Karnival Sukan Khalifah & Cikal 2011

Baru sekarang boleh upload cerita karnival Sukan Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz Cikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Perdana yang diakdakan pada 21 mei 2011 ( Sabtu ) lepas.

Ini merupakan tahun terakhir anak aku Muhammad Ammar berada di Khalifah Intelek lepas nie ???. Sebulan sebelum itu cikgu Atikah  ( guru besar ) kata dia kena baca doa ketika majlis ini, tapi Ammar takut, jadi dia suruh pujuk. Jadi kat kami rumah minta dia baca doa, tapi dia dok kona macam-macam. Janji lah nak beli kat dia bakugan dan apa entah lagi barang sampai teddy bear Mr. Bean, janji dia nak baca.

Dekat nak hari sukan rasanya seminggu sebelum tu dia jadi sakit mata pula tapi alhamdullialh dekat nak hari sukan dah baik. Kakak Sarah pula tak banyak acara yang ada sebab dalam kategori Pra-Tahfiz Cikal, kategori kanak-kanak tua.

Acara di mulai dengan perbarisan masuk. Sebagai ketua kontingen Rumah Merah. Kali ini Karnival sukan dari Tadika Cikgu Atikah sahaja. Tak macam dulu-dulu gabungan 3 tadika.

Diikuti dengan nyanyioan lagi kebangsaan Negaraku dan Negeri Kita ( lagu Pulau Pinang la tu). Selepas habis bacaan ikrar oleh

diikuti oleh anak aku bersama 2 lagi rakannya membaca doa.
Bacaan yang lancar, tanpa henti serupa macam baca senafas ja. Selamat tak sangkuttt.

Acara diteruskan dengan senamrobik oleh semua pelajar.

Selesai sahaja acara tersebut, semua pelajar kembali ke khemah dan pertunjukan Tea Kwon Do pula mengambil alih.


Tamat sahaja pertunjukan tea kwon do, bermula lah acara yang dinanti-nanti oleh ibu bapa. Macam-macam acara ada seperti larian kasih, junjung kasih, curahan kasih, baju gergasi, tapak gajah dan macam-macam lagi la. Nie antara yang dipertandingkan.

Ammar masuk baju gergasi dan ranjau berduri.

Siti Sarah masuk acara susun puzzle.

Dan tak lupa untuk ibu bapa yang hadir, acara yang dipertandingkan ialah tarik tali ( acara wajib setiap tahun ). Gambar tak di masukkan sebab kalah dengan geng bas sekolah hahahaaaa. Acara lain ialah baju kreatif.


dan tarik upih ( saiz aku tak leh nak masuk acara nie, nanti daun yang sampai, upih dok kat belakang lagi ).


Acara terakhir, penyampaian hadiah kepada yang berjaya. Rumah Oren menjadi juara keseluruhan.

Layan slide show kat bawah nie:


Gambar-gambar lain ada dalam album photobucket aku. Sila lawat.

No comments:

Post a Comment