Tanda-tanda Pilihanraya Dah Dekat

La nie aku dah meluat tengok berita kat plastik TV. Apa tidaknya banyak cerita asyik muka tuuu saja yang keluar.  Asal keluar TV mesti cerita aku yang betul orang lain salah. Yang tak keluar TV pun tak pasti betul lagi. Ini antara tanda pilihanraya dah dekat.



Antara tanda-tanda pilihanraya sudah dekat:

1- Peruntukan boleh lulus sambil sembang tepi jalan saja, janji orang kat situ banyak terutama wartawan.
2- Pemimpin rajin berjumpa dengan orang ramai walau atas perkara kecil saja.
3- Orang ramai mudah berjumpa dengan pemimpin, tak banyak protokol.
4- Banyak acara turun padang dan membuat program bersama rakyat yang menampakkan mereka ini suka berjumpa rakyat.
5- Pemimpin banyak menyelesaikan urusan dalam negara dari ke luar negara.
6- Pemimpin banyak menghadiri acara perasmian yang biasa-biasa saja seperti pembukaan rumah anak yatim, melawat hospital, menunjukkan keperihatinan mereka.
7- Pemimpin banyak memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh menambat hati rakyat seperti untuk kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas dan golongan rakyat termiskin.
8- Banyak janji-janji yang ditabur.
9- Bila berucap akan menyelitkan bahawa aku yang terbaik dan orang lain semua salah.
10-Harga barang yang sepatutnya naik akan ditunda ke suatu masa lain seolah-olah menunjukkan mereka ini prihatin sedangkan sudah dirancang.
11- Bila berceramah diselitkan ayat-ayat Al-Quran dan tafsir supaya orang sedar mereka pun orang-orang terpilih juga.
12- Banyak melakukan sidang akhbar untuk war-warkan aktiviti / tindakan terkini mereka.
13- Banyak menjadi ahli panel untuk forum-forum membincangkan perpaduan, agama dan sebagainya.
14- Pemimpin akan turun padang dan akan membantu rakyat dengan menjadi seperti tukang rumah membaiki rumah orang miskin, janji mesti ada jurugambar / wartawan.
15- Kat tepi jalan akan ada banyak poster-poster ceramah yang entah apa-apa.
16- Media yang pro sesuatu pihak akan membuat berita kebaikan geng mereka dan akan menayangkan keburukan sebelah pihak lagi berlebih-lebihan.
17- Wang banyak ditaburkan kepada golongan berpendapatan rendah sebab mereka ini golongan yang ramai ( yang kaya berapa kerat saja ), nak ambil hati.

Yang nie saja yang aku terfikir buat masa sekarang.

No comments:

Post a Comment