Cadbury Adalah Halal

Selalunya dalam setahun adalah dua ke tiga kali TESCO hantar bauce potongan harga. Dalam sampul tu adalah berderet senarai benda-benda yang diberi diskaun. Tapi kali nie berbeza sikit, Tesco hantar baucer untuk makhluk nie saja. Siap dikepilkan risalah "Cadbury adalah halal".

Macam nak suruh pi mengundi pulak. Bersungguh betul nak meyakinkan rakyat Malaysia kesucian cekelat nie.

Bukan sikit diberi diskaun, RM5.50 untuk dua keping coklat. Mungkin dah tak dak arah dah macam mana nak meyakinkan pembeli dari kejadian cokelat Cadbury ada DNA babi yang lepas.

Lain kali tak payah hantar surat, terus hantar cokelat. Senang, jimat masa dan jimat minyak.


Salam Maal Hijrah 1436H

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah suatu tarikh yang penting bagi umat Islam kerana pada tarikh tu berlaku penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

Tanggal 25hb Oktober 2014, Sabtu nie kalender Islam beralih tahun ke 1 Muharram 1436. Jom pakat-pakat berubah ke arah yang lebih baik.

Bolehlah melakukan amalan sunat menyambut kedatangan tahun baru hijrah seperti berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar dan berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib dan juga berpuasa sunat hari terakhir Zulhijjah dan juga hari pertama Muharram.
 
Tingkatkan amalan-amalan kebaikan dan jauhkan segala kemungkaran. Jangan pula sebelum nie bela kucing tetiba masuk tahun baru bela anjing pulak (ustaz cerita lain dia paham lain).

Bilakah penetapan kalender Hijrah dilakukan? Baca artikel kat bawah.

~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~

SEJARAH PENANGGALAN TAHUN HIJRIAH 

Sampai saat wafat Rasulullah saw belum ada penetapan kalender Islam yang dipakai sebagai patokan penanggalan. Pada waktu itu, catatan yang dipergunakan kaum muslim belum seragam. Ada yang memakai tahun gajah, peristiwa bersejarah, yaitu tahun penyerangan Abrahah terhadap ka’bah dan kebetulan pada saat itu bertepatan dengan tanggal kelahiran Rasulullah saw. Ada pula yang menggunakan tahun diutusnya Rasulullah saw sebagai nabi, atau awal penerimaan wahyu. yang penting mereka belum mempunyai penanggalan yang tetap dan seragam. Pada zaman khalifah Abubakar ra sudah mulai para sahabat melontarkan gagasan tentang perlunya adanya penanggalan. tapi belum pula diterapkan.

Penetapan penanggalan yang dipakai oleh umat Islam dimulai pada zaman khalifah Umar ra. Menurut keterangannya, ide ini diterapkan setelah beliau menerima sepucuk surat dari Abu Musa al-asy’ari yang menjadi gubernur di Bashrah, isinya menyatakan ”Kami telah banyak menerima surat perintah dari anda tapi kami tidak tahu kapan kami harus lakukan. Ia bertanggal Sya’ban, namum kami tidah tahu Sya’ban yang mana yang dimaksudkan?”

Rupanya surat Abu Musa diterima oleh khalifah Umar ra sebagai saran halus tentang perlu ditetapkannya satu penanggalan (kalender) yang seragam yang dipergunakan sebagai tanggal bagi umat Islam.

Budaya penanggalan ini rupanya belum ada dalam Islam sedangkan penanggalan Masehi sudah diterapkan sebelum adanya Islam beberapa abad lalu.  Tapi Islam adalah agama yang menerima budaya dari luar semasih budaya itu baik dan tidak bertentangan dan keluar dari rel agama. contohnya; disaat Rasulullah saw berada di Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada tanggal 10 muharam. Beliau bertanya kenapa mereka berpuasa. Lalu dijawab karena hari itu nabi Musa as diselamatkan dari serangan Fir'aun. Rasulullah saw mejawab “kita lebih utama dari mereka atas nabi Musa”. Maka beliau menganjurkan umat Islam untuk berpuasa, dan dianjurkan pula berpuasa sebelumnya atau sesudahnya. Tujuanya untuk tidak bertasyabbuh (menyamakan) dengan Yahudi. Contoh lain, disaat Rasulullah saw mengirim surat kepada penguasa dunia, beliau disarankan untuk membubuhi surat-surat beliau dengan stempel, karena mereka tidak mau menerima surat-surat kecuali ada stempelnya. Nabi pun menerima saran tersebut. Lalu beliau membuat stempel yang berupa cincin tertulis “Muhammad Rasulullah”.

