SKPK dalam Utusan Online

Projek SK Paya Keladi disambung semula

KEPALA BATAS 27 Mei - Kerja-kerja pembinaan projek blok Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini yang bernilai RM3.8 juta yang terbengkalai sejak setahun lalu akan disambung semula tidak lama lagi.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad berkata, pihaknya difahamkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa tender bagi penyambungan semula projek itu sudah dianugerahkan kepada kontraktor baru.

Beliau menjelaskan, kontraktor baru sebelum ini telah menarik diri daripada meneruskan projek itu pada Disember tahun lalu.

"Kita sudah minta penjelasan daripada JKR dan mereka memaklumkan bahawa tender projek tersebut sudah pun dianugerahkan kepada kontraktor baru.

"Tetapi kita belum diberi sebarang pengesahan apabila projek itu akan disambung semula," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan tinjauan di sekitar sekolah tersebut hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan keperitan lebih 800 murid sekolah itu yang terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa apabila projek pembinaan blok baru di situ terbengkalai sejak tahun lalu.

Ekoran masalah itu, sekolah tersebut terpaksa dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang kerana bilangan bilik darjah yang tidak mencukupi selain kekurangan kemudahan.

Sepanjang tempoh itu, murid serta guru sekolah juga terpaksa menggunakan khemah sementara pada waktu rehat memandangkan bangunan kantin sudah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.

Sementara itu, Ibrahim menafikan bahawa projek terbengkalai di sekolah itu mengakibatkan murid lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi tandas.

"Sekarang ada tiga tandas murid lelaki dan dua untuk murid perempuan, jadi isu murid berkongsi tandas tidak sepatutnya timbul," katanya.

Beliau menjelaskan, setiap blok bilik darjah di sekolah itu ada mempunyai tandas untuk kegunaan murid-murid.

**Diambil dari Utusan Online pada 28hb Mei 2009**

SKPK dalam Berita KOSMO Online


PEMANDANGAN biasa murid-murid SK Paya Keladi makan di bawah khemah dan tepi longkang selepas projek blok tambahan sekolah terbengkalai sejak tahun lepas.

KEPALA BATAS - Lebih 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini terpaksa belajar dalam keadaan bahaya dan tidak selesa selepas projek bangunan tambahan sekolah itu terbengkalai sejak tahun lalu.

Masalah itu semakin merunsingkan ibu bapa apabila mengetahui anak-anak mereka terpaksa makan di bawah khemah atau di tepi longkang selain berkongsi tandas sesama lelaki dan perempuan.

Tidak cukup dengan itu, kawasan tapak projek yang cuma 30 meter dari bangunan sekolah sedia ada, menyebabkan kelas dicemari habuk manakala lubang-lubang yang terbiar menimbulkan ancaman keselamatan.

Disebabkan projek itu tidak disiapkan, pihak sekolah terpaksa mengatur pembelajaran dalam dua sesi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mansor Abdul Samat ketika mendedahkannya berkata, masalah itu menyebabkan ada ibu bapa kecut perut memikirkan keadaan anak-anak di sekolah sehingga mereka mengadu hampir setiap hari kepada pihaknya.

"Memanglah belum ada berlaku kemalangan tetapi siapa tahu esok lusa ia (kemalangan) terjadi, Ini menyebabkan kami ibu bapa berasa tertekan,'' katanya di sini semalam.

Menurut beliau, projek blok bangunan sekolah empat tingkat, tandas dan kantin itu sepatutnya siap awal tahun ini selepas tertangguh sejak Oktober lalu.

Namun katanya, kemajuan projek terhenti pada tahap 50 peratus apabila kontraktor menghadapi masalah kewangan ekoran kenaikan harga barang binaan.

Beliau berkata, kos bangunan tambahan, tandas serta kantin itu dianggarkan bernilai lebih RM3 juta dan kontraktor berkenaan telah menerima lebih RM1 juta sebagai bayaran kemajuan projek.

Tambahnya, pembinaan projek itu bermula dengan baik pada September 2007 tetapi ia mula perlahan sekitar Mac tahun lepas dan berhenti sepenuhnya pada Disember.

