di nun di jauh sana? Adakah kita menghayati setiap kunyahan seperti letupan di bumi saudara kita ? Kita dapat beratur panjang untuk mendapat burger percuma, saudara kita berlari kesana-kesini mencari perlindungan. Masih sedapkah seketul burger percuma tu.

Boikotlah semampu mungkin dan jika McMuffin tu saja makanan yang kita boleh jamah untuk hari ini, makanlah.

Jangan mengharap orang lain akan berubah, perubahan bermula dari diri sendiri.

Dalam dok memboikot nie tak dak pula sesiapa yang membangkitkan boikot ROKOK. Rasanya inilah antara sumbangan terbesar. Semua tahu rokok merbahaya dan difatwakan haram oleh beberapa negeri. Dah ada fatwa pun masih dok hisap dan dah dinaikkan harga pun masih dok beli. Macam mana nak boikot. Lainlah McD sebab ada Halal JAKIM.

Fikir-fikirkan...

**Gambar-gambar diatas aku ambil dari internet. Terima kasih kepada jurugambar yang dapat memberi gambaran lebih dekat kemusnahan yang dilakukan rejim haram zionis keatas bumi dan rakyat Palestin.

Gaza Diserang : Musim Boikot Mula Dah

Ketika rakyat Malaysia sedang merayakan cuti umum, ketika umat Islam Malaysia berarak berselawat menyambut maal Hijrah. Pada ketika itu rakyat Palestine di Gaza berarak mencari perlindungan dari peluru perpandu yang dihantar oleh Zionis Israel. Sekali lagi perjanjian dilanggar.

Ingat Israel sudah menjadi kawan dengan berbagai cadangan perdamaian rupanya mencari sasaran. Seluruh dunia Islam dikejutkan dengan serangan yang amat dasyat itu.

Apa yang kita buat ??

Sebagai tindak balas terhadap serangan tersebut umat Islam bangkit memprotes tindakan tersebut. Maka berlakulah perhimpunan aman dan tunjuk perasaan dengan membawa sepanduk yang mengutuk serangan tersebut. Di keluarkan memorandum kepada Amerika supaya mengambil tindakan terhadap Israel ( Orang Islam minta orang kapir menolong ~ tak paham aku ). Diminta PBB membantu memberi tekanan kepada Israel.

Ketika ini berbagai cara di keluarkan untuk memberi tekanan kepada Israel. Yang selalu kita nampak ialah tekanan ekonomi. Maka berbagai produk yang ada hubungkait dengan Israel akan di canangkan supaya di boikot. Dari produk makanan, produk kebersihan hingga produk teknologi.

Ketika ini makanan yang ada hubungkait dengan Israel terasa amat kotor dan seperti najis. Dalam diri pasti menanam azam tak akan sentuh lagi.

Begitulah juga dengan protes yang telah dilakukan sebelum ini ketika Zionis Israel membuat dajal kepada umat Islam empat tahun dahulu, 2009.  Apa yang berlaku selepas sebulan dua azam itu cuma tinggal kenangan. Apa yang di lakukan ketika itu seolah-olah untuk melengkapkan satu aktiviti tahunan kepada NGO-NGO dan persatuan-persatuan.

Kita kembali seperti sediakala. Dahulunya kita yang terlantang menyeru umat Islam memboikot tapi kini kita juga yang melanggarnya. Asal anak dapat keputusan peperiksaan baik saja mesti nak belanja anak kat Mc Donald. Boi pren nak jumpa gel pren pun nak dating kat Starbuck (dulu kata makan kat situ haram membantu Israel tapi sekarang pi situ buat benda haram pula ).

Kalau nak boikot mestilah konsisten, jangan hangat-hangat taik ayam. Mungkin kita tak boleh memboikot semua produk mereka sabab kita masih lagi kekurangan ilmu untuk membangunkan produk sendiri seperti alatan teknologi. Oleh itu cuba boikot secara berterusan barangan Israel dan sekutunya US yang tak memberi makna dalam hidup kita. Barangan yang kalau tak ada pun kita tak akan kebuluran seperi Starbuck, Coca-cola dan Colgate ( seperti yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 9 Jan 2009 ). Biar ada istiqamah.

Biar sedikit dilakukan tetapi berterusan. Bukan bermusim. Asal kena serang baru nak buat bantahan, hantar memorandum sana-sini, ambil tandatangan bantahan, rentang sepanduk sana-sini, boikot semua barangan Israel dan US. Selepas sebulan lupa dan jadi kawan balik semula.

Mula boikot dengan benda-benda yang senang dulu seperti jangan lagi ke Mc Donalds, minum Coca-Cola dan mengunjungi Starbuck dan guna produk L'Oreal. Kalau tak dak benda tu pun kita boleh hidup. Walau sedikit tetapi biar istiqamah, jangan ikut musim. Baru berkesan. Ingatlah dalam Al-Quran pun dah beritahu bangsa Yahudi nie adalah musuh orang Islam yang nyata.

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 120;

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Fikr-fikirkan......