CIMB clicks hampehhhh

Apa la punya CIMB clicks... galakkan pengguna menggunakan internet banking tapi servis on line slow. Kalau slow tak apa lagi ini dah la tunggu punya lama nak login, lepas tu terputus terus. Kalau dapat login pun bila klik menu, tunggu lama lepas tu putus lagi. Menyusahkannn!!!!

Insuran menyusahkan...

Hari ni aku nak renew road tax dan buat insuran kereta. Pepagi aku pi la ke pejabat Pos USM, dekat jerr. Sampai kat Pejabat Pos aku pun tanya kat kaunter " Nak renew road tax ngan buat insuran sekali berapa?" (tanya dulu sebab tak pasti duit yang aku bawa cukup ka tak). Depa jawab "Tak tau, encik kena bawa cover note atau polisi lama, baru boleh check berapa kena bayar". Aku tak bawa kedua-dua, cuma bawa geran ja, jadi tak leh buat la. Depa bagi tau lagi " Kalau tak bawa nanti insuran anggap NCB 0%, kena bayar penuh". Mungkin Pejabat Pos tak menggunakan sistem komputer. Jadi aku balik ke opis balik.

Sambil balik tu aku talipon runner dalam USM nie yang boleh buat Insuran kenderaan ( aku biasa buat insuran ngan di sekali). Tak berapa lama dia pun datang. Lalu aku beri kat dia geran. Dia kata kena ada cover note atau polisi. Aikkk sebelum nie tak perlu bawa pun. Dia bagi tahu " Dulu boleh buat secara on-line tapi la ni kena bawa salah satu untuk sahkan NCB kita. Sekarang ni syarikat insuran buat polisi ketat sikit sebab nak tekan orang atas supaya menaikkan kadar insuran kenderaan". Oooo baru aku tau Pejabat Pos tu bukan tak ada on-line tetapi syarikat insuran dah buat polisi baru untuk renew road tax.

Seingat aku dulu cuma masukkan nombor kenderaan, maka keluarla semua maklumat insuran kenderaan tersebut. Dia juga bagi tahu jika kenderaan terlalu lama syarikat insuran banyak yang tak mahu buat dah terutama yang third party, kalau ada pun...mahal. Ini terjadi kepada runner tu sendiri ketika nak renew motor lama dia. Syarikat dia sendiri pun tak mahu terima.

Susah la cam nie, syarikat insuran suka hati saja buat cara baru untuk menyusahkan pengguna. Asal nak naikkan kadar insuran di buat polisi yang menyusahkan pengguna. Sedangkan sistem on-line amat menyenangkan dan kita dapat check status dengan mudah telah di payahkan. Apa kata Bapak-bapak meteri... mau tunduk ka???. Bagi aku la, baik naikkan kadar road tax dari naikkan kadar insuran, sebab road tax masuk kepada rakyat balik. Atau kalau lagi baik kurang kan kedua-duanya....pasti MENANGGG PERMATANG PASIR.

Terorist

Hari ini semasa drive ke USM nampak la dua buah kenderaan, Proton Satria dan NAZA kalau tak silap. Aku dok dibelakang mengikuti mereka, lalu ternampak cermin kedua-dua kenderaan ini dilekatkan stiker Shahadah dalam tulisan khat yang sama. Lalu terbisik dalam hati ini mesti terorist yang nak masuk USM nak letupkan.

Tak lama kemudian baru aku terperasan satu kesalahan besar aku. Otak aku dah di tune dimana jika ternampak ayat-ayat Quran pada kenderaan maka mereka itu adalah teroris. Mungkin ini adalah kesan dari berita-berita TV dan akhbar yang sering memaparkan kekejaman yang dilakukan oleh umat Islam, adakah berita ini benar???. Adakah yang meletupkan diri itu mengikut jalan Islam yang benar. Tapi apa yang dipaparkan telah menjadikan umat Islam itu sendiri telah melebelkan apa-apa yang bersangkutan dengan
Islam adalah extreme.

Ini aku yang dewasa berikiran begitu, bagaimana pula dengan anak-anak kecil yang sejak dari awal telah disogokkan dengan berita-berita sebegitu.

Face Mask

Malam tadi anak aku minta aku beli face mask, katanya cikgu suruh pakai waktu pi ke sekolah, maklum la H1N1 sedang bermaharaja lela.

Hari ini aku pi cari kat Guardian Bayan Baru dekat Giant, ada la, tapi jenis kena ikat, aku tak berapa berkenan la susah anak aku nak pakai, lagi pun face mask tu dok tak tersusun dalam kotak, dia jual satu-satu dan tak berbungkus jadi kalau nak, cashier tu ambil bagi kat kita, jadi segala kuman pasti dah lekat kat situ dan lagi satu tak boleh basuh guna semula.

Aku pun masuk Giant Bayan Baru, pi la ke bahagian penjagaan diri ( yang ada sabun mandi, berus gigi, minyak rambut tuu laa), pusing punya pusing tak jumpa. Lalu aku tanya promoter kat situ " Kat mana nak dapat face mask" dia jawab " Sini ada, lu mau macam mana keping atau cair" dia hulur kat aku yang jenis keping, lalu dia bagi tau " Jenis ini ada dua keping" aku tanya lagi " lepas guna boleh basuh ka?" dia kata " lepas buang boleh basuh muka la". Aku mau yang boleh basuh guna semula.

Lalu promoter tu bagi pulak yang jenis cair, aku belek-belek baru terperasan yang dia bagi tu pencuci muka yang orang dok tempek warna putih kat muka, nama dia facial mask. Bila sebut bunyi hampir sama, jadi silap dari awal lagi, aku cakap kat dia "Sori la saya mau face mask untuk H1N1" dia pun gelak kat aku sambil bagi tau " lu pi ke farmasi, disitu ada la".

Aku beli face mask kat farmasi tempat lain jenis pakai buang, jenis yang boleh basuh tak jumpa.