15hb Mei 1948 Titik Hitam : An-Nakbah

Hari ini, khutbah Jumaat menyentakkan dengan menyedarkan bahawa tanggal 15hb Mei ketika tahun 1948 mempunyai satu cerita yang memilukan umat Islam. Menempelak sikap umat Islam yang telah leka dengan kemewahan sehingga telah diperbodohkan oleh British dan Perancis. Detik 15hb Mei 1948 juga dikenali dengan Hari An-Nakbah atau Hari Kecelakaan kepada umat Islam dimana tertubuhlah Kerajaan Haram Israel dibumi Palestin.

Ini perubahan peta negara Palestin yang telah di takluk oleh Negara Haram Israel atau Rejim Zionis


Maklumat lanjut sila layari:

1) http://www.amanpalestin.net/baca.php?lihat=artikelPenuh&id=29&popup=depan
2) http://www.ikramsj.org/?p=4023
3) http://ismadhl.com/15-mei-1948-nakbah-palestin/
3) http://www.ismaweb.net/v4/2010/05/noktah-noktah-penting-62-tahun-nakbah-palestin/
5) http://www.eramuslim.com/berita/palestina/peringatan-nakba-15-mei-di-seluruh-palestina.htm
6) http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=5197

Dimana kita ???

Warong Tok Long

Warong Tok Long
Satu lagi warong nasi kampung di Kepala Batas lebih tepat di Paya Keladi. Warong Tok Long. Jangan silap kat jalan nie juga ada sebuah kedai lagi guna nama yang hampir sama Mak Long, Mee Rebus Mak Long. Apa hubungkait kedua-dua kedai makan nie? Tanya tokey kedai.

Tempat letak kereta luas juga depan warong. Kalau penuh letak ja di seberang jalan.
Disediakan berbagai menu masakan kampung, memang banyak pilihan seperti masak lemak, asam pedas, kari, kurma kambing, ikan bakar, sayur campur, masak lemak otak, ulam-ulaman, sambal dan macam-macam lagilah.
Ramai pengunjung, bukan dari kawasan kampung sekitar tetapi juga dari pejabat-pejabat kerajaan, swasta berhampiran datang makan kat sini.
Anak aku punya feberet, kerang rebus.
Kalau bawa bebudak kecik, best ada tempat mainan disediakan disebelah warong, berbumbung. Makan pun selesa mereka tak kacau. Kebersihan dijaga dengan baik.
Ini dia menu. Mee rebus dan bihun sup kat sini pun best. Bihun sup cara kampung, sup daging ( kalau kedai tom yam  depa buat sup apa-apa entah dimasukkan macam-macam bahan ). Ada sup tulang. Klik imej untuk paparan besar.
Warung Tok Long ini di buka untuk makan tengahari sahaja. Makanan di sini memang sedap, jadi kena datang awal sikit kalau lambat, kurang la sikit lauknya. Harga boleh tahan la, jika dibanding dengan kawasan kampung, harga boleh dikatakan sedikit mahal. Tutup hari Ahad. Lokasi terletak berhampiran Pusat Kesihatan Paya Keladi. Lihat Google map kat bawah.

View Warong Tok Long in a larger map

Seronok Bila Ada Hari Dan Menteri...baru bestt

Setiap tahun bermacam hari yang ada di dunia ini. Di Malaysia pun begitu, menyambut yang bersangkutan. Contonya yang terbaru Hari Guru, Hari Ibu, Hari Belia, Hari Jururawat, Hari Kesihatan Sedunia, Hari Setiausaha, Hari Polis dan macam-macam hari lagi tak perlulah nak masukkan Hari Raya Puasa dan lain-lain. Seronoknya bila hari-hari ini ada menteri dibelakangnya. Seperti Hari Guru ada Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Hari Polis ada Menteri Polis dan juga Ketua Polis Negara, Hari Jururawat / Kesihatan ada Menteri Kesihatan.

Bila tiba hari-hari yang diraikan itu berbagailah usaha dilakukan untuk menaikkan nama Kementerian dan juga menteri berkenaan. Selalu yang dapat dilihat ialah bila sambutan hari-hari tersebut berbagai insentif diwar-warkan. Contoh, ambil Hari Guru yang diraikan baru-baru ini, kenaikan pangkat guru-guru ditambah dan dipermudah.