Kemudian khalifah Umar ra menggelar musyawarah dengan semua sahabat Nabi saw untuk menetapkan apa yang sebaiknya dipergunakan dalam menentukan permulaan tahun Islam. Dalam pertemuan itu ada empat usul yang dikemukakan untuk menetapkan penanggalan Islam, yaitu :

1. Dihitung dari mulai kelahiran nabi Muhammad Saw

2. Dihitung dari mulai wafat Rasulullah saw

3. Dihitung dari hari Rasulullah saw menerima wahyu pertama di gua Hira

4. Dihitung mulai dari tanggal dan bulan Rasulullah melakukan hijrah dari Mekkah ke Madinah

Usul pertama, kedua dan ketiga ditolak dan usul yang terakhir merupakan usul yang diterima suara banyak. Usul ini diajukan oleh imam Ali bin Abi Thalib ra. Akhirnya, disepakatilah agar penanggalan Islam ditetapkan berdasarkan hijrah Rasulullah saw dari Mekkah ke Medinah.

Ketika para sahabat sepakat menjadikan hijrah Nabi saw sebagai permulaan kalender Islam, timbul persoalan baru di kalangan mereka tentang permulaan bulan kalender itu. Ada yang mengusulkan bulan Rabiul Awal (sebagai bulan hijrahnya Rasulullah saw ke Medinah). Namun ada pula yang mengusulkan bulan Muharram. Akhirnya khalifah Umar ra memutuskan awal bulan Muharam tahun 1 Islam/Hijriah bertepatan dengan tanggal 16 Juli 622 M. Dengan demikian, antara permulaan hijrah Nabi sa dan permulaan kalender Islam terdapat jarak sekitar 82 hari.

Jadi, peristiwa penetapan kalender Islam oleh khalifah Umar ra ini terjadi tahun ke 17 sesudah hijrah atau pada tahun ke-4 dari kekhalifahan beliau.

Dari latar belakang sejarah di atas dapat diambil kesimpulan bahwa :
  1. Penetapan bulan Muharram oleh Umar bin khattab ra sebagai permulaan tahun hijriah tidak didasarkan atas peringatan peristiwa hijrah Nabi. Buktinya beliau tidak menetapkan bulan Rabiul Awwal (bulan hijrahnya Rasulullah saw ke Medinah) sebagai permulaan bulan pada kalender hijriah. Lebih jauh dari itu, beliau pun tidak pernah mengadakan peringatan tahun baru hijriah, baik tiap bulam Muharram maupun Rabiul Awwal, selama kekhalifahannya.
  2. Peringatan tahun baru hijriah pada bulan Muharram dengan alasan memperingati hijrah nabi ke Madinah merupakan hal yang kurang pas, karena Rasulullah saw hijrah pada bulan Rabiul Awwal bukan bulan Muharram.
  3. Menyelenggarakan berbagai bentuk acara dan upacara untuk menyambut tahun baru hijriah dengan begadang semalam suntuk, pesta kembang api, tiup terompet pada detik-detik memasuki tahun baru adalah hal yang tidak pernah disarankan agama.
Sejarah penetapan Tahun Hijrah di ambil dari : darussholihinattaufiqi.weebly.com

Penang : Restoran Bumbledees

Dah penat melawat muzium, perut mesti diisi. Hajat nak ke Akuarium Pulau Pinang. Nak kesana menghala ke bawah ke Batu Maung. Waktu pun dah tangahari. untuk menjimat masa kena cari tempat makan yang sehala. Pikiaq punya pikiaq kita ke USM. Ada sebuah restoran western yang ramai kata sedap. Aku pun tak pernah sampai lagi walau dok dekatttt ja.

Kami ke Restoran Bumbledees. Hari nie kira dok masuk bangunan kolonial lama saja. Restoran nie pun dok kat bangunan lama juga. Sesampai kami rasanya hanya ada sebuah meja saja berpenghuni. Kami pilih meja yang boleh nampak keluar. Baru boleh filingg

OKlah menu pun sampai. semua boleh kata jenis western ja. Kalau nak oder boleh guna bahasa Malaysia.Kat dalam menua ada menu starters. Tak payahlah starter, kita terus masuk gear laju, perut dah berbunyi.


