HIMPUN 10 Resolusi

Dah selesai perhimpunan Himpunan Sejuta Umat, HIMPUN di Stadium Shah Alam pada 22/10/2011. PM memuji kerana dapat menagadakan perhimpunan yang sopan dan terkawal. Sehingga Seksyen 27 Akta Polis mengenai perhimpunan dan ceramah  pun kerajaan nak kaji semula.

Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 10,000 orang tetapi ada juga yang mengatakan cuma 5,000 orang sahaja. Agenda utama perhimpunan adalah untuk memperkukuhkan undang-undang murtad dalam negara.

PM di tanya mengenai tuntutan HIMPUN yang menuntut kerajaan menggubal akta murtad, beliau berkata, semua akta dan undang-undang berkaitan hal ehwal agama terletak di tangan kerajaan negeri dengan Sultan sebagai ketua agama. ( Datuk Seri Najib Razak menjawab ketika Majlis Perhimpunan Perdana Bersama Bekas dan Pesara Polis di Kuala Lumpur, 24/10/2011- Berita Harian).

Dari kenyataan itu, menunjukkan undang-undang agama tidak bersatu ( ikut negeri masing-masing, itu yang ada sekarang ). Apa kata kalau minta supaya undang-undang agama di letakkan di bawah kuasa tertinggi seperti Agung atau menjadi undang-undang Persekutuan dan diterima pakai satu negara. Yang nie baru nampak kesepaduan. Buat apa nak dibeza-beza.

gambar dari http://mohdfazli.wordpress.com/
Dok search mengenai perhimpunan ini ternampak satu gambar baner tertulis "Melayu Sepakat Islam Berdaulat". Tak tau nak kata apa dah. Dah lari tajuk. Ini mengenai umat Islam bukan umat Melayu, tak kira apa bangsa sekali pun India, cina, mat saleh, iban dan sebagainya. Jangan minda hadkan bila Melayu itu mesti Islam.
 
Apa-apa pun nie dia resolusinya:

Berikut adalah 10 resolusi Perhimpunan Sejuta Umat

1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

2) Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebeagai kandungan utama.

4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.

5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.

8) Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.

9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10) Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

No comments:

Post a Comment