Tuesday, August 16, 2016

Roti Bakaq Teloq Kepala Batas

Nak sarapan apa di Kepala Batas? Kepada yang dah meluat pagi-pagi makan roti canai kedai mamak di Kepala Batas. Asal pagi saja makan roti canai... asal makan roti canai saja dari pagi sampai malam. Maka ada satu pilihan gerai yang menarik dan sedap untuk bersarapan di Kepala Batas.
P_20150419_090640_HDR
Roti Bakaq Teloq Meleleh Kepala Batas.
Kali ini kita perkena Roti Bakar pula di Gerai Roti Bakaq Teloq Meleleh. Biasalah orang utara dia punya "Q" lebih sedikit.

Gerai ini hanya menyediakan berbagai set roti bakar. Roti bakar ini di kahwinkan dengan beberapa bahan seperti telur, cheese, papperoni, sosej, kacang merah dan hirisan daging dan disiram dengan sos lada hitam dan madu dan sebagainya. Pilih saja dari menu yang diberi.
P_20160207_091704
Menu Roti Bakaq Teloq Meleleh.
P_20150419_091243_HDR
Tanda saja yang mana berkenan dan beri kepada mereka.
Dibawah antara roti bakar yang pernah kami makan untuk beberapa kali datang ~ koleksi yang sempat diambil gambar. Nama roti bakar ini aku dah lupa, kadang-kadang nampak sama tetapi isi berlainan.
P_20160207_094229
IMG20160207092724
P_20150419_091327_HDR
P_20150419_091343_HDR

Kepada yang tak boleh makan roti bakar, ada juga diletakkan atas meja nasi lemak bungkus. Nasi lemak berlauk bilis dan telur saja. Nasi lemak ini memang sedap, terasa seperti orang dulu-dulu masak. Aku kalau sampai ke sini mesti sambar sebungkus dua. Tapi jangan harap sangat sebab unit terhad. Siapa cepat dia dapat.
P_20160207_091335
Nasi lemak mabeles. Unit terhad.
Gerai Roti Bakaq Teloq Meleleh ini rasanya berbentuk franchise sebab kami pernah melihat gerai lain yang nama dan konsep yang sama. Gerai ini boleh kata sentiasa penuh dengan pengunjung terutama waktu pagi sehingga kadang-kadang kena tunggu orang bangun dulu baru dapat duduk.
IMG20160207094344

Bagi aku roti bakar disini memang sedap. Roti benggali yang tebal dibakar dengan mentega, garing diluar dan lembut didalam ditambah dengan bahan-bahan lain memang terangkatlah. Boleh datang selalu.
P_20160207_092937
The making of roti bakar.
Nak sampai ke sini mudah sahaja sebab sebab gerai ini terletak bersebelahan Telekom Kepala Batas. Kawasan parking pun luas dan mudah sebab kawasan ini gerai ini sahaja yang ada. Sedikit maklumat dibawah.

Roti Bakaq Teloq Meleleh
Jln Tun Hamdan Sheikh Tahir
(Bersebelahan Telekom Kepala Batas atau seberang jalan bertentangan dengan Shell)

No Telefon: 013-2003377, 013-2007733

Dibuka hari Selasa hingga Ahad dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari.
Tutup hari Isnin.

GPS:
5.516712, 100.431682
5°31'00.2"N 100°25'54.1"E

Lokasi dari Google Map:



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...