Kedai Makan Hamid

Makan-makan kat Kepala Batas lagi. Kalau kat sekitar Kepala Batas nie roti canai mamak memang tak berapa sedap. Roti OK tapi kuah tak sedap. Nie tempat yang sedap. Kami selalu pi kena roti canai kat sini. Bukan Mamak tetapi Melayu, walau huruf depan sama "M", tapi roti canai Melayu nie memang terbaik. Nie dia Kedai Makan Hamid.

Kedai makan ni berada di tepi jalan Paya Keladi di bawah dua pokok mempelam besar. Pagi-pagi ramai orang datang pekena roti canai kat sini.

Kuah dia memang best, kuah parpu dan sambal. Tapi kurang sikit dari kedai mamak sebab roti tak banyak pilihan. Roti yang dibuat ialah roti canai kosong, sardin, telur dan bawang. janji sedap. Jadi tak payah nak minta yang bukan-bukan macam roti tisu.  Nie dia roti canai banjir.
Kalau datang beli bungkus pastikan selepas oder, anda kenal pasti dua atau tiga orang yang oder selepas anda takut oder anda terlangkau. Kalau terlangkau cepat-cepat pi perbetul. Orang ramai, kena tunggu kadang-kadang lama juga.
Aku selalunya makan kat kedai nie hari Ahad saja. Kalau pekena hari bekerja alamat punch card merah la. Nasi lemak bungkus pun ada. Yang istimewa hari Ahad kat sini ada nasi tomato, lauk-lauk pun kena juga dengan nasi tu macam kurma, kari ayam, acar timun. Rasa boleh tahan la. Hari lain dibuat nasi putih. Nasi nie dalam jam 9 pagi lebih dah siap. 
Nie dia menu. harga roti canai kosong masih lagi 70 sen.

Masa lain pun dia buka juga dengan menu-menu lain tapi aku tak pernah datang. Kedai ini tutup hari Sabtu. Lokasi dari google map kat bawah ( lokasi nie aku agak-agak saja ).

View Kedai Makan Hamid in a larger map

2 comments:

  1. COURT TAKRAW KAT DEPAN KEDAI ADA LG KAA...LAMA AKU X BALIK..RINDU NK PEKENA ROTI CANAI MANN..KIRIM SALAM KAT PAK MIDD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ lawat sini... court tu ada lagi tapi tak nampak orang mai n takraw dah. Bebusak yang ramai main macam fotsal.

      Delete