Koey Teow Kerang Iman, Alor Setar

Cerita lama tapi nak cerita juga kat sini. Kali ini jalan-jalan cari makan di Alor Setar. Bukan jalan-jalan tapi cari bahan nak bawa balik ke rumah bapak. Dah lewat petang, lalu di Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Lintas di hadapan sederet kedai, lihat orang boleh tahan banyak ditambah dengan meja kerusi yang disusun memanjang di parking lot hadapan kedai. Mengikut ilmu yang aku ada jika kerusi meja pun banyak dan ditambah orang pun ramai maka sedaplah tempat itu.
Iman Koeyteow Kerang

Singgahlah kami disini, Iman Koeyteow Kerang. Ada meja didalam kedai, tapi tak menarik. Diluar lagi meriah berpuluh meja disusun sepanjang tepi jalan hadapan kedai. Tapi kena berhati-hati sebab nanti dalam makanan ada sayur-sayuran atau juga tahi burung singgah sebab disini tidak berbumbung hanya berbumbungkan rendang pokok pukul lima sahaja.


Kami pilih meja di luar baru syok.


Menu disini banyak juga pilihan seperti laksa, nasi ayam, nasi lemak bugkus, satey, makanan barat dan sebagainya. Tapi kalau dah papan tanda dengan terang-terang tampa selindung dan sebesar alam diletakkan Koey Teow Kerang takkan nak pilih yang lain pula. Kami pilih dua pinggan koay teow kerang telur. Yang membezakan pilihan aku dan isteri ialah aku nak telur mata yang matanya pejam hahahaaa. Aku tak boleh makan telur mata yang ada lembik-lembik tak masak tu.

Semakin petang semakin ramai orang yang datang. Pelayan pun sebok mengambil dan menghantar pesanan. Koey teow disini digoreng di sebuah gerai kecil ditepi jalan di hadapan kedai. Tukang masak ada 3 orang kalau tak silap dan pelayan pula boleh tahan ramai.
Gerai kecil untuk goreng koey teow 

Melihat orang yang ramai ingat pesanan kami lambat sampai. Tapi meleset. Sekejap sahaja koew teow kerang yang di pesan sampai. Nie dia layan gambar dibawah.
Ini aku punya koey teow kerang telur. Telur masak penuh aku letak sebelah nak tengok apa ada dalam koey teow. Koey Teow digoreng tak berapa kering dan didalamnya ada banyak juga kerang dan taugeh.

Ini isteri aku punya. Tapi telur mata dah pecah.

Dah sampai apa lagi, balun. Alhamdulillah memang sedap. Koey teow digoreng tak berapa kering tetapi bukan basah macam Char Koay Teow, kerang pun banyak. Taugeh yang dimasukkan terasa kesegarannya sebab rapuh lagi. Jadi orang ramai makan koey teow disini bukan gimik, tapi memang sedap. Nak cerita koey teow ni sedap macam mana aku tak tahu tetapi dari tekak aku memang sedap dan kena dengan selera.
Menu koew teow yang ada Iman Koeyteow Kerang.

Koey teow kerang disini disini ada beberapa pilihan seperti biasa, telor, udang super. Jadi pilihlah  yang mana berkenan di hati. Kepada yang hendak datang dimawah aku letakkan sedikit info.

Alamat:
Iman Koeyteow Kerang
Taman Pandan
Jalan Sultanah Bahiyah
Alor Setar

No telefon:
017-405 4241

Masa buka: Dibuka setiap hari tapi kena lihat kat bawah.
Isnin hingga Khamis : 8.30 pagi hingga 1 pagi
Jumaat : 6.30 petang hingga 1 pagi
Sabtu dan Ahad : 11 pagi hingga 1 pagi

GPS
6°08'36.9"N 100°21'53.0"E

6.143569, 100.364716
Lokasi dari google map:

p/s: Ejaan Koey Teow, Kuay Teow atau Koay Teow adalah salam. Ejaan yang betul dari DBP ialah kuetiau. Eja sekali lagi KUETIAU.

1 comment:

  1. Kesehatan Ayam Tercinta kita perlu kita jaga juga.
    Dalam kali ini saya akan memberikan sedikit pengetahuan untuk kesehatan Ayam Kesayangan kita.
    Berikut artikel yang barusan saya update.

    Kesehatan Ayam Broiler Memberikan Buah Blewah
    https://tajenonline.net/kesehatan-ayam-broiler-memberikan-buah-blewah/

    Jika anda kurang memahami nya, Boleh ditanyakan langsung dengan tajenonline
    Pasti akan langsung cepat direspon atau dibalas chatting anda.
    Terima kasih sudah menyukai komentar saya barusan.

    ReplyDelete