Bagaimana pula untuk penjawat awam yang tiada hari dan juga menteri khusus untuk mereka seperti juruteknik, kerani, pereka, penerbit, penolong sistem pegawai maklumat, pemandu dan berbagai jawatan lagi?

Terlebih dahulu di ucapkan terima kasih kepada mantan perdana menteri Malaysia Pak Lah yang memperkenalkan kenaikan pangkat khas secara Khas Untuk Penyandang ( KUP ) kepada staf sokongan yang berkhidmat selama 15 tahun ( ada syarat-syarat yang di tetapkan ). Apakah insentif  yang boleh diwar-warkan untuk golongan tanpa hari khusus ini?

Selamat Hari Guru 2011

Selamat hari guru kepada sesiapa yang sentiasa mendidik anak-anak dan juga dewasa,
Kepada guru-guru tadika mengajar anak-anak berdikari sebelum ke sekolah rendah.
Kepada guru-guru sekolah rendah, menengah dan IPT mengajar tanpa mengenal erti lelah.
Kepada guru-guru tiusyen yang menampung mana yang terlopong.
Kepada ustaz yang mengajar agama di pondok-pondok, surau atau rumah sendiri mengajar alif, ba, ta supaya mengenal pencipta.
Kepada dokor yang mengajar pesakit makan ubat jaga kesihatan.
Kepada polis mengajar manusia berperaturan.
dan
Kepada ibubapa yang sentiasa mengajar anak-anak erti kehidupan.
dan juga
Kepada alam yang mengajar dengan peristiwa, membelai dengan hembusan angin, marah dengan ribut, maki dengan lintar, pukul dengan gempa, peristiwa dibalik dunia mengajar kepada yang melihatnya.
Setiap apa yang dipelajari pemberinya ialah guru.

:: SELAMAT HARI GURU::

Selamat hari guru kepada:
Guru-guru aku di Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Sekolah Teknik Alor Setar dan kepada ustaz dan ustazah yang mengajar aku dan juga bapa aku pesara guru.

Banglow Di Tengah Sawah

Dah tonton Nur Kasih?? Aku pun belum. Memang la sebab 19 Mei baru tayang. Tapi lihat gezet ja dalam TV. Sekarang ini filem Melayu dah meningkat. Skrip dan jalan penceritaan yang menarik dan sentiasa meninggalkan rasa ingin tahu di setiap kali tamat sasuatu episod. Sentiasa tertunggu-tunggu apa kan terjadi di episod akan datang. Dari segi pemilihan lokasi dan juga pemilihan sudut kamera yang menarik. Sentiasa berwarna-warni. Bukan sahaja filem tetapi juga drama bersiri seperti Ustaz Amirul dan Nur Kasih.

Filem dan juga drama bersiri yang memaparkan suasana kampung seringkali menggunakan pemandangan sawah padi yang luas terbentang dengan alur air yang sejuk mata menandang.  Filem dan drama ini telah merakamkan suasana dan keindahan kampung yang menarik dan terima kasih kepada penerbit kerana merakamkan detik-detik itu. Terima kasih dirakamkan sebab gambar ini mungkin menjadi arkib kepada anak-anak di masa hadapan yang tak berpeluang melihat suasana kampung.

Gambar nie tak tahu sumber dari mana
Sekarang ini sawah  padi telah dilanda fenomena perubahan. Tanah-tanah sawah telah berubah menjadi tapak-tapak banglo. Sekurag- kurangnya dua tingkat. kalau lebih lagi baik. Pemandangan yang indah di tanah sawah mungkin akan berkurangan pada masa hadapan. Pemandangan akan diganti dengan sawah padi dan diselang seli dengan banglo tak ada tingkap cuma lubang-lubang kecil disekeliling dan berbunyi bising. Banglo untuk burung walet atau burung layang-layang membuat sarang.


Bangunan yang dibina sungguh banyak di tanah-tanah yang asalnya tanah sawah. Mungkinkah pada masa hadapan bangunan burung walet ini akan mengantikan tanah sawah?? Ketika ini beras yang dikeluarkan dalam negara masih tidak cukup menampung permintaan dalaman. Bagaimana pada masa hadapan dimana banyak tanah-tanah sawah akan bertukar status? Walau harga dan permintaan yang tinggi untuk sarang burung walet, tetapi sumber makanan negara perlu difikirkan.Beras mungkin terpaksa diimport banyak lagi.