**Berita dan gambar diambil dari KOSMO 27hb Mei 2009**

catitan: glamour gak sekolah anak aku nie...tapi glamour cam nie tak best laa...siapa yang salah; kontraktor, sekolah atau kemeterian??? lu pikir la sendiri.

SKPK dalam Utusan online

Setahun projek SK Paya Keladi Terbengkalai


MURID-MURID makan di merata-rata tempat pada waktu rehat kerana masalah kantin dan blok tambahan Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang yang terbengkalai semalam. - uTUSAN/Shamsudin Saleh



KEPALA BATAS 26 Mei - Kira-kira 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa apabila projek pembinaan blok baru di sekolah itu terbengkalai sejak setahun lalu.

Ekoran masalah itu, sekolah tersebut terpaksa dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang kerana bilangan bilik darjah yang tidak mencukupi selain kekurangan kemudahan.

Sepanjang tempoh itu, murid serta guru sekolah juga terpaksa menggunakan khemah sementara pada waktu rehat memandangkan bangunan kantin sudah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Mansor Abdul Samad berkata, bilik tandas sekolah juga didapati banyak yang rosak sekali gus mengakibatkan rasa tidak selesa para guru dan murid.

''Justeru, kami merayu pihak berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membolehkan projek terbabit boleh diteruskan dan disiapkan segera.

''Ia sudah terbengkalai begitu lama dan ia mendatangkan kesan buruk kepada proses pembelajaran murid-murid,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mansor berkata, projek itu dimulakan sekitar September 2007 tetapi dihentikan pada sekitar Disember lalu atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan oleh kontraktor.

Katanya, projek berkenaan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah selain pembinaan sebuah dewan bagi memudahkan aktiviti di sekolah tersebut.

''Selepas projek berhenti, tapak pembinaan ditinggalkan begitu sahaja dan ia dikhuatiri akan mengakibatkan kesan negatif termasuk menjadi tempat pembiakan nyamuk,'' jelasnya.

Selain itu, katanya, jarak tapak projek dengan blok sedia ada hanya dipisahkan kira-kira 20 meter dan ia mengancam keselamatan murid-murid.


***Berita dan Gambar di ambil dari Utusan online pada 27hb Mei 2009***

Selamat datang EUROPA


Selamat datang EUROPA OvenMate Valencia 688E, table top oven, mengantikan oven ELBA yang telah berkhidmat sekian lama. Oven ELBA merupakan hadiah kawin aku ( hadiah yang isteri aku dapat ) depa nak bagi hadiah oven kat aku nak buat apa, buat keringkan stokin boleh la. Dah banyak kali berjasa untuk isteri aku buat kek jualan dan ada beberapa kali meragam, timer tak berfungsi menjadikan ter 'over cook'. Kini dan tarikh ini oven ini akan di rehatkan sementara sebagai back-up oven jika yang baru meragam ( harap jangan ).

Oven Valencia OvenMate Valencia 688E ini dibeli setelah dibuat kaji selidik oleh isteri aku (ala-ala R&D) dengan bertanya kepada sifu-sifu pakar membakar kek. Maka diambil keputusan untuk mendapatkan sebiji. Dibeli di Nyan Elektrik S/B di Komplek Kailan, Kepala Batas dengan harga RM 1150.00 (setelah tawar-menawar + berlakon sikit), murah ka mahal aku tak pasti, tapi rasa-rasa OK kot dengan zaman harga barang naik, hujan saja turun ni.

Kelebihan oven ini ialah dia mempunyai 2 heating elements ( atas dan bawah) serta Jet Cook system ( ada kipas dalam oven dengan bahasa yang lebih mudah) untuk memberi kepanasan yang sekata, serta pelbagai kawalan disediakan samaada heating elements atau kipas. Oven ELBA yang lama hanya mempunyai 1 heating elements sahaja (diatas) dan kepanasan akan disebarkan keseluruhan oven melalui kipas yang sentiasa berpusing (tak boleh off). Menurut kata pakar-pakar membuat kek, kipas yang dalam oven tidak sesuai untuk membakar kek ( kek mudah kering )

VALENCIA 688E
- Dimensions : 675 (H) x 500 (W) x 575 (D) mm
- Electric Oven
- Electric Grill
- Thermostat Control
- Bell Timer
- Oven Lamp
- Jet Cook System
- Oven Sliding Grille : 2 Sets
- Oven Capacity : 52 litres

Maka bermulalah production house...lihat hasilnya.........Yan's Cakes

Karnival Sukan Tadika Islam 2009

Karnival Sukan Tadika Islam 2009 yang melibatkan 3 buah tadika Islam iaitu Tadika Amal Bertam, Tadika Permata Intelek dan tadika anak aku Tadika Khalifah Intelek. Karnival ini diadakan kat Maktab Rendah Sains Mara, Kepala Batas. Seawal 8 pagi semua dah berkumpul.

