Melaka - Hari 3 : Ikan Bakar Terapung Umbai

Dah puas menyelam kali ini kita naik ke atas pulak. Selesai di Klebang kita ke Bnadar Hilir pula. Hari dah beransur senja. Destinasi seterusnya ke Menara Taming Sari. Ini merupakan kali kedua kami naik. Tak ada bezanya dari dulu.

Menara Taming Sari
Tuuu dia beratur nak masuk ke Taming Sari.



Tak payah tulis panjang-panjang sebab boleh kata semua orang tahu. Aku bagi harga tiket untuk tahun 2016 sudahlah.

Dewasa: RM17.00
Kanak-kanak (umur 2 - 12 tahun) : RM11.00
Warga Emas (umur 55 Tahun keatas) : RM9.00
OKU : RM8.00

Dah puas di Bandar Hilir, hari pun dah hampir malam. Dalam perjalanan balik ke Homestay kami singgah di Umbai. Tempat ini seperti Medan Selera yang dibina atas air menghadap Selat Melaka.

Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai

Tertera di gerbang masuk Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai. Tapi didalam bangunan tertulis pula Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Entahlah yang mana satu namanya.
Medan Selera Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai atau Perkampungan Ikan Bakar Terapung.

Tempat ini seperti tempat untuk pelancong sebab sebelum sampai ke medan ikan bakar akan lalui kedai-kedai yang menjual cenderamata dan juga satu dataran yang luas ditengah-tengahnya. Budak-budak sampai sini memang seronok berlari.


Macam-macam cenderahati ada.

Disekitar sini terdapat banyak gerai tetapi ketika kami sampai rasanya dalam dua buah kedai makan sahaja yang buka. Kami pilih yang di hujung sekali, Shima Cafe. Pengunjung juga ramai disini. Sampai sini susun meja dahulu maklumlah ramai rakyat jelata.
Ada dataran yang luas mungkin untuk aktiviti-aktivi jika ada. Disekeliling dataran ada terdapat banyak lot-lot kedai makan. Tetapi kalau tak silap cuma dua sahaja kedai makan yang di buka.

Shima Cafe


Seperti tempat-tempat makan di Melaka ini, akan ada otak-otak yang dihidang dahulu sementara menu utama sampai. Tak berapa lama hidangan pun sampai. Yang lain sikit ialah nasi putih tidak sampai tapi dihidang dengan nasi lemak bungkus. Nasi lamak ini dah ada sambal dan telur. Di Melaka mungkin kebiasaan makan ikan bakar dengan nasi lemak bungkus sebab kebanyakan kedai berbuat demikian. Layan hidangan yang dipesan.
Nasi lemak daun pisang. Yang ini aku suka tak payah tambah lauk lain pun sedap.

Siakap entah berapa rasa aku pun dah lupa.

Pari bakar.

Siput.
Udang buter.

Sotong celup tepung.


Kerang bakar atau rebus (tak pasti)

Alhamdulillah memang sedap masakan di Shima Cafe. Harga jangan tanya sebab abang ipar aku yang sponser. Gambar menu pun aku tak ambil.
Gambar terakhir sebelum meja dilicinkan.

Medan Selera ini dibina diatas air, jadi bolehlah layan pemandangan laut dan kepada yang datang waktu petang bolehlah melihat matahari terbenam disini dan disediakan sebuah menara pemerhati. Aku sampai dah malam jadi boleh cerita sahajalah.
Medan selera dibina atas air menghadap Selat Melaka. Bolehlah menghirup udara laut.

Medan Selera Perkampunga Ikan Bakar Terapung ini dari pemerhatian aku sangat selesa sebab luas dan bersih. Tempat parking pun banyak. Kepada yang nak datang Shima Cafe atau gerai makan lain disini, dibawah aku letakkan sedikit maklumat.


Perkampunga Ikan Bakar Terapung
Umbai Melaka

Shima Cafe
Telefon: 012-7413331 / 019-6812882 / 019-2497369

GPS:
2°09'17.8"N 102°20'16.6"E
2.154955, 102.337935

Lokasi dari Google Map:



No comments:

Post a Comment