Sementara hidangan sampai bolehlah lihat keindahan senibina zaman kolonial dulu, dibina 1938. Restoran ni berkonsep terbuka, tak dak aircond cuma kipas saja dan tingkap-tingkap dan pintu dibuka luas. Walau kipas saja tapi terasa selesa sebab dikelilingi oleh pokok-pokok.

Tenang
Firas dengan aksi Ju On
Restoran BumbleDee's di sebuh bangunan binaan tahun 1938

Dok tak lama hidangan pun sampai. Konsep restoran dan cara hidangan pun terasa kelainan.
Fied chicken finger, tak macam yang dibeli kat supermarket. Goreng rangup dihiasi entah apa daun entah. Ini untuk Fatini.

Grill chicken chop dengan cheese. Ayam di grill lembut bersama cheese dan juga kentang putar di letakkan sos black papper. Yang nie untuk dua bebudak sedang besar Ammar dan Sarah.
Chicken chop bersama sos black paper. Ayam besar dan sos black paper boleh kata sedap juga.
Nasi goreng untuk Firas. Nampak macam nasi goreng cina biasa saja tapi rasa sedap. Nasi goreng bersama ayam goreng.
Air apa entah? lupa la pulak mama dia.
Fish and Chip. Rangup di luar, lembut didalam. Ikan digoreng rangup dihidang dengan mayonis dan french fries. Isi ikan tebal dan rasanya memang sedap. Saiz besar berpadanan dengan harganya.
Alhamdulillah semua dah sampai, jemput makan.
Akhir sekali, cuci mulut dengan ais krim.
Kebanyakan makanan di sini dihiasi dengan potongan lobak merah dan juga kubis ungu, untuk menaikkan seri. Kek pun ada juga, tapi kami tak oder. Keseluruhan makan kat sini memang sedap berbaloi dengan saiz. Harga pula sedikit mahal. Servis pun mesra dan hidangan pun cepat sampai. Persekitaran restoran bersih dan kemas dan amat selesa.

Restoran Bumbledees nie dibuka setiap hari kerja ( Isnin hingga Jumaat ) dari 9 pagi hingga 9.30 malam. Lokasi B07 Rumah Tamu USM Pulau Pinang. Telefon  019-4733777. Google Map lihat bawah.

GPS : 5°21'43.7"N 100°18'25.1"E
           5.362133, 100.306960



Dah semua selesai, destinasi selanjutnya iaitu ke Akuarium Pulau Pinang. Tapi apakan daya hajat tak sampai. Bukan saja buka sikit-sikit tapi kali nie tutup terus untuk pengubahsuaian. Tak dak rezeki. Lain kali kita pi lah nooo.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 26hb Mac 2014 ]

1- Penang - Muzium 3D
2- Penang - Muzium Kamera
3- Penang - Restoran Bumbledees


Buah Keranji Atas Perahu

Sorong papan tarik papan, Buah keranji atas perahu. Kalau nak makan buah keranji tolong cari atas perahu.
Buah keranji
  Siapa yang tak pernah makan buah keranji?

Penang : Muzium Kamera

Selepas lawat Muzium 3D perjalanan diteruskan ke Muzium Kamera. Macam-macam juga muzium yang ada kat Penang nie. Kebanyakan diusahakan oleh swasta atau individu tertentu.

Muzium kamera nie tersorok sikit di sederet bangunan lama di Jalan Muntri yang sempit. Parking dihadapan muzium sangat terhad. Jadi setelah lalu depan muzium tak dapat parking kami keluar dari Jalan Muntri kona masuk ke Lebuh Chulia untuk pusing sekali lagi, tetiba nampak satu papan tanda kecil tulis ke muzium. Kami cuba jalan nie pula, Alhamdullillah kami sampai dibelakang muzium, bersebelahan tokong cina dan banyak parking kat situ.

Jadi tetamu masuk ikut pintu belakang saja lah. Tuan rumah jangan marah.
Tumpang lalu tuan rumah... lalu kot pintu dapoq
Muzium nie pun merupakan bangunan lama yang diubahsuai menjadi muzium. Dekorasi dalam pun macam antik ja. Sampai k ekaunter tiket kami diasambut oleh tokey muzium, sungguh ramah. Tingkat atas yang menempatkan koleksi kamera.
Selepas bayar tiket, diberi stiker untuk dilekatkan kat baju. Sesiapa yang suka kumpul stem kenangan boleh jadi koleksi nie.



