Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Perdana Ke-2

Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Perdana ke-2 2011. Aku hadir pun lewat sikit, hampir jam 9.00 pagi. Tapi belum mula lagi, tunggu YB datang. Rasanya jam 9.15 pagi YB Dato' Seri Reezal Merican hadir untuk merasmikan mesyuarat.
Acara dimulakan dengan doa oleh Ustaz Shahrudin dan diikuti oleh ucapan Guru Besar En Abd Halim. Antara petikan ucapan ialah beliau menyeru kepada ibu bapa memberi sumbangan buku untuk perpustakaan, pokok dan pasu bunga untuk meceriakan sekolah, Al-Quran untuk kelas J-Qaf dan bantuan dari PIBG untuk mengadakan kelas tambahan.
Disusuli pula oleh ucapan YDP PIBG En Abd Latif. Selaku YDP PIBG beliau meminta supaya ibu bapa berbincang dengan guru-guru secara baik jika ada tidak puasan di hati dan juga beliau meminta ibu bapa yang belum membayar yuran supaya menjelaskannya. Beliau juga menyarankan supaya kutipan itu tidak dianggap yuran tetapi sebagai sumbangan kepada PIBG untuk menjalankan aktiviti.

Beliau juga mengimbau sejarah pendidikan sekolah didalam ucapan supaya ibu bapa yang hadir faham perubahan-perubahan yang berlaku dalam sektor pendidikan untuk memantapkan pembelajaran anak-anak.

Diceritan sebelum era 80-an diperkenalakan KLSR ( Kokurikulum Lama Sekolah Rendah) dan dalam era 80-an diperkenalkan KBSR ( Kokurikulum Baru Sekolah Rendah) dalam era ini di perkenalkan dengan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Tetapi dengan perkembangan sektor pendidikan sekarang untuk bersaing dengan negara-negara lain KSSR ( Kokurikulum Standard Sekolah Rendah ) diperkenalakan pada awal tahun ini. Kokurikulim ini menekankan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (Haaa... menaakul tu apa kebendanya?? bunyi macam tukul pun ada). Menaakul itu ialah kemahiran pelajar berfikir dan membuat keputusan yang baik.

Kanak-kanak 4 setengah tahun dan 5 setengah tahun juga boleh masuk pra-sekolah pada masa akan datang. Untuk mendapatkan hasil yang baik diminta menyeru ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak bertanyakan apa yang dipelajari disekolah. Itulah serba sedikit ucapan YDP PIBG.
Begitu khusyuk ibu bapa mendengar ucapan. Kedatangan hampir 200 orang. Majlis ini di acarakan oleh Cikgu Salina ( kalau tak salah). Macam pesta pantun. Kalau nak pi sunting bunga di taman kena belajar pantun dengan cikgu dulu, baru confiden.
Acara kemuncak ucapan dan perasmian oleh YB. Beliau telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan meyuarat ini sebelum berangkat ke Kerdau ( pilihan raya kecil DUN Kerdau akan diadakan pada 6hb Mac 2011 ). Antara ucapannya ialah menekankan bayaran sumbangan PIBG seperti yang telah di ucapkan oleh YDP PIBG. Beliau juga menekankan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak sebagai anugerah Allah. Jadikan mereka sebagai tinggalan kita yang baik di dunia ini. Di tekankan juga supaya umat Islam menjadi umat yang maju dan dengan pendidikan untuk bersaing.
Sungguh bersemangat beliau memberi ucapan. Diakhir ucapannya beliau menyatakan akan memberi sumbangan RM 3,000.00 kepada PIBG dan juga sumbangan RM 200.00 kepada setiap pelajar yang mendapat UPSR 5A ( zaman aku dulu tak dak sapa nak bagi pun ).

Selepas upacara perasmian oleh YB, semua yang hadir dijamu kuih dan diteruskan diteruskan dengan perbahasan usul ( perghhhhh macam parlimen pulak). Semua AJK PIBG 2010/2011 mengambil tempat dihadapan untuk membahaskan usul.
Antara usul yang dibangkitkan:

1- Ujudkan kelas KAFA.

2- waktu Kokurikulum ditukar ke waktu persekolahan, jadi pelajar tak perlu balik dan datang waktu petang ke sekiolah.

3- Adakan perjumpaan ibu bapa dan guru tiga bulan sekali.
4- Adakan kelas tambahan.

5- Saluar dan tai yang tidak ada kualiti dan saiz yang salah.

6- Bumbung pejalan kaki dari pintu utama ke bangunan sekolah.

7- Adakan orang yang kawal pelajar lintas jalan.

8- Ubah penjaja yang berhampiran pintu masuk sekolah kerana menyebabkan kesesakan.

9- Meminta supaya koperasi tak menjual barang-baran yang tak berfaedah.

Itu antara usul-usul yang dibangkitkan dari tak silap aku ada 15 usul. Selepas usul-usul ini di bangkitakan dan dibahaskan. Pembubaran AJK PIBG 2010/2011 dilakukan oleh YDP dan seterusnya dilantik Guru Besar sebagai pengerusi sementara dan diteruskan dengan perlantikan AJK PIBJ baru 2011/2012. Dibawah ini sebahagian dari AJK yang terpilih.
Barisan AJK:

Yang Dipertua : En Abd Latif Saidin ( Kekal kerusi lama)

Naib YDP : En Aswandi

Setiausaha : Pn Wan Suzana (cikgu)

Bendahari : Pn Ruziah ( cikgu)


AJK ibu bapa :

1- En Izad

2- En Abd nasir

3- En Hisham

4-

5- Pn Azizah

6- En Asmadi


AJK cikgu:

1- En Mohd fadzly

2- En Adnan

3- Pn Norazian

4- Pn Nur Husnanie


Juruaudit :

1- En Arif

2- En Sanusi (cikgu)


AJK cikgu dilantik oleh Guru Besar.

Acara tamat hampir jam 1 tengahari.

2 comments: