Kedai Buku Sekolah - Beratur

Setelah diberitahu 29/12/2011 buku akan ada di Kedai Buku Sekolah SK Bertam Perdana. Aku ambil cuti hari pada 30/12/2011, Jumaat. Hajat nak selesaikan pembelian buku tulis. Sebelum ini dah dua kali Jumaat aku datang tetapi tutup. Kira ini Jumaat ke tiga aku datang beli buku. Kalau tak ada juga kena buat kenduri pisang la. Sampai ke kaunter dapat lah beberapa jenis buku, tetapi tak lengkap lagi. Diberitahu 2/1/2012 tahun hadapan buku akan sampai. OK lah tak kan nak marah budak jaga kedai tu, dia tak bersalah.

2/1/2012, Isnin, aku datang lagi kesekolah buat kali ke empat. Tak payah ambil cuti sebab cuti tahun baru. Dalam jam 9.30 pagi aku ke sekolah. Tuuu dia orang dah ramai. Beratur panjang.

Aku pun tumpang sekaki beratur sama. Punya lah lama beratur, tetapi bergerak sikit saja. Adalah ibu bapa yang ada kat situ cakap yang dok jaga Kedai buku tu seorang saja. Dia sajalah yang ambil buku dia lah yang ambil bayaran dan dialah yang dok dengar aduan ibu bapa. Kenapa jadi macam ini ? pengusaha kedai nak untung lebih ka ?
Notis tanpa tarikh.
Oleh kerana terlampau lama berbaris. Kak Zah yang ada kat situ pun masuk kedalam kedai. Apa lagi jadi sukarelawan membantu mangsa buku.
Kak Zah manjadi sukarelawan
Yang tak berapa sedap dengar, berbaris punyalah lama tetapi buku yang dapat tak lengkap lagi. Banyak yang dah habis.

Maklumat yang diperolehi dari penjaga kedai tu, buku tak mencukupi disebabkan oleh pertambahan pelajar. Lagi pun dari tahun satu sampai tahun enam buku-buku tu juga yang digunakan. Yang berbeza cuma bilangannya. Tak boleh nak disalahkan sesiapa, jadi bersabar sajalah.

Bagaimana Ambang 2012 Di Sambut ??

Berbagai sambutan yang di lakukan untuk menyambut tahun baru. Kebanyakan dihiasi dengan pertunjukan bunga api dan konset hingga awal pagi. Nanti bulan sembilan 2012 banyak la kes-kes buang bayi. Masa tu buat-buat terkejut kenapa moral anak-anak muda semakin rendah. Tapi tak apa sebab konsert-konsert tu dihadiri oleh menteri-menteri. Ketika inilah menteri dapat mendampingi rakyat ( walau dia duduk atas pentas ja ).

Poster dari syahirul.com Facebook
Alhamdulillah disebalik gemerlapan untuk menyambut detik 12 malam ada disebalik tu yang masih ingin mengingati pencipta dengan cara tersendiri. Tak perlu ikut orang lain atau negara lain yang menyambut dengan bunga api. Sebagai contoh Countdown 2012 yang dadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus, Zizan Raja Lawak, Sham Kamikaze dan ramai lagi. Tengok poster pun terasa meriah. Rasanya banyak lagi tempat yang membuat program seumpama itu.

Tapi apa boleh buat, aku yang duduk kar rumah saja ketika tu boleh tengok TV ja lah. Tontonlah yang dihidangkan, konsert dengan bunga api. Siaran TV banyak tetapi semua tayang rancangan yang lebih kurang sama ja. Kenapa tak ambil inisiatif untuk menampilkan kelainan?

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat tahun baru 2012. Untuk individu seperti biasa akan di buat azam. Kepada bos-bos akan ditetapkan target untuk di capai memenuhi KPI.Buatlah apa yang patut.

Pasti hujung tahun nie ramai dah dapat kalendar baru dari pembekal-pembekal atau yang ada hubungan perniagaan. Berbagai bentuk kalendar yang diberi. Besar, kecil, jenis gantung, letak atas meja dan entah apa-apa lagi.

Pastinya yang menjadi permintaan tertinggi ialah kalendar cina atau kalendar kuda. Kenapa ?? Sebab kalendar nie merupakan antara yang terlengkap sebab dalam kalendar tu dimasukkan cuti sekolah, cuti-cuti umum, tarikh tahun hijrah, tahun cina ( harimau, naga, tikus dan lain-lain ) dan yang utama tarikh lumba kuda. Ibu bapa mudah buat perancangan sebab mengetahui bila anak-anak cuti sekolah, bila cuti-cuti umum. Tak macam kalendar lain, harap cantik ja tapi tak ada maklumat.


Kalendar Cina original ada tarikh lumba kuda
Sekarang nie kalendar cina nie telah di hijrahkan. Semenjak banyak syarikat orang Islam dah maju dan berupaya memberi cenderahati kalendar kepada pelanggan maka tarikh lumba kuda dan tahun cina dah di padam. Di ganti dengan waktu solat. Sekarang syarikat bukan bumiputra pun dah ikut membuat kalendar seperti ini. Maklumlah kebanyakan pelanggan mereka orang Islam. Lagi pun dah ada kesedaran judi tak bawa kemana.

p/s: kalau tak dapat kalendar cina, rasa ada kekurangan bila masuk tahun baru.

Kulitkraf aka Kulit Keras

Mai lagiii. Macam tahun-tahun sebelumnya. Aku dah menyampah dah nie. Depa tak pikiaq ka apa yang depa bagi tu tak berkualiti. Keraih, berat dan hudoh. Tiap-tiap tahun benda yang sama. Rasa aku sekali saja aku boleh guna. Yang selebihnya jadi pelapik lantai. Tapi tak apa, sebab ada yang sudi nak beli. Aku apa lagi juai lah. Jangan membazir, amalan syaitan.