Nie dia berbagai koleksi kamera, ada yang berusia beratus tahun dah. Setiap kamera diletakkan maklumat dan tarikh dikeluarkan. Jadi apa lagi qul lah setiap maklumat kamera tu. Layanzzz gambar kat bawah.

Nie Firas punya
Nie Fatini punya

Kamera-kamera kat sini disusun dalam rak-rak kaca. Ada juga yang diletak di luar untuk pengunjung merasai pegang kamera lama.
Camera yang diletakkan secara terbuka. Boleh tahan berat. Macam mana jurufoto zaman tu

Yang nie jenis Field Camera.

Yang nie jenis Twin Lens Reflex (TLR)

Timelina sejarah kemera


Disamping kamera bolehlah layan senibina bangunan antik kat Penang nie.

Filem slaid di jadikan hiasan pada tingkap.

Disamping kamera, muzium ini juga membuat satu ruang untuk Bilik Gelap. Zaman sekarang kebanyakan kedai gambar dah tak ada benda nie dah. Semua dah digital. Suatu masa dahulu setiap kedai kamera mempunyai sebuah bilik gelap yang digunakan untuk memproses mencuci filem nagatif manjadi gambar atas kertas.
Bilik gelap

 Kadang-kadang entah apa-apa bentuk kamera yang dipamerkan yang tak pernah kita bayangkan. Kamera handphone tak dak la kat sini. Dipamerkan juga alat untuk memancarkan imej atau projektor zaman dulu-dulu.

Kamera mesin gun.


Habis saja lawat turun ikut tangga belakang terus ke cafe yang disediakan kat bawah dan melalui kedai cenderamata. Kat bawah nie pun ada ruang-ruang yang disediakan untuk bergambar terutama dengan hiasan dan deco yang dibuat.
cendera mata

macam kena paksa jaaaa



Kerja kat kedai gambar sat.

Masa berada kat bawah baru dapat keluar dan lihat bagaimana rupa muka depan Muzium Kamera nie sebab kami masuk ikut pintu dapur. Sederet bagunan heritage yang masih mengekalkan keasliannya.
Muzium Kamera Pulau Pinang
 Sebelum keluar lalu depan toilet. Kat pintu toilet di lekatkan gambar kamera mengikut jantina. Lelaki diletakkan gambar Field Camera manakala perempuan diletakkan Twin Lens Reflex (TLR). Kalau tengok gambar kamera sebenar kat atas tahulah maksudnya.
Pintu bilik air. Lelaki Field Camera manakala perempuan Twin Lens Reflex (TLR).
Keseluruhan memang terbaik untuk penggemar kamera. Cuma maklumat mengenai kamera amat terhad dan juga jika boleh di buat pencerahan teknologi yang digunakan dari zaman awal kamera dan juga cara pemprosesan filem.

Camera Museum nie terletak di 49 Jalan Muntri, Pulau Pinang. Dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Nie no telefon 04-2613649. Harga  tiket untuk dewasa RM20.00, pelajar dan warga emas RM10.00 dan kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Lokasi lihat google map kat bawah.

GPS:  5°25'12.6"N 100°20'06.5"E
          5.420171, 100.335153




[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 26hb Mac 2014 ]

1- Penang - Muzium 3D
2- Penang - Muzium Kamera
3- Penang - Restoran Bumbledees



Penang : Muzium 3D

Update:

13hb Jun 2015 - kepada yang sedang mencari maklumat muzium dan galeri 3D di Pulau Pinang, Langkawi, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah boleh klik SINI.

~~~~~***~~~~~

[ 26hb Mac 2014 ]

Cuti-cuti Malaysia ke Penang. Bunyi macam jauh jaaa. Kali nie nak ke beberapa tempat di Penang. Lokasi pertama nak di tuju ialah ke Muzium 3D. Jadi pi sana naik Feri sebab muzium nie terletak berhampiran terminal Feri Pulau Pinang.


Turun saja feri belok ke kanan akan jumpa muzium nie sebelah kiri. Cuma parking saja susah sikit, pandai-pandailah pusing kat sini cari.

Dapat lah parking swasta di tapak bangunan runtuh kat situ, tak berapa jauh. Tak silap aku RM3.00, bolehlah dari dok pusing-pusing perabih minyak.

Perjalanan melalui bangunan lama.


Muzium 3D terletak dibangunan lama. Kat depan di tulis Made In Penang Interactive Museum. Kat depan muzium dah ada daya penarik, di letakkan mural. Bolehlah bergambar. Tiket dijual kat belakang sikit. Masa kami sampai dah ada ramai orang termasuklah rombongan bebudak tadika kot.
Lorong untuk masuk ke Muzium 3D

Jadi penarik beca kejap

 Semasa nak beli tiket, laaa nampak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dok minum kopi sorang-sorang. Tak dak keja ka dia? Dok lepak-lepak. Dia ajak kami minum sama. Oklah perut pun ada spare lagi. Pekenalah dulu kopi sambil berborak dengan Lim Guang Eng.
Kopi saja ka? Biskut kering tak dak?

Habis saja minum pi beli tiket dan terus masuk ke dalam. Kami disambut dengan niniature kehidupan rakyat Malaysia dengan pembakar lemang, tukang gunting rambut, kopitiam dan sebgainya.
Bakar lemang

Dok diam-diam, ane kapla potong.

Makan besar

Selpas itu bolehlah tengok suasana Penang ketika zaman kegemilangan dulu-dulu dengan pelabuhan yang sebok. Memang detaillah miniature yang dibuat, nampak real.

Zaman kegemilangan Pulau Pinang.


Tingkat bawah cuma menempatkan model-model kehidupan warga Penang suatu masa dahulu. Habis saja kami ketingkat atas.  Kat tingkat atas baru ada gambar-gambar 3D. Bangunan nie masih mengekalkan lantai kayu seperti dulu-dulu. Bolehlah bergambar. Layanzzzz gambar kat bawah.





Gambar-gambar kat sini tak boleh guna kaedah selfie sebab sudut kamera memainkan peranan untuk nenjadikan gambar tu 3D. Setiap gambar di tunjukkan lokasi kamera yang bersesuaian. Jadi kena ada sesiapa tolong ambikkan. Jadi buatlah aksi-aksi sesuka hati.




Masa kami sampai orang tak berapa ramai, jadi mudahlah nak memosingkan diri bergambar. Kalau ramai rasanya kena beraturlah kot.

Selain dari gambar-gambar 3D, ada juga teknologi moden digunakan. Takkan bayaq mahai-mahai nak tengok gambar kaku ja. Ada beberapa tempat disediakan monitor interaktif yang memaparkan objek tertentu bila sensor mengesan kod pada tiket. Pengguna hanya hulurkan tiket berdekatan monitor dan sensor akan kesan kod tersebut dan suatu objek akan terbina atas tangan. Berbelit-belit aku nak terang aihh panjang macam soalan Math UPSR.

hulur tiket, gambar objek terbina atas tangan.

Ada juga face detactor yang akan merubah muka kita menjadi entah apa-apa lah.

Kami berada kat muzium nie lebih kurang sejam. Pusing-pusing kat tingkat tu saja. Turun balik ada di buat ruang tayangan. Tapi masa kami sampai ada masalah teknikal, tak taulah apa yang nak di tayangkan. Sebelum keluar posing dulu dengan mural.

Sama lah

Keseluruhan muzium nie bebudak memang suka la. Tempat nie bukannya muzium tapi lebih kepada galeri saja. Orang yang dah berumur takkan nak posing pelik-pelik kat situ.
Made in Penang Interactive Museum atau Muzium 3D Penang.

Harga tiket boleh kata mahal juga berbanding dengan apa yang dipamerkan. Pemegang Mykad untuk dewasa RM15.00 dan kanak-kanak dan warga emas RM10.00. Lokasi Made in Penang Interactive Museum di alamat No 3 Pengkalan Weld, Penang. Telefon 04-2626119. Turun feri belok ke kanan, lebih kurang  300 meter akan nampak bangunan nie sebelah kiri. Google map tengok kat bawah.

GPS : 5°25'00.7"N 100°20'38.1"E
           5.416866, 100.343913




[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 26hb Mac 2014 ]

1- Penang - Muzium 3D
2- Penang - Muzium Kamera
3- Penang - Restoran Bumbledees