Nasi Lemak

Tak habis lagi cerita makanan kat kantin sekolah. Cerita sana cerita sini garis panduan tak keluar lagi. Tindakan tak boleh ambil juga. Benarkah obesiti disebabkan makan nasi lemak disekolah? Kita orang Melayu makan nasi lemak pagi-pagi dah jadi macam tradisi. Kalau tak kena sebungkus memang ada kurang sikit pepagi, mesti kena sebungkus baru OK. Sayang nasi lemak yang menjadi makanan tradisi orang melayu seolah-olah menjadi penyebab kepada obesiti. Dahlah warisan orang Melayu semakin hari semakin terhakis dan semakin dilupakan. Kini nasi lemak yang suatu ketika dulu menjadi makanan menteri-menteri disalahkan.

Anak aku cakap nasi lemak kat kantin sekolah tak rasa macam nasi lemak pun. Macam nasi putih ja. Sekarang ni mak cik kantin pun tak buat nasi lamak yang sebenar-benarnya lemak. Janji bau macam nasi lemak. Bagi berminyak sikit dan masukkan daun pandan bagi naik bau, jadikkk. Kalau ikut cara masaknya, makcik kantin tu berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Aku setuju kalau makanan ringan dan berkarbonat di tiadakan. Tapi makanan berat perlulah disediakan tak perlulah di buat jadual jualan seperti mee goreng 2 hari, pulut 2 hari, nasi lemak sehari. Macam mana ketika hari jualan mee untuk pelajar yang tak boleh / tak lalu makan mee? itu perlu difikirkan. Kaedah ini untuk yang tinggal dalam asrama OK lah.

Bagus menggalakkan anak-anak membawa bekal. Nak cepat hari-hari bawa roti bakar atau sandwich. kalau dah jemu tukar selera bawalah burger atau nugget atau biskut-biskut, janji cepat masak. Laaa kat kantin sekolah diharamkan dari rumah pula dibawa. Nak bangun jam berapa untuk sediakan makanan yang berkhasiat disamping menyiapkan diri dan budak-budak kesekolah / tadika. Kebanyakan ibu bapa sekarang berkerjaya. Maklumlah zaman harga barang naik, hujan sahaja turun.

Tempat kerja dan tempat sekolah kadang-kadang bukan dekat mengambil masa yang lama untuk sampai. Kena bertolak awal, semua nak pantas. Cadangan aku lah. Ketika ini waktu persekolahan pagi bermula jam 7.30 pagi dan waktu kerja ( terutama kerja disektor awam) bermula jam 8.00 pagi. Apa kata kerajaan mengubah waktu persekolahan ke jam 8.00 pagi dan kurangkan masa kerja dimana waktu masuk kerja dilewatkan contohnya jam 9. Rasa aku budak-budak sekolah tak beli dah makanana di kantin. Semua boleh bawa bekal.

Disudahi dengan pantun, mungkin masa hadapan nasi lemak cuma tinggal pantun sahaja:

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Ikan Celup Tepung

Oleh kerana masa nie ikan temenung murah, sekilo RM 3 saja. Beli kat Kuala Penaga pada 6/5/2011. Jadi makan tak payah ngan nasi, buat ikan celup tepung. Dok teringat arwah mak aku pernah masak. Oleh kerana tak tau mask, apa lagi search internet cari saja. Aku rujuk laman nie http://www.trymasak.my/ dan http://www.myresipi.com/.

Bahan-bahan:

- ikan temenung ( ikan lain aku tak tau, cari la kat internet ) disiang dan ditos airnya.
- 2 cawan tepung beras
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh kapur makan
- garam secukup rasa
- air
- sebiji telur

Cara masak senang ja.

Cairkan kapur makan dengan sedikit air masukkan kedalam tepung bersama serbuk kunyit dan sebiji telur dan masukkan air. Pastikan air tak terlampau banyak atau kurang, kira-kira bancuhan tu pekat dan boleh salut ikan dengan elok. Tambah garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.

Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Celupkan ikan kedalam bancuhan tadi. Setelah minyak panas, masukkan ikan tersebut kedalam kuali.

Ikan celup tepung sedap cicah dengan sos. Mabelesssss.