KUALA LUMPUR - Bulan November diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia bermula tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ra.zak memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Gambar hiasan. Sumber Google
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata langkah itu dibuat untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Katanya ia selaras dengan Gerakan 1Malaysia Family First di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dilancarkan pada 17 Jun lepas menerusi pelaksanaan Dasar Keluarga Negara.

"Kementerian amat menitikberatkan pengukuhan isntitusi keluarga kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah negara" katanya semasa menjawab soalan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang).

Najib berkata bagi syarikat swasta yang menganjurkan hari keluarga untuk pekerja-pekerja mereka, rebat atau potongan 100 peratus akan diberikan untuk semua perbelanjaan keraian.- Bernama

*** Petikan dari Sinar Harian Online ***

P/s: untuk swasta ja ka??? perkhidmatan awam cam mana Najib??