Depa tak buat soal selidik ka tahap penggunaannya ? Depa tahu beli ja, bukan depa nak pakai. Cuba barang yang depa nak guna, rasa aku survey macam nak gila. Buat kerja serupa nak lepas batuk ditangga atau memang tak boleh nak buat apa-apa dah. Budget ciput, dapat pun tak ada kualiti la.

bukan logo kereta Ferrari
Kalau nak bagi staf guna, tolong cari yang selesa. Jangan kedekut. Fikirlah bahawa setiap saraf yang ada kat badan kita akan melalui kawasan tu dan lebih dari lapan jam nak pakai. Nak staf bertaraf peringkat dunia, labur lah sikit.
Nie dia kasut pi noreh getah
Kasut Kulitkraf , nie la bendanya. Kasut keselamatan yang tempat kerja aku bagi setiap tahun. Tak ada jenama lain dah melaikan Kulitkeras nie ja. Kalau ikutkan model yang diberikan sesuai untuk kerja dalam bengkel mesin ok lah, nie di beri untuk kerja biasa-biasa saja. Jenuh senaman kaki, berat. Tinggi pula tu, bawak masuk kebun getah boleh la. Susah nak tanggalkan.

Kasut keselamatan ada kategorinya dan bentuk yang sesuai bukan tangkap muat ja. Guna kaedah lump sum, semua orang sama. Kasut keselamatan nie ada berbagai model dan jenis untuk disesuaikan untuk penggunaan yang berbeza seperti kerja di tapak binaan, bengkel mesin, kimia, makmal komputer, pejabat. Untuk setiap tempat itu ada ciri-ciri tertentu yang diberikan.

Bentuk kaki manusia nie pun mesti diambil kira sebab ada yang tirus, kembang dan sebagainya. Ishhh... tak payah cerita panjanglah sebab bahagian keselamatan pekerjaan mesti tahu punya. Banyak pakar dengan berbagai sijil tergantung.

Kalau Kulitkeras tak ada pilihan, banyak lagi jenama lain ada kat Malaysia nie. Kenapa mesti guna jenama Kulitkraf ??? tolong jawab.

SBPA : 55,56,58 atau 60 ?? update

Update dari lepas.

Aku capture email yang JPA hantar kat kawan aku mengenai persaraan 60 tahun.
Klik untuk paparan lebih jelas

SBPA : 55,56,58 atau 60 ???

30hb Disember 2011 tarikh keramat. Hari terakhir memilih umur persaraan melalui Skim Baru Penjawat Awam ( SPBA). Bukan apa maklumat yang sampai entah macam-macam. Dah la borang yang diberi tu mengonfiuskan. Dalam borang opsyen di letakkan sama ada memilih umur dari skim lama atau pilih 60 tahun. Kena pilih. Dengar cerita yang tak kenal hujung pangkalnya ada dua versi. Versi ini untuk yang masuk kerja selepas tahun 12/4/1991 macam aku nie.

Versi 1:
Jika pilih umur 60, maka bayaran pencen akan mula pada umur 60. Kalau kita buat opsyen pencen 56 sebab cemuih dah kerja tapi bayaran pencen tetap akan mula pada umur 60 tahun juga.

Versi 2:
Jika pilih umur 60 tahun maka kita diberi kemudahan boleh bersara awal dengan bayaran pencen mula ketika bersara contoh jika pilih persaraan umur 60, jika dah tak larat kerja, meluat dah tengok muka bos boleh opsyen bersara contohnya umur 56 dan bayaran pencen bermula ketika kita bersara iaitu pada umur 56.

Oleh kerana tak mahu tanggung resiko maka pagi nie aku call talian panas JPA 03-8885 3293 ( kategori pencen dan persaraan). Tanyalah mengenai permasaalahan ini, maka di jawab secara ringkasnya versi 2 yang betul.
Borang opsyen SBPA ada ruang pemilihan untuk umur persaraan.

Yang hairan aku lihat kat sini ialah kenapa diberi pilihan 55,56,58 tahun sedangkan jika pilih umur 60 tahun, kita diberi kelonggaran untuk pilih sendiri persaraan mana yang kita mahu selepas ini ?? buat apa membazir kertas dan buat pening kepala nak pikir.

Pilih la apa yang patut. Kepada yang dua ke tiga tahun lagi nak bersara tu kena fikir panjang sikit. Kepada yang lama lagi nak kerja tu, rasanya tak ada masalah sangat sebab ramai lagi menteri naik turun. Tentu ada lagi penambahbaikan yang nak mempopularkan mereka.

Esok aku nak cuti jadi kena buat pilihan hari nie.

Masakan Dalam Pantang : Kepala Ikan Masak 2 Rasa

Masakan dalam pantang kali ini Kepala Ikan Masak Dua Rasa.

Bahan-Bahan :
Kepala ikan tenggiri. Kenapa kepala? sebab yang tu yang ada.
3 ulas bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang besar di hiris bulat-bulat
1 biji cabai merah di potong kecil
2 sudu besar cabai kering kisar ( kalau malas, guna ja cili boh )
1/2 in halia muda dipotong kecil
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Gula
Air
Minyak

Cara-cara:
- Kepala ikan digoreng garam kunyit dan letak tepi
- Tumis bawang besar kisar, halia dan bawang putih
- Masukkan cabai kisar dan gula
- Masukkan sos cili, sos tomato dan garam dan masukkan air untuk mendapatkan kuah
- Selepas mendidih masukkan ikan tenggir, bawang besar yang dipotong bulat dan cabai besar, gaul hingga sekata.

Dah boleh makan.