Jaminan Antarabangsa, Jaminan Malaysia, Jaminan P.Pinang

Pergilah ke Carefour Seberang Jaya. Disitu ada banyak booth handphone. Pusing-pusing booth sambil tanya harga, model dan sebagainya dan dipilih satu booth yang rasa OK dari yang lain.

Semasa nak beli tu tanya pasal waranty / jaminan handphone. Diberitahulah yang AP tu barang original tapi waranti di sediakan oleh syarikat yang bawa masuk saja. Yang original ialah jaminan di sediakan oleh pengeluar handphone itu sendiri. Kalau beli jenama Nokia boleh di servis di pusat servis Nokia sendiri begitulah kiranya. Harga handphone original lebih mahal dari model AP.

bla...blaaa....bla..... semua rasanya telah ditanya. Belilah.......

Selepas dua tiga hari baru dapat tahu handphone yang dibeli itu bukan original dari pengeluar. Itu pun setelah seorang kawan telah membeli model yang sama dan dia telah ke kedai servis pengeluar handphone tu dan mendapat tahu set yang dibelinya bukan original. Diberitahulah yang set original ada beberapa stiker yang dilekatkan.

Selepas itu kami pula ke kedai servis handphone di Megamall Perai untuk confirm set yang dibeli. Sahhhh... bukan set original tapi AP sebab tidak ada stiker tertentu. Pusat servis tu cakap kebanyakakn set yang di jual di booth dan kedai banyak yang bukan original.

Kami sekali lagi ke Carrefour Seberang Perai. Jumpa balik penjual tu. Tanya dia set yang dijual tu original ka AP?. Dia kata itu set orignal. Selepas beritahu kami telah pi check di pusat servis. Lalu dia kata, itu set original, ada dua jenis original. Satu waranti Malaysia dan satu lagi waranti Antarabangsa. Waranti antarabangsa mahal sikit. Yang di jual kat kami adalah set waranty Malaysia.

Tanya dia lagi, set tu boleh hantar ke pusat servis pengeluarkah?. Dia kata boleh tapi kena bayar, nak percuma set tu kena melaluinya atau kedai yang bawa waranti yang sama. Kofiussss. Semua kedai adakah? dia jawab kita kena carilah. Katanya kat Carrefour dia pun tak tahu kadai mana bawa waranty tu (dalam banyak-banyak booth yang ada kat situ). Tanya balik kalau kami kat luar Penang seperti kat Kuala Lumpur bagaimana nak servis jika berlaku kerosakan?. Diberitahu kami kena hantar balik kat booth dia atau kena carilah kat KL kedai yang menawarkan waranty tersebut. Dia pun tak tahu siapa lagi beri waranti tersebut selain dari booth dia. Tapi dia tetap menekankan set yang dijual tu original.

Dikeluarkan waranti card. Dalam waranti tu ada satu alamat dan nombor handphon sahaja. Adakah pusat servis syarikat pengeluar handphone hanya ada satu alamat sahaja di Malaysia nie dan talian talifon mudah alih tanpa ada talian tetap....kofiusss lagi. Dia beri tahu semua handphone waranti seperti tu. Kat atas waranti card tu ditulis Waranti SE untuk Sony Ericssson, Waranty NK untuk Nokia dan begitu juga untuk pengeluar lain. Apa-apa ja lahhh. Aku pun talifon pusat servis tu. Lalu ada yang menjawabnya ( ok lah ingat no palsu). Lalu tanya dia mengenai servis handphone yang dibeli. Dengan tanpa segan silu dan selindung di beritahu handpone yang kami beli itu set AP. Aku beritahu pekedai tu bahawa set yang diberikan itu AP, baru dia buat muka konfius, cover line la tu.

Jadi dari percakapan dengan pekedai tadi bolehlah dikatakan waranti yang diberi ialah waranti Pulau Pinang. Atau lebih jelas lagi waranti Carrefour Seberang Perai saja.

Apa lagi minta tukarlah, sebab tak seperti yang dijanjikan. Pekedai tu tak mahu sebab "goods sold are not returnable". Masa ni tahu pula term and condition. Kalau nak set original dia kata kena bayar, banyak juga sebab set lama dia ambil sebagai set terpakai. Uihhh.. mana boleh sebab masa beli telah dijanji set original. Pusing sana pusing sini dan adalah dia buat panggilan kepada bos dia. Dia tawarkan tambahan wang tak silap aku RM 400.00 untuk dapatkan set original. Tak jadi nie..... dua tiga kali tekan dapatlah dikurangkan ke harga yang berpatutan. Jadi kami setuju. Dapatlah set original.

Walau dia dah sahkan original tapi main dengan peniaga jangan percaya. Kami ke pusat servis dan mereka sahkan set itu original.

Moral dari cerita ini adalah jangan percaya kepada penjual handphone atau barang-barang lain sebab anda mungkin terpedaya dengan cakap-cakap mereka. Pergi periksa set yang dibeli samaada waranti Antarabangsa, Malaysia, Pulau Pinang atau kedai dia saja. Pastikan setiap benda yang diberi seperti alatan tambahan ( free gift), resit disimpan sebagai bukti. Kalau peniaga tak mahu tukar ambil tindakan seperti ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Keputusan ditangan anda.

No comments:

Post a Comment