Umrah dan Ziarah 2017 : Kota Taif - Alkur Amusement Park, Kereta Kabel

5hb Disember 2017, hari pertama di Makah. Selesai solat subuh di Masjid Haram dan kembali ke hotel untuk bersarapan. Hari ini kami akan keluar dari Kota Mekah sekejap, Aihhh baru ja masuk dah nak keluar. Keluar untuk tujuan ziarah ke Kota Taif.

Jarak dari Makah ke Taif lebih kurang 90KM. Oleh kerana melebihi dua marhalah jadi kena buat tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal dulu (jarak dua marhalah diantara 80KM ke 90KM).

Oh ya untuk makluman Dataran Kaabah sedang dilakukan penambah baikan Telaga Zam Zam menjadikan kawasan tawaf menjadi sempit sedikit. Oleh itu Kerajaan Arab Saudi cuma membenarkan orang yang mengerjalan Umrah sahaja bertawaf di Dataran Kaabah untuk mengelakkan kesesakan. Jadi hanya yang berihram sahaja dibenarkan masuk. Kepada yang tak berpakaian ihram hanya dibenarkan tawaf di dalam masjid, jauhlah sikit perjalanannya. Untuk kaum perempuan tak menjadi masaalah sebab pakaian mereka sama sahaja.

Tasbih tujuh, untuk memudahkan jemaah mengira pusingan tawaf.

Selesai sarapan kami bersiap dengan kain ihram dan gegas ke Masjid Haram untuk melakukan tawaf wida'. Tawaf wida' perlu berihram???. Tawaf wida' tak perlu berihram cuma kami memakai disebabkan nak melakukan tawaf di Dataran Kaabah, lebih cepat (semoga Allah ampunkan dosa kami).

Habis sahaja tawaf semua kena gegas balik ke hotel cuma tukar ke pakaian biasa dan turun semula menunggu bas, jangan langggar pantang ketika selepas tawaf wida'.  Kali ini kami menaiki bas mini sahaja. Jauh juga perjalanan kami dalam 90KM.

Untuk perjalanan ini selain Mutawif kami Ustaz Erdie, ada seorang lagi Tour Guide berbagsa Arab ikut serta. Ini adalah prosidur kerajaan Arab Saudi.
Perjalanan ke Kota Taif. Tour guide Arab di sebelah kiri gambar.

Perjalanan kami mula-mula melaui jalan raya biasa sehingga di suatu kawasan bas membelok ke kawasan berbukit dan jalan yang lebih sempit. Nak pi juai kami ka??? 😊😊😊. Sehingga nampak sebuah pintu gerbang. Aihhh macam nak masuk Jurassic Park pula, tertulis Alkur Amusement Park.

Masuk kedalam lagi dan bas masuk melalui sebuah pintu kota dan berhenti. Rupanya disini merupakan sebuah Taman Tema.
Pintu gerbang Alkur Amusement Park, serupa Jurassic Park.



Kami sekarang berada dalam sebuah kota ala-ala Arab lama. Kami disambut dengan senyuman oleh tuan kota. Aku tak paham apa dia kata, semua dalam bahasa Arab. Kami dibawa ke sebuah dewan besar.



Masuk kedalam dewan, seolah-olah kami sahaja tetamu disini. Kami di jamu makan oleh tuan rumah dengan nasi Arab lauk ayam bersama puding. Lihat sahajalah gambar kat bawah.
Sampai di Taman Tema kami di jamu dahulu dengan nasi arab.






Nasi arab yang ringkas sahaja.

Nasi Arab disini bukan seperti kat malaysia ada kuah, disini disediakan sambal tomato sahaja. Tapi Alhamdulillah sedap dan licin pinggan.

Selesai makan kami dibawa kesebuah Galeri Taif. Sementara hendak sampai ke galeri bolehlah menikmati pemandangan keindahan taman tema ini yang dibina bercirikan senibina masyarakat Arab.


Terjumpa papan tanda disini, rupa-rupanya berbagai permainan disediakan dan juga permainan air pun ada.
Harga permainan di Taman Teman Alkur.

Didalam Galeri Taif ini diletakkan maklumat mengenai Taif, mengkisahkan mengenai kemajuan Taif. Ada juga replika kereta kebel dan diorama taman tema ini. Ada tour guide yang memberi penerangan kepada kami.
Galeri Taif


Deorama kereta kabel.




Santai sekejap.

Bergambar bersama Our Deen

Diluar galeri disediakan sebuah kerusi panjang dinamakan Al-Dakah yang kebiasaan masyarakat Arab sediakn di luar rumah. Saja tulis, kami tak duduk pun.
Al Dakah
Keluar dari Galeri, tak semena-mena abang ipar ofer belanja menaiki Toboggan. Apa lagi aku pun  menjadi kanak-kanak sekejap. Toboggan ini merupakan sebuah kereta gelongsor dimana kita akan di tarik naik ke atas bukit dan dilepaskan melongsor turun mengikut rel yang disediakan. Kita cuma menjaga pedal break tangan untuk memperlahan atau membiar ia turun laju.
Persediaan untuk berlepas. Diberi penerangan dahulu cara untuk perlahan dan lajukan Toboggan ini.

Toboggan ini ditarik ketatas dahulu, Sampai ke kemuncak, ia akan dilepaskan.

Mula-mula cuak juga sebab nak kawal kelajuan menggunakan pedal break, tapi lepas itu serupa  nak naik sekali lagi.

Kegembiraan terpancar di wajah😂😂😂. Gambar dari Erdey

Azan solat Zohor dah berkumandang. Ada sebuah surau disediakan disini, jadi pakat-pakat solat dahulu disini dan rehat-rehat sementara menunggu acara seterusnya.

Berkumpul semula dan kali ini perjalanan ke Taif diteruskan lagi. Mula-mula aku ingat mereka akan naik bas semula. Tapi meleset, sebab kami akan menaiki kereta kaberl kesana. Tak pernah tahu pula nak ke Taif boleh naik kereta kabel. Setahu aku dari bacaan nak ke Taif kena meniaki kenderaan darat. Alhamdulillha dapat merasa naik kereta kabel.

Dalam Gondola kereta kabel.


Pemandangan dari atas kereta kabel. Hotel Ramada Al Hada.
Lebih kurang 20 minit juga untuk sampai ke atas. Tetapi dengan melayan pemandangan dan mengambil gambar pemandangan lereng bukit yang cantik 20 minit bagai tak terasa. Taif merupakan kota yang terletak lebih kurang 6,000 kaki dari aras laut di lereng Gunung Sarawat.

Alhamdulillah samapai ke atas, Taif.
Kami mendarat di Hotel Ramada Al Hada. Sampai disini baru terasa kesejukan yang selalu dicerita oleh jemaah yang datang sebelum ini. Bolehlah kalau nak dibandingkan dengan suhu di Cameron Highland (tak pasti di Cameron ketika ini masih sejuk atau tidak).


Oklah setakat itu dahulu, panjang sangat dah. Nanti sambung cerita perjalanan di Taif pula. Banyak sejarah perjalanan dakwah Rasulullah disini.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


No comments:

Post a Comment