Tengoklah gambar-gambar yang aku dah buat slideshow kat bawah ni.

Kalau nak gambar boleh ambil kat album fotobucket aku.

Kalau Eksiden



Hari nie kereta aku eksiden kat Paya Keladi, kena depan belah pemandu ja, lampu, bonet, mudguard dan cermin depan kena kepala anak aku ( nasib baik kepala anak lelaki aku tak jadi apa2....kuat gak kepala dia).



Kalau anda mengalami eksiden apa yang anda perlu lakukan? Ini dia....


1- Jika kerosakan itu kecil ja dan tidak melibatkan jumlah wang yang banyak (berbanding dengan NCB anda yang akan jadi 0% balik) setelah anda berbincang dengan bengkel, rasanya baik kira settle ja di bengkel.




2- Cuba check kenderaan anda samaada boleh beroperasi atau tidak, jika boleh beroperasi bawa kenderaan anda ke balai polis untuk buat aduan.



3- Jika kereta anda kena tunda ( kemungkinan radiator bocor atau tayar rosak ) pastikan anda ambil segala barang anda didalam kereta anda sebelum mereka menariknya.


4- Buat laporan polis dalam masa 24 jam. Jika anda bersalah sedialah RM300.00 ( merayu dapat la kurang RM 200.00). Di balai anda akan diminta buat laporan dan salinan laporan akan diberilan kepada anda (simpan untuk tujuan claim insuran) dan pegawai penyiasat akan soal anda dan akan keluarkan surat saman (jika bersalah). Kereta anda akan diambil gambar oleh polis. Sediakan salinan: geran (depan-belakang), Insuran, IC, Lesen Memandu dan satu yang kadang-kadang kita lupa ialah slip road tex ( jika anda buat buat roadtex, ada kertas kecil disebelahnya, sila simpan untuk kejadian macam ini), salinan ini diberi kemudian kepada pegawai penyiasat pun tak apa.


5- Jika kereta baru, pastikan anda ada no. telephone bengkel servis kereta tersebut. Contoh untuk kenderaan PRODUA, mereka ada bengkel ketuk sendiri di pusat servis dan mereka juga boleh membuat claim insuran. Talifon ja mereka, mereka akan hantar kereta penunda. Hantar ke tempat servis macam nie selamat, bukan apa, mereka akan ganti barang yang original (kata mereka la). Jadi berbaloi la kalau NCB jadi 0% balik (kalau anda bersalah la).



6- Jika kereta lama lebih dari 6 tahun ( kalau tak silap aku) pusat servis yang menawarkan barangan original hanya cover 60% ja, selebih kepada kita. Kalau bengkel lain bereka boleh adjust menggunakan barang tak original.



7-Bawa salinan: geran, Insuran, IC ke bengkel untuk proses claim insuran.



8- Jika anda tidak bersalah, kita boleh cliam duit untuk bilangan hari yang bengkel itu buat pembaikan. Nilai aku tak pasti, sebagai pampasan tidak dapat menggunakan kereta.



Peringatan:


Pastikan dalam dompet/handphone anda ada no. talifon bengkel, tonto dan kereta penunda....anda mungkin memerlukan khidmat mereka.



9 - Ketika dapatkan kereta setelah siap dibaiki jangan sain surat terima lagi, pergi check kereta dahulu, pastikan anda check kereta anda : Alat-alat yang diganti berada dalam keadaan baik ( cat sama, bentuk dll), check lampu, hon berfungsi, check alatan-alatan lain dalam kereta seperti taya spare, radio dll pastikan ada.


10- Jika anda tidak puas hati sila beritahu bengkel untuk dibaiki, selepas puas hati baru sain borang penyerahan.