Peperiksaan PS CS4

Tekanan...tekanan...tekanan... hari nie final exam. Selepas bertungkus lumus selama hampir tiga minggu. Macam SPM lah pulak. Walau peperiksaan biasa sahaja tapi aura dia boleh tahan la.

Kalau dulu-dulu ingat lagi bila peperiksaan akhir sekolah ( sekolah rendah lah) mak pak aku mesti pi jumpa tok bomoh atau orang-alim-alim untuk baca sikit buat air penerang hati. Bukan setakat tu, pensil, pemadam, pembaris yang nak dibawa masa peperiksaan akan di jampi supaya masa pepriksaan boleh jawab dengan baik. Ingat lagi mak pak aku selalu pi jumpa Haji Daq ( masih ada ka tak tak pasti lah ) kat Pendang untuk buat air penerang hati, masa tu aku sekolah kat Bukit Jambul ( Pendang bukan Pulau Pinang). Pada masa dulu-dulu macam tu lah. Dah habis berusaha baca buku lalu diminta orang-orang alim untuk berdoa.

Mungkin sekarang orang tak buat macam tu lagi. La nie masuk saja sekolah awal tahun ibu bapa dah sebok cari pusat tuisyen mana yang paling baik dan subjek apa yang perlu di buat tambahan. Sekolah-sekolah pun akan buat kelas-kelas tambahan terutama untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar seperti PMR dan SPM.

Dah dekat nak peperiksaan macam-macam lagi aktiviti yang dibuat untuk meningkat prestasi pelajar. Sekolah-sekolah akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan program-program kesedaran seperti motivasi. Ibu bapa pun akan mengambil inisiatif memasukkan anak-anak mereka kedalam program seperti teknik menjawab soalan yang biasa dianjurkan oleh pihak swasta. Kem-kem motivasi juga menjadi rebutan untuk menyedarkan anak-anak peri berharganya pelajaran. Banyak wang dibelanjakan untuk menigkatkan kesedaran anak-anak bertapa pentingnya ilmu.

La nie kem motivasi bersepah yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu dengan mengetengahkan motivator yang tersohor untuk menarik pelajar-pelajar menyertainya. Kem motivasi menjadi suatu perniagaan yang menguntungkan.

Begitulah perkembangan masa, pelajaran dan ilmu menjadi tunjang kepada segala-galanya.

p/s: Sat lagi kul 2.30 ptg nak masuk lab untuk exam Adobe Photoshop CS4 ACE. Moga berjaya untuk aku.

No comments:

Post a Comment