Umrah dan Ziarah 2017 : Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas

Alhamdulillah dapat berjemaah di Masjid Abdullah bin Abbas. Setelah selesai kami bertolak ke lokasi yang mencatat sejarah perjalanan dakwah Rasulullah iaitu ke Masjid Siku atau Masjid Alkou ( Masjid Kuk ). Masjid ini berada betul-betul di pinggir jalan utama.
Masjid Siku atau Masjid Alkou.

 Sedikit sejarah Masjid Alkou ini. Dalam tahun berdukacita Baginda, dimana orang yang selalu memberi dorongan dan perlindugan kepada Baginda iaitu isteri kesayangan Baginda, Saidina Siti Khatijah dan diikuti bapa saudara Baginda, Abu Talib telah meninggal dunia. Dengan ketiadaan Abu Mutalib, Kaum Quraisy telah meningkatkan kekejaman terhadap Baginda.
Ustaz Erdie sedang bagi penerangan tentang masjid ini.

Dengan asakan Kaum Quraisy di Kota Makah, Baginda dan Saidina Zaid Harithah mengambil keputusan untuk mendapat perlindungan dan berdakwah di Taif. Penduduk Taif terdiri dari 3 suku Arab dimana Bani Thaqif merupakan suku Arab terbesar di sini. Mereka telah ke Bustan as Thaqif (Taman Thaqif) berjumpa dengan pembesar Bani Thaqif.

Ruang solat. Masjid ini sudah tak digunakan lagi.

Tetapi kedatangan Baginda mendapat tentangan yang hebat dari Bani Thaqif sehingga Baginda di heret keluar dari Bustan as Thaqif. Mereka dikejar dan di baling batu. Mereka telah meninggalkan tempat itu menuruni bukit. Baginda dan Saidina Zaid cedera dalam peristiwa ini.

Adakah lekukan siku Rasulullah disini? 

 Masjid ini merupakan tempat Rasulullah berlindung ketika melarikan diri ketika dikejar bani Thaqif. Bagaimana Masjid ini mendapat nama Kuk atau Siku? Masjid ini mendapat nama siku disebabkan terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah berteleku dengan siku Baginda disini. Tapi batu tempat adanya lekuk itu tidak pasti dimana. Ketika ini masjid ini tidak digunakan lagi.

Selesai melawat Masjid Alkou, Rombongan jemaah dibawa pula kesebuah tempat lagi. Bas mini berhenti disebuah kawasan kampung. Kali ini kami menyusuri lorong sempit antara rumah-rumah penduduk disini. Sehingga sampai ke sebuah masjid, Masjid Addas. Addas merupakan orang pertama memeluk Islam di Taif.

Menyusuri perkampungan untuk ke Masjid Addas.

Sambunga cerita penolakan dan balingan batu orang Taif, mereka teruskan perjalanan dan telah berlindung di sebuah ladang milik Utbah dan Syaibah, dua orang anak lelaki Rabi’ah. Peristiwa itu di lihat oleh mereka dan telah menyuruh hamba mereka seorang Nasrani bernama Addas untuk memberi anggur kepada Rasulullah.
Masjid Addas



Sebelum makan anggur itu, Baginda telah mengucapkan "Bismillah..". Ucapan itu itu telah menarik perhatian Addas dan seterusnya beliau memeluk Islam. Peristiwa ini membakar kembali semangat Rasulullah untuk berdakwah kepada penduduk Taif.
Ruang solat Masjid Addas. Masih digunakan penduduk tempatan.

Dipercayai tempat dimana pertemuan antara Rasulullah dan Addas itulah dibinanya Masjid Addas. Masjid ini masih digunakan sehingga kini oleh penduduk tempatan.
Tanah yang subur.

Dari peristiwa ini usaha dakwah diteruskan lagi ke Kota Taif. Kali kedua, Rasulullah dengan tentera muslimin telah mengepung kota ini setelah Perang Hunain. Peristiwa ini disebuat sebagai Perang Taif dimana 11orang tentera Islam telah syahid. Begitu juga sahabat nabi Abdullah Bin Abbas telah berpindah ke Kota ini untuk berdakwah dan mengislamkan penduduk Taif.

Alhamdulillah itulah seba sedikit cerita perjalanan dakwah Rasulullah. Aku mohon ampun dan mohon pembetulan jika ada fakta-fakta yang tesalah.

Inilah tempat terakhir kami ziarah sebelum pulang ke Makah. Balik pun sama, kami menaiki kereta kabel. Waktu petang pemandangan bukit bukau lagi cantik. Layan gambar kat bawah.
Perjalanan turun kereta kabel. Pemandangan yang menarik.

Dibawah ternampak pengembala unta, rasanyalah.

Alkur Amusement Park. Macam menarik sahaja taman tema air kat sini.

Sebelum balik ke Makah, kami dijamu dahulu dengan nasi Arab di Alkur Amusement Park. Alhamdulillah kenyang dan perjalanan balik pun lancar.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


2 comments:

  1. Masyaallah semuabkenangan menjadi syiar bagi kamibyg belum dan yg sudah menjadi pengingat ketika rindu akan Kota kota di Tanah Suci yaitu Makkah dan Madinah

    ReplyDelete